Assalamualaikum WBT
JUMAAT terakhir dalam tahun masihi 2023. Hari ni kita duduk rumah sajalah. Ingat, nak habiskan gantung baju dalam almari ada dua bakul 🥱 kemudian habiskan mendobi dan terus melipat. Makan malam ni, Pak Inche kata nak makan Sambal Tumis Ayam, tu petang la baru masak.
Sambung kisah jalan-jalan ke Melaka, hari sebelum balik, malam tu kami makan malam di Restoran Pak Putra. RPP ni terkenal dengan hidangan Roti Nan dan Ayam Tandoori. Sk dah ke sini sejak Iman kecik, kalau rasa tak makan Ikan Bakar atau Asam Pedas, ke sinilah kami.
Nan Plain untuk Pak Inche dan Ayam Tandoori dua set. Yang dalam mangkuj besi tu, Chicken Butter, Iman kata, sekarang ni viral di TT. Ingatkan macam Chicken Buttermilk tu tapi rasa dia macam masak merah sikit kemudian diletakkan tairu di tengah kuah, sedap jugaklah rasa dia.
Sk pilih Nan Cheese. Dulu-dulu-dulu, RPP letak slice ya, ni dia tanya, nak single ke, double ke, triple ke? Wahhh.. dia dah guna mozarellaaaaa. Sk ambil double. Iman tak mahu order nan cheese, dia jamah jer sebab masih kenyang lagi katanya makan
Asam Pedas Hajjah Mona 🤭.
Rindu. Lama tidak makan. Dahulu rumah dekat dengan Pak Putra. Jalanpun boleh. Hehe. Pilihan memang nan keju 2 dengan tandori beserta lasi mangga.
ReplyDeletebaru juga lepas makan nan cheese kalau tak mau cari juga ni tak tahan tengok cheese tarik tu
ReplyDeletetudia cheese dia...dah mcm iklan pizza....hihi...
ReplyDeleteWow cheese dia...meleleh..
ReplyDeleteTapi butter chicken tu kalau tengok street food dorang memang macam masak merah berlinang minyak..lain dari butter milk kan
Nan cheese memang paling best 😍😍. Saya pastinya selalu pesen nan cheese kalo memang ada varian itu. Lihat foto2 ini, langsung rasanya nak kesana juga kak 🤤🤣
ReplyDelete