MAKAN DI GRAND CHICKEN RICE

Seri Kandi Tanah Jauhar
11

 Assalamualaikum WBT 


TENGAH syok-syok lipat kain layan movie semalam, PI dapat panggilan pulau pulak. Ada beberapa urusan penting yang memerlukan kami berurusan di luar. Selesai urusan (walaupun sebenarnya masih belum selesai masa tu), kami mengeteh dulu di Assalam The Kedai Mamak. Tapi, balik tu, PI kata, jom kita pi makan kat Grand Chicken Rice.


Belek-belek menu dulu la.


Set nasi ayam


GCR bukan sahaja menjual nasi ayam tetapi juga menu lain seperti nasi lemak dan masakan panas goreng dan sup. Ini antara 10 menu paling popular di GCR.


Chicken Chop pun ada.


Value set bagi mereka yang datang dalam jumlah yang ramai.


Pergi kedai nasi ayam tapi tak makan nasi ayam, hehehe.



PI memang dah berapa kali nak makan Mee Wantan kat sini tapi baru ni la kesampaian. PI kata, tak boleh lawan Kak Maznah (Kueh Bakor).


Pesan Pie Tee jugak. Pie Tee dia pulak tak boleh lawan The Chicken Rice Shop.


Sk makan Curry Laksa. Bagi Sk okey la, cuma Sk tak suka rasa udang frozen tu, bak kata Iman, macam plastik, hihi.


Alhamdulillah,  pagi tadi selesai dah urusan PI selepas seharian memerah otak semalam. Maklumlah, otak remaja purba, dah tak serap macam span, hahahaha.

Syukur selalu.

Post a Comment

11Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Portion dia besar kan SK...teringin plak Pai Tee TCRS

    ReplyDelete
  2. tapi kan...linda rasa sekarang nie pai tee TCRS macam tak sedap dah..

    ReplyDelete
  3. Waalaikumsalam! Wah, outing makan-makan sambil settlekan kerja, combo power betul! Nasi ayam kat Grand Chicken Rice ni macam magnet, siap ada chicken chop, mee wantan lagi, memang syurga makanan la. Tapi janganlah banding-bandingkan sangat dengan Kak Maznah atau The Chicken Rice Shop, nanti hati kecut. 🤣 Curry laksa dengan udang plastik tu buat aku tergelak, memang ada je benda pelik dalam makanan kan? Tapi yang penting, otak remaja purba tu masih power untuk memerah idea, walaupun span dah keras sikit! Keep the energy, boss!

    ReplyDelete
  4. Lebih kurang macam the chicken rice shop pulak. Bukan sekadar nasi ayam. :D

    ReplyDelete
  5. Memang pun udang macam tu rasa macam makan plastik bentuk udang.

    ReplyDelete
  6. Pie Tee TCRS tu memang takde sapa boleh lawan kan...

    ReplyDelete
  7. Adus tergoda plak dengan curry laksa tu. Dah lama tak makan kat situ.

    ReplyDelete
  8. Hal kerja tolak tepi kejap. Kita makan dulu sebab nanti nak guna tenaga juga perah otak. Setuju! Pie Tee TCRS memang win. Patutnya resto macam ni tak guna la udang begitu. Guna yang fresh barulah padu.

    ReplyDelete
  9. saya pun panggil udang plastik.. mmg tak makan kalau ada udang plastik ni. sama macam sotong ring, sotong plastik juga, tak makan jugak. rasa macam makan plastik wpn hakikatnya tak pernah pun makan plastik..

    ReplyDelete
  10. Samalah kak. Saya kalo ke resto chicken rice, yg akan saya pesan pasti menu lain, Krn tak suka chicken rice 😅😅. Kadang ginger nya kuat sangat. Tapi suami sukaaa. So dialah yg pesan chicken rice, saya pasti menu lain

    ReplyDelete
  11. baru nk tgk menu nasi ayam rupanya menu lain yg order ye..sama la kita tk suka udang frozen

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!