MAKAN DI TIP TOP IKAN BAKAR

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum WBT

DAH masuk hari kelima minggu baharu bulan terakhir tahun 2023. Sejak ahad, Sk agak sibuk dengan kerja hakiki. Maaflah ya jika tak nampak bayang mengomen di blog rakan-rakan. Kita selesaikan yang mana penting dulu, istilah sekarang, kopi dulu baru kamu 🤗.


Penutup sebelum balik ke kolej, sabtu lepas, Iman mengajak makan ikan bakar kegemarannya di Medan Selera Kampung Mohd Amin. Gerai mana lagi jika bukan Tip Top Ikan Bakar. Gerai ni terletak di lot pertama, banyak kali dah Sk blog di Alam Sari Tanah Jauhar ni.


Pak Inche pada mulanya nak tapau lepas balik kerja tapi Sk kata nak makan di sini sebabnya nak minum ABC dia. Sesekali kita langgar pantang! Iman dan Pak Inche pilih Ais Jelly.


Pesan juga menu kahwin, Tauhu Bakar + Rojak Cakue. 


Sotong Bakar sampai dulu.


Dekat sini, mereka gunakan peralatan pakai buang. Nampak tak sudu garfu tu.. Sk bawa dari rumah sebab tak suka pakai sudu garfu plastik. Kalau boleh, pinggan pun nak bawa sekali 🤣🤣🤣🤣. Kalau dah rancang nak makan kat sini, bolehlah bawa siap-siap, kalau tak, guna sajalah apa yang ada 😆.

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Sedap nya sotong bakar dgn pari bakar.. ABC Jelly pulak tu.. Sekali sekala langgar pantang biar berbaloi kan hahahaa.. :D

    ReplyDelete
  2. Hari kedua kami kat JB susah betul nak cari tempat makan...jenuhhhh...masalah utamanya penuh...dan masalah kedua indah khabar dari rupa..hehehe...nanti kita citer ye

    ReplyDelete
  3. Menu-menu favourite. Alah, sesekali langgar pantang. Takpe kan. Kurang feel kalau makan minum guna barangan plastik ni. kalau pakai sudu garfu plastik makan ayam risau terpelanting. Takpun, sudu garfu patah.

    ReplyDelete
  4. Kita baru nak cakap, bagusnya walau pinggan plastik tapi sudu garfu besi. Rupanya bawak sendiriiiii 😂😂😂

    ReplyDelete
  5. sedapnya sotong bakar tu..mmg tk best kalo guna sudu plastik

    ReplyDelete
  6. Rasa tak puas kalau makan pakai pinggan pakai buang dan sudu plastik.

    ReplyDelete
  7. sudu plastik tu mmg tak puas guna nak-nak kalau nak kopek isi ikan, nak potong2 sotong tu.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!