NASI AYAM DI HARI SABTU

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum WBT 


RASA janggal pulak nak pergi kerja hari ni. Lama nau nau tak masuk kerja hari ahad kan. Asal ahad jer cuti, asal ahad jer cuti, hihi.




Semalam, memang tak larat nak sediakan sarapan pagi. Bukan sahaja tak larat, telur sebiji pun tak ada, nasi sejuk nak buat nasi goreng pun tak ada. Kalau nak masak nasi baru, boleh jer, tapi penat dan letih badan sebab kelmarin Sk pergi KL lagi. Hamekkk kau, empat minggu berturut-turut naik ke utara. Mula-mula, Hari Jadi Cikwa, lepas tu.. Majlis Resepsi Zariz dan Mira, kemudian, Majlis Resepsi Hafiz dan Nadia dan Jumaat lepas, PI bertugas membawa klien untuk siaran Malaysia Hari Ini. Tu pun PI tanya, kalau nak singgah mana-mana tidur semalam. Ah, tak nak, nak balik. Rehat yang sebenar-benarnya adalah di rumah, hahaha. Jadi, pagi semalam, sarapan di Restoran Thoufeeq ajelah yang paling senang.




Lepas sarapan, PI ajak shopping di NSK Skudai (dulu Giant). Baru buka dalam dua tiga bulan kot. Ramai betul manusia dalam tu sampai kena jalan mengiring tapi seronoklah sebab banyak barang dan banyak pilihan.




Ada yang bitter bila Sk post pasal botol sunquick dah kurus di zaman madani ni 🫢.



PI minta masakkan Nasi Ayam untuk makan malam. Tengahari PI masak nasi goreng sepinggan. Alamak, Sk.. tadi tipu lah tu ya kata tak ada nasi sejuk, hahaha. Nasinya sikit beno, ada setengah senduk kot, tu tak perasan. Macam biasa Sk kalau masak nasi ayam semua main campak aje dalam periuk, tak ada tumis-tumis.




Nasi Ayam Hainan pujaan hati PI.
Sk rebus ayam bersama halia dalam periuk noxxa mode HP17. PI beli kaki ayam sikit, jadi banyaklah cekernya dalam sup tu.




Malas nak beriya sangat menghidang kali ni. 




Untuk Iman, ayamnya kita goreng sekejap, sambil goreng, tuang kicap pekat ala-ala Nasi Ayam Kee Chup.

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Lama tak masak nasi ayam. Selalu duk beli je. Buat sendiri puas hati boleh letak salad, timun dan tomato banyak2 kan.

    ReplyDelete
  2. Uish ramai betul orang sampai pakat jalan mengiring dekat NSK tu, mungkin baru bukak kot ye...
    Nasi ayam SK ni tak pernah tak sedap nampaknya 👍

    ReplyDelete
  3. ada lagi tak? nak bawa tupperware minta sikit ayam tu... nampak garing lagi mengiurkan.. kihkihkih

    ReplyDelete
  4. SA rasa macam dah lama x makan nasi ayam homemade la..last makan 3 minggu sebelum arwah MP meninggal...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!