Assalamualaikum WBT
MALAM tadi repeat ke Warung Mee Rebus Sentap Anim yang terletak di Pekan Nanas kerana nak mencuba Soto Nasinya. Tekak ni jugak dah lama nak makan sate.
Boleh baca kali pertama kami makan Mee Rebus Sentap Anim DI SINI.
Sk pesan awal-awal dengan Pak Inche, jangan order sate banyak sangat. Cukup 10 atau 15 cucuk. Tup tup dipesannya 20 cucuk, hurmm. Sk paling banyak pun makan 5 cucuk aje. Kakak tu tanya, nak ketupat tak? Sk jawab, tak nak.. sebab nak makan Soto Nasi, kan.
Sekali, Soto Nasi habis daaa.. tinggal Bihun dan Mee Kuning aje. Sk minta Soto Mee Kuning, Pak Inche macam biasalah makan Bihun Soto. Masa adik tu hantar sate, Sk minta dia dua biji ketupat, hehehe.
Dapat jugaklah makan Soto Nasi, hihi. Sup soto ni bagi kami Sk kurang berempah. Sambal kicap kurang power, tapi sate kat sini puas makan ya, sedap dan besar pulak tu, secucuk baru RM1. Kalau di bandar JB, untuk saiz macam tu, paling murah RM1.50. Kesimpulannya, jika ke sini, kita makan Mee Rebus ajelah 😋.
Sate Daging RM20/20's
Ketupat Nasi RM2/2's
Soto RM12/2 mangkuk
Teh O Panas RM3/2 gelas
Yang nak ke sini, waze aje Mee Rebus Sentap Anim, okeh!
Besar-besar sate kat situ ye, murah pulak tu.
ReplyDeletesinggit murahlah..kek somban pun tak dapek dah sate harga singgit
ReplyDeleteSoto macam ni barulah sedap. Kesukaan orang Johor. Aduhhh teragak lah pulak...
ReplyDelete