BAKAR-BAKAR DI HARI JADI INDAH

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum WBT 


Sambungan kisah MENGINAP ADIK-BERADIK 2H1M DI AMERALD RESORT HOTEL PENGERANG.



LEPAS Asar, petang tu kami mula turun mencari lokasi sesuai untuk acara Bakar-Bakar Di Hari Jadi Indah. Di Amerald Resort Hotel ni tidak disediakan BBQ Pit tapi sekiranya tetamu hendak membuat BBQ, ada meja dan kawasan disediakan. BBQ Pit kena bawa sendiri tapi BBQ Pit Sk dah wassalam. Tak perlu risau sangat sebab kami dah bawa pakarnya iaitu Che Li, hehehe. Tak ada modallah nak beli BBQ Pit baharu, kita gali lubang jer dan letak mata punai. Mata punai tu jaring untuk dihampar atas arang. Sk pun baru tahu jaring tu dipanggil mata punai, hahahaha.


Kami tong-tong la bawa peralatan dan makanan untuk BBQ :


Angah bawa alat bakar, sepit, arang, tikar, air mineral, ais, udang dan sotong. Sk bawa mihun goreng nasi lemak, kek, ayam perap, serai dan minyak renjis. Ayam tu Pak Inche sponsor dua ekor, perap pun dia tapi Iman ditugaskan sediakan bahan perap, potong bawang, serai, halia, lengkuas (kena letak kredit sebagai penghargaan). Cik Ani bawa ikan caru, siakap, lampu, sosej, air gula dan segala mak nenek untuk minuman soda herbs. Cikwa bawa buah-buahan, kanvas, sos dan minyak masak.





Kononnya nak goreng mihun tapi Pak Inche cadangkan tempah aje Nasi Lemak Daun Pisang dengan Kak Nab, isteri sepupu Sk, Abang Khalid. Memang kalau nak pergi berkelah atau apa-apa acara selalu tempah nasi lemak dengan Kak Nab jer senang. Rumah Kak Nab dekat-dekatlah dengan rumah Sk. Sebelum bertolak, singgah dulu ambil nasi lemak di rumah Kak Nab.




Kek saiz 8" tak silap, flavor coklat kinder apatah, lupa pulak nama panjangnya. Murah jer RM50 sebab ada harga promosi. Berbaloi la beli kek kat OMC ni cuma lilin tu dia tak sediakan ya. Takpe, senang jer bab lilin tu beli kat eco tapi tak ada pulak lilin nombor, Sk beli jer la lilin abjad HB.




Ilham bantu Che Li sediakan tempat bbq. 





Sk dan Iman pi mandi laut dulu tapi mandi sampai lutut jer, hahaha. Rugilah datang laut kalau tak mandi laut, kan.




Lubang tak dalam sangat, jadi ayamnya rentung sikit di luar. Udang dan sotong kita bakar dalam penyepit ni.




Budak ni datang minta makanan.



Dia tak berganjak selagi tak dapat ayam, hahaha.




Sebelum maghrib, makan dulu nasi lemak dengan udang bakar. Tapi tu la, bergaduh dengan lalat sambil makan. 






Lepas maghrib sambung lagi acara makan. Kesian Che Li, penat bakar untuk kitorang. Kitorang tahu makan jer, bakar tak pandai.. ampunnnnn.




Minum-minum air soda herbs Cik Ani.



Yang diraikan.. Indah!


Nama sebenarnya, Nur Zahirah. Masa Indah lahir dulu, Sultan Terengganu jadi YDP Agong. Angah letak nama Nur Zahirah sempena nama Permaisuri Agong masa tu, Permaisuri Nur Zahirah (Sultanah Nur Zahirah). Nenek yang letak nama gelaran, Indah.




SELAMAT HARI LAHIR
Indah Nur Zahirah

BARAKALLAH FII UMRIK


Semoga Allah swt melimpahkan rahmat-Nya dan mengurniakan keberkatan dalam setiap usahamu. Hidup bahagia dan selamat selamanya, Amiiinnn Ya Robbal Alamiiinnn.




Ayah dan ibu
Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapat melihat bulan dan matahari...




Wanita-wanita teristimewa.




Jeika bagi hadiah apa tu?








Iman biasalah, kannn... time Cikwa nak ambil gambar jer terus dia letak coklat kek banyak-banyak kat gigi dia buat lawak. Sk tak sempat nak ambil gambar banyak kali ni. Tumpang gambar mereka dan keluarga mereka jer, hehehe.

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Cantik pantainya. Baguslah tak dalam sangat, lebih selamat untuk mandi laut.

    Hehe...kalau saya pun kurang rajin nak bakar², makan rajin pulak 🤭

    Pandai bergurau Iman ya 😂
    Comel!

    ReplyDelete
  2. Bijak idea Che Li, bawak mata punai & gali lubang utk bakar-bakar. Saya pun baru tau jaring utk bbq tu orang panggil mata punai. Bestnya, bila nak buat aktiviti bbq lagi ni?

    ReplyDelete
  3. Seronoknya sambut birthday macam ni...rasa macam nak sambut untuk Dania plak nanti..tapi tu la minah tu bukan nak kena ikut expectation dia. selamat hari lahir Indah..all the best SPM tahun ni...

    ReplyDelete
  4. Bestnya SK BBQ tepi pantai gini... Nak² semua pun ambil bahagian 👍

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!