PUTU BAMBU AYER HITAM

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum WBT

HUJAN turun sejak pagi. Walaupun tidak lebat tapi kalau jalan pelan-pelan dalam hujan, basah juga. Sk pulak, masa balik dari kenduri di Kampung Parit Tengah tu, elok aje walaupun kena hujan renyai-renyai masa nak balik ke kereta. Esok paginya dah mula selsema dan ianya berlanjutan hingga hari ini. Dah telan ubat selsema, semoga tak melarat, risau demam dan batuk jer. Nampaknya, tahun 2022 ni, dua kali Sk tak sihat.


Putu Bambu Ayer Hitam, katanya.. dijual di taman belakang rumah Sk. Dah dua kali Sk beli putu bambu ni sebab sedap dan tak kedekut gula. Tepungnya tak peroi, elok melekat dengan gula bila kita patahkan nak suap ke mulut.

Masa beli kali pertama tu, tak sempat nak ambil gambar pun. Beli kali kedua, terkesima Sk tengok ada hiasan dari daun pandan dicacak di tengah-tengah susunan putu bambu. Tu yang terus nak ambil gambar. Masa kali pertama beli, Iman kata, tak ada pulak daun pandan dia letak macam tu.

Masa nak beli, memang dia dah pek siap-siap dalam kotak polisterin tu. Tak tahulah sama ada ia cawangan putu bambu dari Ayer Hitam dimasak di gerai atau putu bambunya memang dibawa terus dari Ayer Hitam sebab tak nampak pulak mereka sediakan kuihnya di situ. Tong kukus kuih tu macam ada kat tepi meja. Diorang pun tak meniaga hari-hari. Ni dua-dua kali beli pun secara kebetulan nampak mereka berjual terus beli. Ada perisa coklat cheese jugak, RM6 dan yang original ni, RM4. Kuih macam ni, kalau nak makan memang kena beli laaa.. tak kuasa nak buat sendiri dengan perkakasnya tak ada, hahahah.

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. SA suka putu bambu...tapi suka yang inti original la..yang dah di improvisekan tu SA x berapa suka...

    ReplyDelete
  2. Hujan-hujan pekena putu bambu memang sedap le

    ReplyDelete
  3. Putu bambu Juriah ni kalau dekat Aitam memang pemeslah

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!