Assalamualaikum WBT
MINGGU ni macam sekejap aje dah hari khamis. Agaknya banyak kerja minggu ni. Eh, dari minggu lepas la banyak kerja. Sampai penat-penat balik dari Sungai Petani tu pun terpaksa masuk kerja dan batalkan cuti, padahal bos tak paksa pun suruh masuk kerja. Punyalah komited kononnya, kannn 😆.
Masa Pak Inche bersungguh-sungguh mengajak bercuti sambil jenguk kampung hari tu, Sk memasukkan syarat agar kami ke Kampung Agong. Dah berapa kali pergi Penang, rancang nak pergi tapi ke lain perginya. Kadang-kadang, lepak jer di hotel sementara tunggu perut lapar. Bila dah lapar, keluar makan, lepas tu balik hotel semula tidur.
Pak Inche menunaikan janji. Pagi-pagi lepas sarapan sarapan di
The Jerai Hotel Sungai Petani, kami ke sini. Perjalanan mengambil masa dalam 30 minit sahaja. Murah aje harga tiket masuk ke Kampung Agong cuma RM10 (dewasa) dan RM5 (kanak-kanak) bagi warganegara. Jika bukan warganegara RM18 (dewasa), RM15 (kanak-kanak).
Banyak rumah lama diletakkan atau dibina di Kampung Agong yang seluas 15 ekar.
Ini merupakan teratak asal Ramli bin Ishak yang dibina dalam tahun 1954. Sk rasa, mungkin tapak asalnya di tempat lain dan dibawa ke sini.
Tapi tu laaa.. salah musim rupanya. Padi sudah dituai dan bendang dipenuhi air. Sk kurang pasti peringkat penanaman masa ni, mungkin Mak Ngah boleh tolong jawabkan, hehehehe.
Pak Inche pencinta haiwan. Memang dah aim datang sini nak jumpa angsa dan ayam yang bersahabat baik ni, hahaha.
Sewakan basikal untuk Iman, RM15 dan deposit RM10. Suka sangatlah tu dapat kayuh basikal. Cuaca panas masa ni mujurlah Iman bawakan topi siap-siap letak dalam kereta.
Kalau nak sewa baju tradisional pun ada disediakan.
Belanja kuda makan.
Sk dah tak yakin boleh lagi tak kayuh basikal, karang jatuh malu pulak, kita posing ajelah! Hahaha. Rasanya kali terakhir bawa basikal masa remaja dulu, kayuh di Bukit Cerakah, Shah Alam dengan bff.
Sebenarnya tak ada mood jugak nak ambil gambar dengan latar bendang macam ni, tapi dah sampai, kan. Peliknya ada tempat yang padinya belum dituai.
Iman pun kena paksa untuk bergambar. Sebabnya dia tak tahan cuaca agak panas. Eleh, panas sikit pun tak tahan.
Nahhh.. pakai payung!
Ni sorang lagi tak tahan panas dan penat berjalan, lemahhhhh! Padahal dulu-dulu, tengah-tengah hari buta pun boleh main bola.
Penat sampai tertidur kononnya.
Kehausan dah dua beranak ni!
Basahkan tekak dengan air kelapa, sebiji RM6.50.. okeylah tu harganya. Kafe-kafe pun banyak di sini. Warung jual jajan pun banyak.
Oyen pesawah!
Posing ngan Oyen. Susah betul nak tengok kamera dak Yen ni!
Rasanya ini salah satu lokasi drama bersiri yang sedang hangit hangat, Luruhnya Bunga Cinta.
Hangat sangat, kita beli eskrim laaa..
Makcik penat bersawah katanya.
Buai dan sarang tempua banyak, tapi kena jugak ikut giliran sebab orang ramai. Sk tak yah berebut, ada rahsianya tak boleh bagitahu orang, hahahaha.
Puas bergambar dan berjalan, kami duduk-duduk sekejap di pondok. Banyak pondok rehat disediakan untuk pengunjung bersantai. Apabila pengunjung semakin ramai, kami pun beredar. Sebelum balik beli dodol 😋.
Syoklah, menarik tempatnya. Kami yang duk Penang pun tak sampai lagi ni.
ReplyDeleteIngatkan kg Agong tempt yg pernah diduduki Agong satu ketika dulu...hehehhe
ReplyDeleteWaaaa..bestnya..semua gambar cantik- cantik la kat sini...
ReplyDeleteWah..cantik la tempat tu..saya blm pernah sampai
ReplyDeleteKalau tengok gambar...macam peringkat nak tanam anak-,anak padi ,( kami panggil anak semai)..Biasa musim menuai ada 2x..Kalau tak salah bulan Feb @ Mac nanti
Banyak berjalan, luas kampungnya ye SK.
ReplyDelete