MAKAN ITIK SALAI DI RESTORAN D ROSE BERIANI

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum WBT 




SEBELUM bertolak ke Pengerang, Sk dan Iman dua beranak pergi makan siap-siap di Restoran D Rose Beriani di Taman Pulai Makmur. Sk juga nak beli kek Hari Jadi Indah di Oh My Cakes. Pada mulanya nak makan di Restoran Santai tapi tutup, tu yang pergi ke D Rose Beriani. Padahal dulu pernah marah-marah datang sini nak makan Beriani tapi takde Beriani, hahahaha.




Selain beriani ada Mee Kari, tapi Sk lapar nasi.




Rupanya selain beriani,  istimewa di sini ada Masak Lemak Cili Api. Pernah baca komen-komen di laman sosial, masakan lemak cili apinya sedap.




Sk pesan Set Masak Lemak Cili Api Itik Salai. Tak ingat pernah tak mencuba masakan sebegini di tempat lain. Biasa makan Masak Lemak Cili Api bukan Itik tapi biasa jugak makan Itik yang dimasak cara lain. Set ini datang bersama ulam salad dan timun, sambal belacan dan telur masin. Boleh juga jika nak minta telur dadar.




Iman makan Nasi Beriani Daging. Melambak nasi, tak mampu dihabiskan Iman. Dagingnya lembut, kuahnya pun sedap.




Sk pulak macam nak berperang makan itik, mantul pulak daging itik bila nak dilerai dari tulang. Tak berani nak gigit takut gigi tanggal, hahahaha.
Dalam mangkuk tu ada tiga potongan kecil itik, Sk makan seketul aje yang lain bungkus. Tak larat nak bergaduh dengan itik kat situ. Mujurlah kuah lemak cili api tu sedap.




Tapi, yang bestnya dalam Masak Lemak Itik tu ada pucuk ubi. Eh, kecur-kecur pulak bila teringat tapi tak mahu lagi la pesan itik, hehehehe. Cakap dengan Iman, nanti itik yang bungkus tu masuk periuk noxxa tengok boleh empuk ke tidak, hahaha.

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. daging liat mmg kena improvise kt rumah...berbaloi nasi beriani nya, big portion..

    ReplyDelete
  2. Jarang tengok nasik biryani portion sikit cam tu... selalunya selambak

    ReplyDelete
  3. Beriani nasi penuh dgn daging lembut mmg padu tu.. Salai Itik tu daging mantul huhu.. Balik rumah masak lagi la.. bagi kurang mantul huhu.

    ReplyDelete
  4. Alaaa... potong stim pulak itik tu masih liat... nasib kuahnya sedap ek... mkn dgn pucuk ubi dgn sambal belacan je la mcm tu

    ReplyDelete
  5. Ha ha ha kena itik tua lah tu liat namatey

    ReplyDelete
  6. Potong betul kalau daging itik liat kan..SA pun penggemar itik...la ni seekor dah mahal ye itik salai..RM60...balik bli sekor and salai sendiri..baru 38 hengget...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!