SUP KAKI LEMBU & PERUT AIR ASAM

Seri Kandi Tanah Jauhar
10

 Assalamualaikum WBT 



KAKI lembu pemberian Kak Narimah yang Sk bawa balik semasa Program Ibadah Korban 1445H hari tu dah selamat masuk dalam periuk dan juga ke perut 🤣.


Terima kasih Che Li dan Cik Ani yang sediakan juadah tersebut iaitu Sup, Perut Air Asam dan termasuklah juga Daging Goreng Cili Kering.


Periuk sekarang cantik-cantik boleh terus hidang atas meja. Che Li memang pakar masak berkaitan daging, organ dan tulang lembu. Keluarga CL di Setiu, Terengganu memang memelihara lembu. Kalau kenduri-kendara tu memang tumbanglah lembu seekor.


Daging Goreng Cili Kering pun ada.


Daging Goreng Cili Kering ni kegemaran Iman tapi dia tak ada pulak, dah balik U lepas Kenduri Tahlil kelmarin.



Perut Air Asam kegemaran Pak Inche tapi PI tak ada jugak, bertugas di Stadium Sultan Ibrahim perlawanan bola JDT vs Pahang. Sk tapau bawa balik semangkuk, sekali hadap jer, licinnnn. Ratah macam tu aje dia. Sk pandai makan ni pun belajar dengan dia la jugak, cuma Sk boleh makan sikit, sekadar jamah-jamah jer la, buat syarat,  hehehe.

Post a Comment

10Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Kalau dah kata pakar yang masak, harus sedap semuanya ni 😋
    Baru tau ada masakan daging goreng cili kering.

    ReplyDelete
  2. Lin suka betul tengok babat air asam Kak, tapi setakat ni, belum pernah makan dan cuba buatnya, nak juga try, orang kata sedap beno...

    ReplyDelete
  3. tak pernah lagi makan perut lembu air asam. selalu perut lembu ni buat sambal je

    ReplyDelete
  4. sedapnya nampak perut air asam tu

    ReplyDelete
  5. PH tak pernah makan kaki lembu tapi kalau perut usus semuanya tu boleh geng dgn PI haha...

    ReplyDelete
  6. uis sedapnya, raya haji ni tak balik johor kalau balik johor selalu abah buat sup kaki... sedap betul lah

    ReplyDelete
  7. Pernah cuba makan perut tapi takleh pegilah. Pada yg suka mesti dorang kata eloklah si shila tak makan, bahagian dia kita makan hahah

    ReplyDelete
  8. Sedapnyaaaa, menu favourite niii ;)

    ReplyDelete
  9. perut air asam fav...hah senang hidang trus ngan periuk tu kan....tk pernh mkn sup kaki lembu

    ReplyDelete
  10. Sedapnyaaa...daging cili kering tu nampak sedap betul..share le resepi SK..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!