KARI TELUR YANG TERSAKITI

Seri Kandi Tanah Jauhar
9

 Assalamualaikum WBT 


KELMARIN, nak habiskan lauk Ayam Masak Kicap, berbaki sedikit. Sk cadang, tambah kari telur. Tapi, rasa-rasa telur kat rumah dah tinggal empat biji aje. Ikutkan cukup aje tu tapi macam nak cari telur baru yang besar sikit. Singgahlah kedai, beli telur sepapan. Mujurlah beli, rupanya telur kat rumah ngam-ngam dua biji jer tinggal,  hehehehe.



Sambil masak nasi, Sk kukus telur empat biji dalam periuk yang sama, jimat gas, jimat tenaga. Nasi kering, telur pun masak, tapi sebiji jadi macam ni. Mesti dia retak masa telur masih cair lagi, Sk asingkan tak masuk dalam kari sebab risau telur rosak ke apa.

 (Tapi, bila dah makan, telur tu okey jer)



Tu takpa..

Sk kalau masak Kari Telur suka guna rempah kari daging. Tapi, bila ambil bekas rempah kari, tengok dah tinggal sikit. Nak buka yang baru, malas pulak nak selongkar dalam kabinet. Ada jer tu bersusun dalam kotak, tapi satu kerja pulak, jadi nak guna rempah kari pek kecik-kecik yang dapat-dapat goodies tu, kan. Ada jenama 'B', Sk biasa guna Cap O. Dulu-dulu guna B jugak sebelum kenal Cap O. Sk terus gunting pek dan tuang terus dalam periuk berisi bawang yang telah ditumis. Tapi peliknya, macam rempah kurma warna dia. Sk ulang-ulang baca kat label, memang rempah kari, tapi kenapa macam rempah kurma?

Yang bongoksnya tu, tetaplah jugak masukkan telur dalam kari tu 😂.



Panaskan Ayam Masak Kicap.



Pak Inche balik bawa kepak ayam tiga ketul, minta goreng. Yang best tu, PI pun beli telur jugak, yang pek 15's tu dua pek. Pehhhh.. memang pesta telur la nampaknya minggu ni sampai habis bulan, hahahahaha. 

Lepas tu, masa nak makan, PI macam selalu dia la, terus tuang kuah kari penuh dalam pinggan macam nasi kandar. Padahal, Sk dah beritahu, kuah kari tu semacam warnanya, rasa dulu. Bila dah gaul dengan nasi baru rasa, hurmmm.. memang tersakitilah. Rasa dia pelik, terpaksa la buang nasi sepinggan, dahlah sebutir beras ibarat setitik peluh petani, kalau dah sepinggan???
Tags

Post a Comment

9Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. alahai...dh kenapa plak kari jadi lain..expired tak SK? kalau kari rasa kari la patutnya kan...mak aiiii...pesta telur la nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau rumah kita, kejap je tu telur tu. Kalau masak nasi lemak, rebus 12 biji, dadar 5 biji,.. tiba kang ada yang nak mentong, diceplok pulak lagi...hmmm...

      Delete
  2. Babas eh? Saya pun sebelum bertukar ke Cap 0, memang suka guna Babas. Lain jenama kurang kena dengan selera saya.

    Tapi kenapa pulak rempahnya tak macam biasa ek 🤔

    ReplyDelete
  3. kt umh ni telur 30biji tk smp 2 minggu...mmg wajib telur byk hehe....oh masak telur dlm rice cooker jimat tp syg bila 1 biji tk ok tu

    ReplyDelete
  4. kari tu dh expired ke apa kak? tapi ok gak telur banyak kak jimat hhehehhehe tp tulah kentut bau teloq la hahhaha

    ReplyDelete
  5. Eh kenapa rasanya kak? 😅. sayang juga ya terpaksa buang nasi sepinggan. Memang macam bersalah sangaaaat kalo sampai buang nasi

    ReplyDelete
  6. Alahai, ni bukan kari telur je yg tersakiti, nasi yg kena buang tu pun tersakiti jugak huhu...

    ReplyDelete
  7. Ngam tu nama kari telur yang tersakiti...bikin orang gelak jew SK ni tau.
    Kita setia dengan kari 888 dari zaman dulu sampai sekarang.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!