FAMILY DAY KELAB STAF @ LOTUS SEAVIEW BEACH RESORT

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum WBT 


KEMBALI ke pejabat selepas bercuti semalam sempena Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar. Agak sibuk beberapa hari ni dengan kemasukan pelajar ke asrama dan tugas sebagai ahli jawatankuasa Hari Keluarga Kelab Staf yang berlangsung di Lotus Seaview Beach Resort, Pengerang, pada Jumaat dan Sabtu lepas.




Pergi berdua sahaja dengan Iman, Pak Inche tak dapat join sebab bertugas di Stadium Sultan Ibrahim. Sebelum bertolak sarapan dulu di Restoran Thoufeeq.




Sk memandu dalam perjalanan pergi. Perjalanan dalam 1 jam 30 minit. 




Sampai di resort sebelum pukul 1. Pihak Resort janji boleh check in dalam pukul 1. Seramai 44 staf terlibat tapi cuma 11 staf tempah bilik bawah Kelab yang lain tempah online sebab lebih murah. Sk dibantu Iman uruskan urusan check in, siapa tempah online sila check in sendiri.




Kami diberi voucher sarapan pagi manakala untuk yang tempah sendiri diberi kad access untuk sarapan di restoran.  Penat jugak la sebab kena bahagi sendiri jumlah wristband dan voucher ikut bilik, hahaha. Mujurlah cuma 11 bilik, kalau 44 bilik kenalah tubuhkan ajk kecil dan buka meja pendaftaran.




Dapat bilik mengadap kolam renang. Lepas check in tunggu pulak mereka yang lain sampai.




Iman dah kelaparan tapi Sk malas nak keluar sebab dah dapat parkir cantik depan lobi. Kami buat pesanan penghantaran (room sevice) dari restoran dalam resort. Dail terus dari telefon bilik nanti restoran terus tahu bilik mana yang buat pesanan.




Pesan Nasi Goreng Istimewa RM20.90 dan Sayap Ayam Goreng 5's RM17.90. Sedap semuanya dan harga pun berpatutan la.




Lepas solat asar, semua mula berkumpul di padang. Sewa padang dikenakan bayaran RM100.












Penat kepala otak uruskan tempat dan acara makan malam, sampai malas nak ambil gambar. Kita ambil gambar dari grup sajalah senang. Lepas bergambar ramai-ramai, Sk dan Iman terus mandi laut. Rugilah datang sini tapi tak mandi sebab laut dia best!





Para VIP kita letak depan pentas la kan.



Tak larat nak ambil gambar buffet. Ni pun nasib ada kawan ambilkan gambar, hahaha. 




Menu Buffet Dinner 
RM45++ adult (96 pax), 
RM22.50++ child (20pax)


*Appetizer*
Ulam Kampung
Sambal Belacan
Kerabu Ikan Bilis

*Soup*
Sup Bebola Ikan

*Main Dishes*
Ayam Goreng 65
Udang Nestum 
 Ikan Tenggiri Kari Bendi
Kailan Ikan Masin
Steamed Rice 

Samosa
Asam Laksa

*Dessert*
Local Mixed Fruits 
Kuih Melayu 
Bubur Kacang Merah

*Drinks*
Tea Tarik 
Sirap Bandung
Sirap Laici




Buffet dinner ada voucher ya, setiap orang kena guna voucher untuk masuk.




Kami tempah Pakej BBQ juga untuk 10 pax, cukup ya sebab memasing pun dah kenyang makan buffet, yang ni santai-santai aje la. Kami ambil Pakej A, siap dengan kambing, ayam, ikan, sosej, jagung dan minuman ringan RM530.



Dah pukul 9.45 baru nak mula membakar. Sebenarnya ada tema Hawaii tapi Sk malas nak pakai ikut tema.



Santai-santai membakar sambil berlangsung acara Cabutan Bertuah. Semua bertuah cuma harga hadiahnya, yang menentukan tuah tak tuah. Sk dapat pembakar roti dan container simpan beras, hehe.





Keesokannya merupakan acara bebas macam biasa Sk turun sarapan pukul 8 lebih. Pinggan pertama tentulah American Breakfast diikuti Soto Nasi Ayam Ilek!




Makan semeja dengan Khadibah dan Cik Mat. Mereka berdua ni adik-beradik. 




Kahwinkan nasi lemak, nasi goreng dan mee goreng. Sarapan semua sedap dan berasa.




Acara bebas, kannnn. Orang lain terjun kolam kami terjun katil, hahahaha.



Semua bilik kat Lotus ni disediakan microwave tau, juga seterika dan papan penggosok. Kali ni duduk bilik Standard King, hari tu Menginap di Lotus Seaview Beach Resort ni dengan Pak Inche duduk bilik Deluxe King besar sikit.




Iman ambil alih pemanduan masa balik. Alhamdulillah,  jalan tenang-tenang aje tak jammed macam masa Sk datang dengan PI hari tu. Nak pergi makan dan mengopi di Yard & Co kenyang lagi dan mesti ramai orang, jadi kami terus balik aje la tapi tapau belangkas bakar dulu, tu nanti Sk cerita ya.

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. lamanya tak datang blog akak..apa kabar kak?
    seronoknya Iman dah boleh jadi driver bonda...

    ReplyDelete
  2. Meriah acara family day. Tempat pun best, walaupun resort tapi harga berpatutan. Lain kali pegi Pengerang boleh try check-in resort ni sebab hari tu duduk dekat hotel yang jauh dari pantai. Geram pulak tak boleh mandi pantai haha.

    ReplyDelete
  3. wow memang enjoy, tengok jagung bakar tuh rasa best pulak

    ReplyDelete
  4. Office SA ni dah lama x buat family day..staff outing oversea pun dah lama xde..last 2015 lepas...seronok tengok semua baju sama kaler...

    ReplyDelete
  5. Seronok ada Family Day ni, Company Suami ni bilalah nak buat, Bini nak tumpang sekaki relaz hotel hahahahaha.. tapi Kak, kat Lotus ni memang makanan dia sedap-sedap kann.. pernah stay sana beberapa kali, puashati..

    ReplyDelete
  6. Baguus sangat company msh menyediakan acara family day 👍. Terkadang ada company yg tak pernah mengadakan event seperti ini , padahal termasuk company besar. Saya selalu suka kalo ada kegiatan fam day macam nih. Seruuu, ketemu dengan banyak orang dari kluarga masing2 staff 😍

    ReplyDelete
  7. Mujur ada Iman membantu bonda. Memang penat nak uruskan acara begini tapi bab makan-makan tu memang best lah. Tambah seronok dan meriah bila ada aktiviti menarik. Cantik betul laut belakang tu. Lambat juga masa bakar membakar tu. Dah penat, tak kuasa dah nak terjun tiruk dalam kolam kan. hihi...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!