MAKAN DI RUMACABUK

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum WBT

INGATKAN minggu ni minggu akhir bekerja dalam tahun 2023 rupanya ada sehari lagi, ahad depan.. ahaks! 31 Disember masih kerja lagi daaaa.. hari ahad merupakan hari bekerja bagi Sk.


Selepas check out di Courtyard By Marriot Melaka, kami meneruskan perjalanan ke Muar (sebut Muo). Dah aim lama nak makan di Rumacabuk bawa Iman. Sebelum ni cuma berdua dengan Pak Inche Mengopi di Rumacabuk 😍.


Ice Salted Caramel Cappucino (RM13) untuk Pak Inche, di depan sekali. Sebelah kiri belakang, Rib Lychee (RM12). Yang biru tu, pilihan Iman, Virgin Moji (RM10). Sedap betol cappucino tu ya.. terasa kopinya.


Rasberry Cheesecake (RM15). 
Sk rasa kek ni sedikit berjeli, kurang rasa kejunya. Masa buat pesanan tu cuma kek ni yang ada.. tu pun tinggal sepotong. Bila tanya kek lain, tak ada jawabnya. Tengah-tengah makan, nampak staf letak kek baru, agaknya baru sampai. 



Grilled Chicken (RM20) pilihan Pak Inche. Kentang gorengnya banyak cukup mengenyangkan. Perapan ayam pun sedap.


Salted Egg Pasta (RM25) & Spaghetti Prawn Masak Lemak (RM21).


Dua-dua pun sodap!!! Terutama masak lemak cili api tu cuma biji cilinya tak hancur. Kena guna pengisar yang 
lagi power la, kisar sampai hancur lumat, hehehe.


Ada pelanggan tertinggal handbag ko.. Masa sampai Rumacabuk memang nampak dia selfie kat situ, tak sangka pulak sampai tertinggal beg, hahaha.
Sk beritahu staf tapi tak ada siapa yang datang ambil simpankan. Kami memang tak berani nak pegang tapi tunggukan jugak kat situ sampai staf datang ambil. Lama sangat tunggu, Sk suruh Iman ambil, bila diangkat ringan rasa kosong. Iman kata, agaknya memang dia nak buang kot. Isk, kita ni beriya la tolong tunggu. Lepas tu, suruh Iman buka, terkejut sebab nampak not RM50 berkeping-keping 😆. 


Memang tak sempat fikir apa dah.. nak kira dan tengok apa lagi ada kat dalam pun takut, Sk terus bawa ke kaunter. Esok pagi tu, Sk dm ig mesenger Rumacabuk, tanyakan berkenaan beg tu. Tuannya dah sampai Bangi ya baru sedar handbag tak ada. Jadinya, masa Rumacabuk buka kedai tu, dia dah tunggu depan pintu. Sabar aje laaaa. Dahlah jalan jammed.. huhuhu.

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. kalau ke sana boleh singgah makan situ... nampak sedap je dari gambar...

    ReplyDelete
  2. lama tak layan mkn pasta kt kedai terliur lak kak oi.... mujurla dpt kt org yg jujur dan amanah mcm akak n famly, cuba dpt kt org yg pantang nampak duit. Lesap dah tu duitnya tu kan...

    ReplyDelete
  3. menarik pasta masak lemak tu.. menu inovasi... nama kedai pun catchy.. cabuk tapi id lawa je... ada jugak ye org x sedar handbagnya x ada... ni dh sampai bangi br sedar... hehehe

    ReplyDelete
  4. kalau dapat kat orang yang tak bertanggungjawab, x tau la kan...makanan nampak sedap tu...

    ReplyDelete
  5. Membaca ketika perut berkeroncong...aduh,semua tu buat saya terliur...
    Kalau bahasa kampung saya..cabuk tu maknannya lama dan buruk🤭

    ReplyDelete
  6. Masih rezeki si pemilik tas yaa 😄👍. Unik nama kafe ini. Design dia pun tak biasa. Memang cocok untuk tempat hangout dan foto ya kak

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!