Assalamualaikum WBT
WALAUPUN selalu ke Melaka, jarang-jarang kami berjalan di Jonker Walk. Kali ni layankanlah Iman mengajak jalan-jalan ke sini.
Sekarang ni dah insof tak mahu dah beli benda merepek 🤭. Baju, kasut, beg, kita pakai sampai reput. Pinggan, mangkuk pun sama, pakai yang ada tak mahu lagi tambah-tambah.
Tetiba lapang sebab ada lori ais menghalang jalan. Kita gambar sekejap kat tengah ni. Nampak tak, asal bergambar pakai baju yang sama 😆. Plastik yang kat tangan tu sampai hari ni lupa letak kat mana 🤣.
Puas jalan, kami cuba nasib ke Asam Pedas Hajjah Mona. Mujurlah jadual perniagaan mereka telah diubah, dibuka tengahari. Dulu-dulu buka petang pukul 5.
Jika ke sini, wajiblah minum Air Mata Kucing Sejok.
Pak Inche dan Iman makan Asam Pedas Tetel. Tuan Tanah makan Asam Pedas Telur Ikan.
Semangkuk asam pedas diiringi sepinggan nasi, taugeh tumis, telur masin dan sambal belacan.
Pesan juga telur dadar dan ayam goreng, lambat pulak siapnya. Bila dah sampai, kamera dah simpan 😆.
Tiga jenis telur dalam pinggan TTK.
Telur Ikan, Telur Dadar dan Telur Masin 😆. Asam pedas macam cair kali ni, bolehlah buat syarat datang Melaka 😆.
Dorang ni ajak ke Coconut Shake Klebang. Sampai sana, pesan air kelapa dalam gelas tapi salah key in, dah dapat air kelapa sorang sebijik. Sk tak nak minum , tak larat dah nak buka mulut. Tu tak pa, dorang boleh tapau nasi lemak dan kuih-muih lagi. Sumbatlah selagi boleh 😆.
bukan main dua beranak tu minum air kelapa hehhehehe... ada gaya pak inche tu, dana ingatkan telur ikan mayong seketul2 tu kak, rupanya telur ikan gini... sedap buat cicah roti canai kalau asam pedas tetel tu
ReplyDeleteAmboi..the way dua beranak tu minum air kelapa buat kita terliur la....nak kena cari air kelapa muda jugak ke cemana ni...huhu
ReplyDeleteIssssh kenapa saya tak lihat kedai nih saat ke Melaka trakhir 🤣😍😍. Nampak sedap. Di sana pun kami wisata kuliner kak, tapi kebanyakan makan kuliner peranakan dan laksa Melaka 😄.asam pedas nih tak jumpa lah. Padahal 3 malam benar2 cuma eksplor JONKER.
ReplyDelete