Assalamualaikum WBT
KEMBALI ke pejabat selepas tiga hari jadi Tapak Sulaiman di rumah 😆. Tipu la.. mana mahunya jadik Tapak Sulaiman. Kain baju siapa nak tolong cuci, keringkan dan lipat. Nak susun lagi dalam almari. Rumah siapa nak kemas?? Kucen?? Jangan harap 🤭.
Teringat sebuah cerita yang Sk baca masa kecik-kecik dulu, kisah tentang seorang pemuda ni. Setiap kali bangun tidur atau pulang ke rumah dari bekerja, didapati makanan telah siap dihidang dan rumah telah siap dikemas. Pemuda tu merasa pelik kerana dia tinggal berseorangan. Suatu hari, dia bangun awal-awal sebab nak tahu siapa yang sediakan sarapan. Haaa.. teka siapa? Ada tak rakan-rakan Sk di sini pernah baca kisah tu? Itulah yang Sk selalu berangan, alangkah bagusnya jika bangun pagi makanan dah terhidang dan rumah sentiasa siap dikemas. Rumah Sk ni memang tak ada budak nak buat sepah tapi ada budak berbulu yang suka buat perangai. Kalau bentang alas meja, sekejap jer dah bergulung, wallpaper semua dah berjurai-jurai, yang mana koyak tu, terabur la kat lantai, geram betul!
Catchy nama kedai ni.. deco cantik... pinggan legend.. nice... menu pun mcm kat rumah je... sy syak sambal belacan tu selalu org req tapau tu yg siap letak awal dalam mangkuk plastik tu... hehehe
ReplyDeleteTp kak cerita pemuda tu x habislah... sy mcm pernah baca tp x ingat ending.. apakata next entri letak ending sapa yg siapkan semuanya di rumah pemuda tu
Bukan salah kita tapi itulah ingatkan nuget ganti ulam. Haha tapi mahal pula kalau ulam sampai RM6.50( ke RM8.50?)
ReplyDeleteMakan asam pedas mesti ngam dengan taugeh dan telur dadar kann ..
ReplyDeletebuku menu & deco dlm cafe ni ada buluh tu lebihkurang mcm dkt restoran cili kampung...ler kiranya staff tu slh klik kod la ye....
ReplyDeleteammi tak pernah baca kisah pemuda tu...jadi anda ada tugasan utk buat karangan 300 patah perkataan. Biar saya puas membaca. Ahakss..
ReplyDeleteLawa pulak menu kedai ni kan
Wah banyak pilihan makanan kat sini..boleh la masuk wishlist dan jjcm lagi kat sana...SA suka interior restoran ni..nampak tenang je...
ReplyDeletecantik buku menunya...mcm sketch book....sedapnya asam pedas..
ReplyDelete