SARAPAN LEMPENG KELAPA DI WARUNG WANCHU

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

 Assalamualaikum WBT 


PAGI ini Sk dah buat temu janji untuk servis kereta. Dah serah ke Iman untuk bawa kereta ke pusat servis sebab Sk bekerja. Jadi, pagi-pagi lepas clock in kita bawa Iman pergi sarapan dulu di Warung Wanchu, Larkin yang berhadapan dengan Pondok Santapan Larkin.




Pertama kali Sk ke sini. Tahu tempat ni pun dari Tik Tok, tu pun Sk baru sahaja buat carian. Kalau tak, memang tapau kat Pasar Tani aje la. Iman kata, kalai bawa Yaya aje pergi pasar tani, hehehe.


Sistem pesanan di sini secara layan diri tapi makan dulu kemudian bayar. Macam tu takpe, Sk paling tak suka layan diri, kemudian pergi bayar sambil menatang makanan di tangan. Dengan mana nak ambil duit dalam beg, mana nak pegang pinggan, mana nak pegang cawan. 


Ni Iman yang ambilkan makanan, lontong untuk dia dan Sk mintak lempeng kelapa. Tak sangka la pulak sekeping aje diambiknya, dia kata, bonda tak cakap nak dua. Adush.. mana la cukup bonda ni lempeng satu nak oiiii 😄.




Haaaa.. macam ni barulah lempeng kelapa. Bila kita koyak aje nampak isi kelapa berjurai-jurai. Sedap betul lempengnya, gebu, garing dan tidak berminyak. Lempeng datang dengan sambal tumis dan kari ayam. Sk lagi suka makan dengan sambal tumis berbanding kari ayam. Mula ingat nak tambah lagi sekeping tapi rupanya makan satu pun dah cukup, hehehe. Sebenarnya malu nak bangun menambah, hahahaha.



Update : Sebab Iman bawa kereta pergi servis, kita tapau siap-siap makanan tengahari. Nampak lauk sardin terus tak pandang lauk lain, hehehe.

Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Dana sentiasa suka menu akak, lagila menu sarapan di Johor seronok betul tengok. Semua makanan kegemaran kita

    ReplyDelete
  2. kat rumah mentua kita selalu buat lepng kelapa la, lempeng pisang la... i is kenot go..hahaha

    ReplyDelete
  3. Arwah mama, anak2 sedara semua panggil Wanchu.

    Lempeng kelapa dia nampak tebal ya. Isi kelapa dia banyak....

    ReplyDelete
  4. seronoknya tengok lempeng kelapa dia, gebu kemain. Seronok tu makan tapi satu keping memang tak cukup hahaha

    ReplyDelete
  5. Cantiknya rupa paras lempeng kelapa. Mesti dimasak dengan penuh kasih sayang. Nampak warnanya pun dah confirm sedap!

    ReplyDelete
  6. Isssh makin terliur liat lempeng 😄😄😍. Ini yg saya belum coba2 sampai sekarang

    ReplyDelete
  7. masa mengandungkan Ozil setiap hari makan lontong berlaukkan sambal telur sebijik camtu. setiap hari tau..pastu kena letak kacang bebanyak. hangin je akak kantin tu

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!