MAKAN DI OTHMAN MEE TARIK

Seri Kandi Tanah Jauhar
2

 Assalamualaikum WBT 


AMBIL kesempatan sempena Cuti Hari Keputeraan YDP Agong esok, hari ini Sk ambil cuti tahun. Semalam petang, Sk check in di Lotus Seaview Pengerang, ni pun baru lepas naik dari mandi laut, kita up dulu la satu entri sebelum bersiap-siap untuk check out, Hehehe.



Pak Inche ni agaknya dah tersampuk Mee Tarik. Dia ajak ke Othman Mee Tarik yang baharu dibuka di Taman Sentosa Johor Bahru. 




Sebelum ke sini, dia ada tanya, nak makan kat Anisah ke Mee Tarik. Kalau dah dia bertanya, memang Mee Tarik la jawapannya.


Ramai betul pelanggan, ada sebuah sahaja meja kosong untuk 6 orang, kami duduk di situ. Tak apalah kalau nak kongsi meja dengan orang lain yang datang berdua jugak, bolehlah mereka duduk di hujung sinun, hehehe.


Lan Zhou Ramen/ Original (RM14.90) pilihan Pak Inche.



Mee jenis kecil macam saiz mee segera tu. Sup tawar, kena pandai adjust la letak chilli oil dan cuka hitam tu. Nampaknya ianya bukan taste PI la, tak sedap dia kata. Sk pulak memang tak gemar mee dengan sup.


Pan Fried Beef Dumpling (RM14.90/ 8's). Ini pembuka selera wajib setiap kali makan di Restoran Mee Tarik. Mereka goreng dengan minyak sedikit, kulit dumpling lembut, inti pun sedap. Selain inti daging lembu, ada juga inti ayam rasanya. Beli juga satu set take away hantar kat Iman di kolej.


Sk pilih mee yang digoreng kering iaitu Stir Fry Beef Ramen (RM18.90).


Sk rekomen, mee kenyal, banyak hirisan daging lembu dan cendawan.  


Kita snap pic kedai sementara tunggu PI menjelaskan bil di kaunter. 


PI tunjuk bil lapanploh hengget, beza banyak harga dengan makan mee di Restoran China Muslim Tanjung Malim, heheheh. 

Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. anak kak ana, Ika suka sangat lah kalau pi makan mee tark gini, kak ana kurang sikit tapi tuu laa dah depa suka , kadang ikutkan sahaja laa :)

    ReplyDelete
  2. SA suka makan mee tarik tapi blom dapat yang betul2 kena dengan selera..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!