Assalamualaikum WBT
DUA hari ini Pak Inche bertugas di Festival Jom Heboh Johor 2022. Kalau sebelum ini, Jom Heboh di adakan di Padang Angsana Mall, kali ini ia bertukar lokasi di Puteri Habour bagi memberi laluan kepada Karnival Kraf yang mungkin lebih dahulu membuat tempahan. Semalam, Sk dan Iman ke sana tapi balik semula ke rumah kerana tiada parkir ditambah pulak hujan lebat. Cadangnya nak pergi hari ni tapi Iman risau sesak macam semalam. Sk okey jer tak pergi pun tak apo 😆
Tanya Iman, nak makan lauk Ayam Masak Lemak Cili Api atau Ayam Panggang Kuali? Terus besar mata dia dengar Ayam Panggang Kuali. Sk pulak kehabisan stok pes cili dan bawang. Jadi, menggilinglah kita buat stok. Senanglah nak menyambal minggu ni, Pak Inche sebut jer.. nak sambal udang, sambal sotong, sambal ayam, sambal daging, semua siap!!
Ayam untuk masak panggang kuali, Sk goreng guna Air Fryer. Jumpa dua ketul ayam whole leg, Sk potong dua, dapatlah empat ketul. Satu Iman makan, satu Sk makan, ada lagi dua ketul, bolehlah buat bekal makan tengahari minggu depan. Cilinya pedas betul padahal pada pek tu tulis sederhana pedas. Iman kata, tak pedas sangat tapi bibir Sk dah rasa macam Angelina Jolie. Pijar tangan cuci cili, tak hilang sampai ke petang 😆😆😆.
Wak tak tenguk ayam,
ReplyDeletewak tenguk pinggannya
Wah..mesti lauk fav Iman ni...sampai terus besar mata tu..Kalau rajin nak cuba ni
ReplyDeletenampak rupa paras ayam panggang kuali ni macam ayam percik merah kelantan
ReplyDelete