TRANSIT DI IPOH

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum WBT

PERANCANGAN kali ini, kami akan transit di Taiping dan meneruskan perjalanan ke Pulau Pinang keesokannya. Tapi kami bertukar fikiran untuk transit di Ipoh, macam dah lewat sangat nak sampai ke Taiping disebabkan kesesakan di lebuhraya menghala ke utara, biasalah tu, kan!


Sebelum check-in hotel, singgah makan malam di Restoran Waritha. Ini kali kedua kami ke sini. Kali pertama, semasa menghantar Iman konvo bulan ogos lepas.


Sk pesan Nasi Daging Merah manakala Pak Inche minta Nasi Paprik. Selain tu, ada telur dadar dan baby kailan goreng.


Minta Sup Ekor atau Sup Tulang, dua-dua tak ada. Minta Tomyam Campur. Banyak sungguh ayamnya tapi tomyam berasa pes sungguh.


Bukan makan malam lagi ni, ni dah tengah malam!


Monyok nyer.. makwe lari ke?? Hensem-hensem cam ni pun kena tinggal makwe??


Pipi tu nak pergi mana??


Bagi ayam tak nak, bagi senyuman jauh sekali.


Kali ini kami pilih Golden Roof Hotel. Untuk bilik deluxe dengan satu katil permaisuri, RM110 semalam. Tiada sarapan disediakan di sini.


Dia punya cawan kopi saiz tempayan ko!


Check-out pagi.


Singgah sarapan dulu di restoran mamak berhampiran, tak silap namanya Haji Gani. Memasing makan Roti Puri dengan Teh O dan Nescafe Panas untuk Sk. 

Nanti sambung!

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Hahaha...tergelak saya baca cawan saiz tempayah🤣
    Roti puri tu asalnya saya ingatkan papadom..🤭
    Eh,lama rasanya tidak meroti puri..terliur pulak

    ReplyDelete
  2. Hahahaa.... makwenya lari ke mana tu? Meow frust nampak monyok tapi comel jew.
    Yeaaayy.... roti puri yang cantik sudah mari!

    ReplyDelete
  3. Kita pulak baru sampai dari Penang. Takde jodoh nak jumpa :)

    ReplyDelete
  4. Kita tahun ni tak kemana- mana pun....ntah bila nak cuti- cuti malaysia

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!