MAKAN DI RESTORAN KESUM SELASIH

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum WBT 





MALAM kedua kena tinggal Pak Inche, kali ini kami ke Restoran Kesum Selasih yang baru sahaja dibuka di Taman Pulai Makmur bersebelahan dengan Maneh By Momo. Cantik restorannya dari luar sampai dalam, staf pun sopan.







Menunya agak istimewa juga iaitu masakan berkuah, sambal dan kicap iaitu Asam Pedas, Masak Lemak Cili Api, Sambal dan Kicap. Ia datang bersama nasi putih, telur masin, sayur dan minuman. 



Ada juga pilihan Nasi Ayam.






Keadaan dalam kedai sebelum ada  pelanggan lain. Ramai jugak yang datang, walaupun tidak penuh tapi tidak putus. Suka dekorasi kedai yang damai mata memandang dengan tema hijau.




Hidangan yang dipesan sudah sampai. Iman ambil Set Asam Pedas Daging dan Mee Kari pilihan Sk.




Mee Kari tidak mengecewakan.




Asam Pedas Daging. 

Iman kata, lagi berbaloi makan Asam Pedas Tetel di Restoran Paling Muo, satu mangkuk besar.

Ialah, kat sini kita makan dalam suasana berhawa dingin, nak.. modalnya lebih sikit.




Yang kecewa, staf tak perasan kami pesan lempeng. Bila diberitahu, tukang masaknya dah sibuk sediakan makanan untuk pelanggan lain. Kami menunggu macam buah tak jatuh pulak, haha. Lempeng datang bersama kuah asam pedas sayangnya lempeng tak garing, masih lembik lagi tepungnya tapi licin juga.. hihihi.




Nak datang sini boleh tengok alamat pada resit ya.

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. lempeng style lembik tu memang trend kut kak seri. beberapa kali juga nampak di tik tok lempeng lembik tu. Boleh la try nanti..

    ReplyDelete
  2. Cantik namanya Kesum Selasih. Dua-duanya herba yang harum.

    ReplyDelete
  3. Cantiknya buku menu dia macam cover novel je.

    ReplyDelete
  4. Klasik nama restoran...SA pun suka konsep restoran yang tenang macam ni...nampak mee kari tu pun sedap...

    ReplyDelete
  5. Hiasan daun monstera di mana2, sejuk mata jadinya 😍😍😍. Ini pun bagi mata saya kliatan sedaaap 🤭😄😄. Rasanya kalo ke Johor, memang tujuan utama wisata kuliner ya kak 😁

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!