TONTON FILEM TAKLUK: LAHAD DATU

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

 Assalamualaikum WBT 




SEMALAM, Sk ambil cuti semata-mata nak menonton filem terbaharu lakonan Syafiq Kyle, TAKLUK: LAHAD DATU. Macam selalulah, Sk akan beli tiket tayangan pagi dan sebelum tu sarapan dahulu Puri di Restoran Thoufeeq.




Iman makan Roti Kosong aje sekeping. Dia macam Pak Inche la jenis yang tak makan pagi banyak.




Awal sangatlah pulak sampai ke Paradigm Mall. Terus naik tempat letak kereta di aras 7.




Layanlah mak kamu ni bergambar tak habis-habis.




Ada dua hall tayangan pagi iaitu hall biasa dan Big Atmos. Pilih Hall 1 Premium Big Atmos. Hall ni skrin besar gedabak.



Kerusinya seketul-seketul macam ni dan ada mode 4D tapi untuk filem Takluk: Lahad Datu ni takde mode gegar-gegar ni. Tapi kerusinya keras tak empuk dan tiada tempat sandar kaki macam hall premiere macam biasa kami beli. Kali ni tiada tayangan di hall premiere, redha aje la duduk kerusi keras ni.


Belakang ni seat couple. Mula nak beli seat ni tapi keliru harga yang diberi untuk twin atau single. Okey, meh kita layan wayang pulak.




Filem ini diinspirasikan daripada insiden sebenar yang terjadi semasa Ops Daulat yang pernah menggegarkan negara pada 11 Februari 2013. Waktu itu, pengganas Sulu telah menceroboh Kampung Tanduo di Lahad Datu, Sabah. Pada akhir Ops Daulat, seramai 56 pengganas dilaporkan terbunuh bersama enam orang awam.




Watak utama, Syafiq Kyle. Aktor muda yang paling menyerlah dalam industri filem masa kini. Mula tengok lakonan SK masa dia berlakon jadi orang gila dalam cerekarama tv3 tak ingat tajuk. Kipas susah mati Syafiq Kyle, Iman la.


Walaupun banyak tengok Syafiq Kyle berlakon sebagai pegawai beruniform atau pegawai bank pun namun dalam filem ni Syafiq Kyle membawa karektor yang lain. Kita tak dibayangi lakonan dia sebelum ni. Ada aje pelakon yang lakonannnya walaupun best tapi stereotype. Cara cakap, sama.. cara gelak, sama. 




Filem ni juga menampilkan wajah-wajah yang segar. Bukan pelakon baru tapi kebanyakannya pelakon berpengalaman dan ada juga pelakon senior yang dah lama tak berlakon membawa watak penting seperti Rizman Khuzaimi. Satu lagi, kan.. Sk suka pulak tengok Josiah Hogan berlakon kali ni, iaitu pegawai yang ditugaskan untuk membuat rundingan dengan ketua militan, lakonannya lebih berwibawa. Selalu, Sk tak minat tengok dia berlakon, heheheh. Zarul Umbrella pun ada tapi tak ada dialog pulak.




Aaaa.. inilah Ketua Militan, Raja Iskandar. Wajah yang tak perlu diperkenalkan lagi. Kali ini Eman Manan membawa watak antagonis. Biar liar jangan bacul, katanya. 
Pembaca kena tengok sendirilah jika nak tahu apa yang diperjuangkan oleh mereka ni. Sk berdebar-debar jer bila adegan rundingan dengan ketua militan ni.




Fikri Ibrahim ni biasa Sk nampak berlakon dalam drama bersiri aje, kali ni dia antara yang membawa watak utama. Sk ada baca beberapa komen dari penonton yang tidak berpuas hati dengan filem ini terutama ketiadaan watak-watak sebenar seperti kejadian sebenar peristiwa di Lahad Datu. Suka Sk nak ingatkan, filem ini merupakan filem fiksyen yang diinspirasikan dari kisah benar di sanun. Contohnya watak Ketua Militan tu, sedangkan jika kita mengikuti peristiwa LD tu, kisah yang sebenar lain, malah, latar tempat pun bukan tempat yang sama ya. Jadi tak timbul kot soal watak yang ditiadakan dan nak kena buat sebiji-sebiji macam cerita sebenar demi menjaga keharmonian dua buah negara.


Bagi Sk, filem ini agak dramatik la. Walaupun ia merupakan filem tentang pengganas dan banyak adegan tembak-menembak seperti di medan peperangan namun ia juga filem yang sarat dengan kasih-sayang juga disulam dengan jenaka ringan sekali-sekala. Agak menghiburkan walaupun ada masanya sebak, betapa beruntungnya kita dapat hidup dengan aman dalam masa yang sama ada mereka yang terpaksa meninggalkan keluarga demi tugas mempertahankan negara.


Semoga Allah swt memelihara negara kita dari sekali lagi terbabit dengan kancah perang. Bersyukur selalu, jangan suka cakap perkara yang bukan-bukan dan jadi netizen yang suka meracun fikiran orang lain. Jika tiada perkataan yang baik untuk diperkatakan lebih baik diam.

Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Sesuai sungguh watak Eman Manan tu.

    Setuju sangat dengan perenggan akhir tu. Jadilah rakyat yang baik, semoga negara kita aman makmur.

    ReplyDelete
  2. nak ajak waled la pergi tengok...nak tunggu Pia balik macam lambat lagi
    Iman sama dengan acik la peminat Shafiq Kyle,dulu bekas pakwe acik pun ada iras Shafiq Kyle...hahahaha

    ReplyDelete
  3. kena tunggu citer ni kuar di Netflix la gamaknya. Mcm citer Sheriff tu pun akan kuar pd 31 Ogos ni..

    ReplyDelete
  4. Boleh ajak suami kita tengok la weekend ni

    ReplyDelete
  5. Saya pun dah tonton citer ni. Rasanya ramai yang bising sebab tajuk filem Takluk: Lahad Datu (LD) jadi penonton dah beranggapan ni memang kisah sejarah hitam yang pernah berlaku di LD. Tapi saya suka je filem ni, paling saya puji ialah Eman Manan yang berjaya membawa watak Raja Iskandar. Part tetak dengan parang dan penggal kepala polis tu ngeri sebab mcm real je 🙈

    ReplyDelete
  6. Saya berharap film ini masuk Netflix. Kemarin tuh akhirnya dpt juga nonton malbatt . Dah lama, tapi saya baru bisa lihat setelah msk Netflix. Semoga film LD ini juga sama bisa masuk, teringin nak nonton.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!