GULAI NANGKA MUDA DENGAN CEKER

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum WBT

TERSEREMPAK dengan kakak kantin asrama sedang menatang sebiji nangka muda yang baru siap dikupas masa keluar dari pintu bilik air, minggu lepas. Laju jer mulut ni menegur, wahhh.. nangka 🤭. Kakak kantin angguk gaya Korea macam selalu. Puan makan tak sayur nangka, tanyanya. Eh, makannnn.. mahu tak makan 😆. Apa benda yang kau tak makan Sk, tolak batu dengan kayu jer 🤣


Petang tu, kakak kantin asrama hantar sebungkus sayur nangka masak lemak untuk Sk bawa pulang. Menurutnya, nangka diambil dari pokok belakang kantin. Santan juga dari kelapa gugur dari pokok kelapa belakang kantin. Kalau tak diambil kelapanya, nanti tumbuhhh puan, ceritanya. Balik kerja, terus simpan bungkusan sayur nangka dalam peti sejuk sebab ada agenda lain. 


Hari khamis, Sk cuma sempat sarapan selepas Budaya Al-Quran dalam talian selesai. Bila sarapannya lambat, tengahari tak terasa nak makan. Alang-alang, balik rumah la baru makan. Panaskan nasi, keluarkan gulai nangka masuk dalam periuk dan hangat atas dapur. Goreng la seekor ikan kepala dua.. buat masin-masin. Sambal belacan tak ada, pun laju jer menyuap. Nak tunggukan malam, lapar.. hahahah.

Gulai Nangka Muda tu ala-ala masak lemak stail Restoran Nasi Padang. Ada pedas-pedas sikit dan tak letak daun selasih serta lada hitam tumbuk macam ibu masak. Kakak kantin ni memang macam-macam memberi, kadang cucur la, goreng keledek la. Ada masa, Sk carilah kuih-kuih buat balasan supaya tak segan.
Tags

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Inilah yg PH dok idam ni SK. Kaki ayam dah ada, nangka muda pulak takde. Kalau kita tak nak tu, eh jumpa je dekat market atau kedai aceh tu...

    ReplyDelete
  2. Comel betul ikan masin kepala dua tu.

    ReplyDelete
  3. sedap ni kak, tapi dana tak pernah masak gulai nangka tapi makan pernahla hehehe....

    ReplyDelete
  4. sedapnya kalau dapat semangkuk,nak masak sendiri renyah nak selesaikan nangka dengan getah bagai..makan pula sorang2 tak baloi nak masak

    ReplyDelete
  5. asik terima je kan...tebal pulak rasanya kulit muka.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!