IKAN SIAKAP MASAK LEMAK CILI API

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

 Assalamualaikum WBT

MAMBANG mana tataw mai rumah pagi-pagi 🤭.


Mengenangkan ikan siakap berbaki separuh badan lagi yang telah digaram kunyit, maka terjadilah Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api di subuh hari.

Sk kisar halus seketul kunyit hidup dan sedikit cili api, campak dalam kuali bersama serai dan santan. Kemudian masukkan ikan siakap nan sebelah badan.


Dah macam bekal orang nak menoreh. Orang menoreh pun tak bawa bekal macam ni 🤣.


Tengahari, pergi kantin beli nasi, sayur kubis goreng (sayur tu ada yang aje), ulam timun, salad dan tomato serta sambal belacan. Bawa ke rumah Cik Ani, panaskan sekejap gulai lemak cili api ni.


Siap hidang, ajak ibu makan.


Nikmat makan dah tiada, tak boleh nak telan katanya. Kita pun ikut sama hilang selera 🥹.
Tags

Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. cik ani kalau minum susu blh gak dibagi buat ada tenaga

    ReplyDelete
  2. susah hati kan kalau mak ayah xde selera makan,kita nak telan pun rasa lekat di tekak..tengok tangan ibu rasa sebak,teringat mak ayah kt umah..

    ReplyDelete
  3. Alamak, sedih pula kita baca. Walaupun masak lemak ikan tu nampak sungguh sedap. Cer try tanya, apa ibu nak makan. Mana tau, takde selera nasi, ada selera pizza ke, bubur mcD ka (eh, boikot), apa-apa la.

    ReplyDelete
  4. ikan tu nampak sedap betul tp bila mak akak kata takde selera makan, alahai kita pun rasa payah nk telan ikan tu

    ReplyDelete
  5. susah hati kalau mak ayah kita ni takde selera nak makan. cuba masak bening bening aje.. nasi masak lembik2 sikit...kut boleh tolak kiri tolak kanan, telan

    ReplyDelete
  6. oh my nampak sedap lah pulak! haha

    ReplyDelete
  7. Kalau mak takde selera kitalah kena ngabiskan

    ReplyDelete
  8. Cantiknya kejadian ikan siakap masak lemak cili api.
    Bertabahlah ibu dan anakandanya. Mudah-mudahan datang seleranya.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!