MAKAN DI AYAM GEPUK PAK KEMBUS

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum WBT

SEKEJAP aje Iman dah habis Cuti Pertengahan Semester. Tak sempat nak bawa jalan-jalan tidur hotel, percutian di rumah sendiri aje 🤣. Dia macam ni, bila Iman cuti babah sibuk, bila babahnya tak sibuk, Iman pulak ada kuliah dan macam-macam program lain. Gituhhh!


Teringin jugak la nak rasa Ayam Gepuk Pak Kembus, restoran asal Yogjakarta yang membuka cawangan baharu di Taman Nong Chik. Iman dah pergi dengan kawan-kawan, sedap katanya. Mari kita cuba. 

Ayam Gepuk Pak Kembus ni samalah seangkatan dengan Ayam Penyet cuma berbeza sambalnya. Bukan sahaja berbeza sambal, rempah ratus penyediaan ayam pun tak sama dan ia tidak disediakan sup, makan kering gitu je la. 

Menunya ada beberapa set, macam Sk dan Iman ni set berbeza, bezanya Sk ada tambah pedal. Kalau ayam penyet disertakan dengan kubis mentah, di sini dihidang dengan kubis digoreng deep fried dengan kicap. Masa buat pesanan staf akan minta kita pilih tahap kepedasan sambal. Set ni siap dengan minuman ya.


Datang hampir waktu lunch, tiberrr jer beratur panjang. Sistem di sini secara layan diri, terus beratur buat pesanan di kaunter kemudian duduk dan tunggu nombor dipanggil untuk ambil sendiri makanan dan minumannya. Lepas makan, kemas sendiri pinggan dan cawan, buang di tempat yang disediakan. Meja tak perlu lap, nanti staf mereka akan lapkan.

Jumlah semua RM32.80


Lepas tu, ajak Iman jalan-jalan ke Midvalley Southkey, lama giler rasa tak jalan-jalan kat sana. Penat berjalan, kami mengopi di The Coffee Bean & Tea Leaf, lama tak makan Chicago Cheese Cake. Ambil jugak Mango Cheese Cake tapi tak berapa la rasa dia. Chicago tetap number one! Pertama kali jugak Sk nampak ada menu Hazelnut Americano, pesan satu mug, shedap betul.

Jap.. Kita boikot SB aje kan.. CB pun ada dalam kempen boikot jugak ke? Rasa macam tak ada.. huhuhu...

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. SK pilih skala brp sambalnya tu hehe... Pernah sekali kami pilih sambal rasa berapi dah, anak sedara kata biasa je ni Maksu 😅 lagi kuat makan pedas dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita pilih 'pedas'. Tak berani minta 'extra pedas' 😆

      Delete
  2. hari tu nak try makan tapinya full house kedai dia.

    ReplyDelete
  3. Kerap nampak kedai pak gembus ni... tapi tak pernah cuba!

    ReplyDelete
  4. Kembus ke gembus? Pernah juga makan tapi bawa balik.

    ReplyDelete
  5. SA pun suka Ayam Gepuk Pak Gembus ni..tapi kat KL la..kat Seremban x best..Coffee Bean xde dalam senarai boikot kan...

    ReplyDelete
  6. Ya ampuuun saya aja belum pernah cobain yg di Jogja kak 🤣🤣.

    Tapi memang yaa saya perhatikan di Malaysia cendrung selalu menyediakan kuah SOP dalam set makanan kayak ayam geprek.

    Kalo di Indonesia ga pernah. Ayam geprek ya selalunya kering tanpa kuah. Biasanya orang sini lebih suka sambelnya, jadi ga pengen dicampur kuah.

    Jadi penasaran nak coba ayam gepuk nih . Nanti kalo ke Jogja saya nak cari main restaurantnya.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!