MAKAN BELANGKAS BAKAR SAMBAL ASAM PEDAS MAK KIAH

Seri Kandi Tanah Jauhar
24

 Assalamualaikum WBT 


DALAM perjalanan hendak ke Lotus Seaview Beach Resort hari tu, Sk ternampak papan tanda  terpampang di hadapan sebuah gerai makan tertulis Belangkas tapi dah terlepas. Nak patah balik, makan tengahari, perut pun masih kenyang lagi sarapan Puri di Restoran Thoufeeq. Iman pun cakap kenyang lagi. Fikir-fikir, lepas selesaikan urusan check in, nak pergi makan kat sini tapi bila dah dapat parkir cantik depan lobi, terus tak jadi keluar dan buat pesanan room service sahaja. Esok jer la makan kat situ, rancangnya.


Tapi, tahulah, kalau dah makan sarapan buffet, memang tak larat nak makan tengahari.  Tapi, tekak nak sangat makan belangkas. Dahlah masa pergi Restoran Haji Daud tu dah terliur tapi kesuntukan masa nak makan belangkas, kali ni mesti makan. Lalu Sk ambil keputusan untuk tapau. 




Hati berbunga-bunga.. syukur kedainya buka. 




Nama gerai ni, Asam Pedas Mak Kiah. Ni gambar Sk ambil dari FB Page. Sampai-sampai terus tinjau lauk yang ada, macam-macam asam pedas ikan ada. Belangkas boleh buat pesanan, nanti dia bakar sambal. 




Keluar dari highway, singgah Gerai Durian Durian Durian Imam. Ah.. memang berganda-ganda sebutan durian tu kat banner gerai dia, heheh.




Beli dua biji IOI, kena RM57. Minta kopekkan terus masuk tipuware.




Lauk-lauk yang ditapau dari Asam Pedas Mak Kiah. Ayam Goreng dua ketul, Kari Ayam seketul, sayur kubis, kuah asam pedas ikan mayong, ikan mayong tak ambil sebab semua kepala dan semestinya Belangkas Bakar. Semua sekali termasuk tiga bungkus nasi dan dua tin minuman, RM44. Kuah asam pedas dia berasa betul.





Belangkas Bakar Sambal. Kalau ada masak lemak cili api pun sedap jugak, kan. Dua beranak tu tak makan belangkas, Sk makan sorang. Ya Allah, sedapppp betul, telur dia banyakkkkk!



 
Pinjam gambar dari FB Page Asam Pedas Mak Kiah. Memang telur dia sebanyak itu yaaa. Musim belangkas mengawan agaknya, hahahaha.




Rasa sambal dia walaupun tak boleh lawan rasa sambal ikan bakar Tip Top dan Tip Top BBQ, tapi memang masuk dengan rasa telur belangkas tu. Sambil taip pun teringat, memang nak kena repeat! Harga Belangkas Bakar Sambal ni RM16.




Dah siap cuci pinggan dan kemas meja, cuci mulut dengan durian. Fuhhhh mengancam habis ni! Ni pun kena repeat nanti, hahaha.

Burppp.. Alhamdulillah 😋

Post a Comment

24Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Nampak sedap belangkas bakar tu, harga pun affordable ye. PH lately baru timbul keinginan nak makan belangkas, tapi kat Gombak ni tak pernah pulak jumpa 😅 Kena turun JDT nampaknya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, JDT pun kena pergi kawasan pantai timur yang senang dapat macam Kota Tinggi ni memang ada tempat pembiakan belangkas, hehe.

      Delete
    2. Ya, JDT pun kena pergi kawasan pantai timur yang senang dapat macam Kota Tinggi ni memang ada tempat pembiakan belangkas, hehe.

      Delete
  2. SA tak pernah makan belangkas lagi..kena cuba gak ni...penceritaan SK buat SA terliur..hehehe

    ReplyDelete
  3. masa ke Johor ituhari teringin nak makan belangkas tapi tak jadi risau dengar cerita waled katanya ada kawan dia mabuk makan belangkas..lain kali nak kena cuba juga la sedap nampak belangkas bakar tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Katanya, kalau yg ngiang tu tak pandai tu jadi mabuk, Afzan. Biasanya yg jualan siap masak ni memang dah pro cara nak menyiang supaya tak mabuk tu. Tapi, tak pastilah tu fakta atau auta 😄

      Delete
  4. Dana tak pernah sekali pun makan belangkas kak... kadang teringin jugak nak rasa. Sedapnya siap ada durian lagi yek

    ReplyDelete
  5. Belangkas ni pernah makan 2 kali. Sekali belangkas masak asam pedas dan sekali lagi belangkas masak cili. Tapi....isi dia cam sikit je kan? Makan yang telur dia je la....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaa.. biasanya memang telur tu yg sedap. Kalau dapat yg banyak telur tu, lupa diri terus, hehe.

      Delete
  6. isi belangkas ni macam isi ketam ke.

    ReplyDelete
  7. tk pernh lg mkn belangkas.....kuning nya isi durian tu..yummmmyyy

    ReplyDelete
  8. Linda tak pernah makan belangkas nie... Telur2 nie pun tak makan.. Kecuali telur ayam dan itik... Hihihi...

    Yang penting isi kuning tu yg sedap...

    ReplyDelete
  9. Ya Allah kaaaaak , langsung rasa nak terbang kesana saya 😍😍😍🤤😄. Menggoda sangaaat telur ikan tuuuuh 😍😍👌. Haisssh, saya catat dulu lah lokasinya 😄.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. kalau peminat telur ikan memang suka. Tapi, belangaks bukan ikan, Fanny

      Delete
  10. durian tu nampak menggoda.haha

    teringin LM nak rasa belangkas. tak pernah try lagi

    ReplyDelete
  11. Dia selagi tak dapat kalau teringin tu mesti kena dapatkan juga. Baru puas hati. Untunglah bonda SK dapat makan sorang-sorang, depa 2 tak makan. hihi...Saya kurang pemberani sikit nak makan makanan exotic ni. Fuhh..lepas tu dapat makan durian pulak tu. Happy tekak dan perut.

    ReplyDelete
  12. Woohoo....telur belangkas! Rindunya zaman remaja dulu selalu kutip belangkas di pantai Jeram. Musim belangkas mengandung telur memang bersusun laki bini sepanjang pantai. Kami ambil bininya dan pisahkan kakinya yang melekap di badan bininya, campak ke laut. Bininya kami masukkan dalam karung. Bawa pulang dan bakar.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!