MAKAN DI XING KEE NASI AYAM HAINAN

Seri Kandi Tanah Jauhar
9

 Assalamualaikum WBT 


SEHARI sebelum berjalan jauh, biasanya Sk tak masak. Haha.. nak simpan tenaga untuk kemas pakaian yang hendak dibawa. Bukan sahaja tenaga fizikal tapi juga mental. Nak fikir berapa helai pakaian nak bawa, yang mana pakai pagi, yang mana pakai siang dan yang mana pakai malam. Mujurlah semua kemas pakaian masing-masing dan bawa luggage masing-masing. Cuma kalau tak banyak pakaian perlu dibawa barulah Sk dan Pak Inche berkongsi luggage.




Ni malam sebelum nak ke Shah Alam menghadiri Majlis Resepsi Zariz dan Mira,  Sk mengajak PI makan di Eco Galleria Iskandar Puteri. Pernah nampak ada Kopitiam baru dibuka dalam mall ni, tapi tak jumpa, rupanya dia padam lampu la, dia tutup petang. Lepas tu nampaklah restoran nasi ayam hainan ni, setelah disahkan ianya mesra Muslim, kami pun duduk.



Makanan dan minuman dipesan secara manual. Staf datang ke meja bawa buku menu dan tinggalkan kita sebentar. Bila dah tahu nak pesan apa, kita panggil staf nanti mereka akan terus masukkan pesanan kita dalam sistem guna gadjet mereka. Mudah!












Tapi, yang susahnya nak fahamkan menu, hahahaha. Dah macam tengah belajar buku sejarah pulak. Bila dah faham, kena pulak terangkan dengan PI, dia lagilah oldskul, susah nak faham benda-benda macam ni, hihi.




Menu di sini terdapat dalam set individu dan berkumpulan. Yang original nya tentulah nasi dimakan bersama ayam tapi selain nasi ada pilihan lain seperti hor fun, mihun, nasi goreng dan beberapa pilihan lain. Ia dihidangkan bersama ayam yang dikukus, sambal cili dan halia, sup serta tauge goreng. Sk pilih nasi goreng. Nasi goreng ringan jer, bukan berencah yang berat, cuma telur.
 



Pilihan PI tentulah yang original. Nasi banyak, ayam pun banyak, puas hati la makan. Tahu tak, PI makan tak habis, adalah dua tiga sudu lagi nasinya. Sayang oi, nasi tak habis, faham-faham sajalah yek 😁🫣.




Berbaloi sangat porsi dan harganya. Suasana pun sejuk dan cantik.




Ambil gambar resit sebelum dimasukkan dalam cik tong, hehehe.

Post a Comment

9Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. suka tengok set dia yang ada tauge tu, gambar dengan rupa sebenar nampak nak sama... ok cun

    ReplyDelete
  2. Cantik-cantik gambar menunya. Menggoda selera semuanya.

    ReplyDelete
  3. Layan secara manual... Yes! Uncle suka!

    ReplyDelete
  4. Hah iye, bab packing baju ni mencabar sebenarnya. Dulu masa anak⁴ kecik lagilah penat perah otak nak setelkan pakaian depa, kalau boleh semua nak matching kan :) Skrg dah besar, lega banyak...

    ReplyDelete
  5. Kalau SA senang je..masing- masing pack sendiri.. x cukup baju, beli je...nampak sedap nasi ayam hainan tu...

    ReplyDelete
  6. Melihat tauge nya saya suka, Krn kliatan fresh. Tak layu sangat. 😍. Saya suka yg seperti itu.

    ReplyDelete
  7. pecah kepalakan nak siapkan luggage. SK siapkan utk PI je..ammi ni utk 3 hero dalam rumah ni. nak kire berapa spender, brp tut brp tit nak bawak.

    ReplyDelete
  8. Suka makan set nasi macam ni. Porsi pun besar ye sampai Pak Inche pun tak habis makan. hihi..Harga pun berpatutan OK sangat lah tu.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!