AYAM MASAK HITAM

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

 Assalamualaikum WBT 



DAH lama beli perencah masak hitam ni dari kawan sekerja Sk yang berasal dari Baling, Kedah. Setiap kali balik kampung, kawan Sk ni akan buka pesanan rempah-rempah dari sana yang tidak dijual di Johor. Hai, bukan rempah saja, malah kopi pun boleh kirim padahal ada jer jual kat TT dan Sopi kan, saja la seronok gitu, hihi.


Hari ni baru la Sk guna rempah masak hitam ni. Senang aje, cuma tinggal tumis bawang merah,  bawang putih dan halia, kemudian masukkan ayam dan rempah masak hitam tu. Sk rasa sikit dah masin, tak perlu letak garam tapi kenalah tambah air supaya tak masin sangat. Sk letak anggaran 1/2 cawan air dan masak selama 15 minit lebih kurang.


Tambah cili padi dan daun bawang. Benda dah ada dalam esbox, campak ajelah.


Sedap jugak rasa rempah masak hitamnya tapi tu la, dah nak masuk rempah, baru perasan dah expired tarikhnya tapi tetap belasah jer masak, hahahahah. Cam tu la, asal beli apa-apa, peram dalam laci kabinet sampai lupa kewujudannya, hihihi.
Tags

Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Senang masak guna rempah je. Saya kalau rempah, simpan dalam peti ais. Jadi, bolehlah nampak, walaupun gunanya tak tahu bila. :D

    ReplyDelete
  2. Baca bahan dan tengok rupa, lebih kurang macam masak kicap.

    Saya pun kadang ada rempah yang terpaksa buang, maklumlah rajin sangat memasak 😆

    ReplyDelete
  3. Eh, orang kampung I la haha...
    PH pula jenis yg tak menyabar, asal beli je perencah² cepat nau la nak mencuba hehe...

    ReplyDelete
  4. sedapnya..masak hitam, suka dua2 daging & ayam...nmpk ok lg kuahnya tu..

    ReplyDelete
  5. Sedap ni, cicah roti pun sedap kot.

    ReplyDelete
  6. Hahaha... rupanya dh expired, nasib ok je

    ReplyDelete
  7. Jangan sakit perut ye..expired nya dah lama ke..kalau baru je takpe kot....

    ReplyDelete
  8. Senang kerja masak bila dah siap rempahnya. Kadang dah siap ni lah jarang nak guna. Harap tak sakit perutlah makan kalau dah expired lama.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!