MAKAN DI RESTORAN FATIMAH & SONS @ TAMAN PERLING

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

 Assalamualaikum WBT 


TERLUPA yang niari baru hari selasa, ingatkan hari Jumaat. Sebabnya hari ni ada acara di kolej yang dibuat di dewan besar. Selalu, kalau ada acara di dewan ni hari Jumaat, tu yang dok ingat hari ni Jumaat, hahaha. 


Rabu lepas punya kisah, kami berdua makan malam di Fatimah & Son's di Taman Perling. Restoran ni baru saja beroperasi di corner lot bangunan kedai berhampiran pusat jagaan di sini tapi di sini ia tulis sejak 1963. Mungkin ia diturunkan dari generasi sebelumnya. 


Macam biasa, Sk bagi pembaca belek menu dia dulu la.


Masakannya terdiri dari makanan western dan asia.


Pesanan diambil di meja oleh staf.


Minuman pun pelbagai juga.


Teringin sesuatu yang manis. Yang kanan untuk Sk, Blue Virgin. Yang hijau tu, Kiwilicous PI.


PI stress sebab ada budak jerit-jerit dalam restoran tu. Nasib baik PI tak buat video macam couple dalam feri tu, hahahaha.


Mushroom Soup dan Garlic Bread. Menu ni berasingan ya, bukan set.


Mashed Potato.


Semua makanan dihantar hampir serentak sampai kelam kabut nak ambil gambar, hahaha.


Sk pesan Char Kuey Teow Penang. Sk suka CKT goreng wok hey (kering) macam ni. Sedap CKT dia, ada udang besar dua ekor.


PI makan Chicken Grill. CG datang bersama french fries, salad dan coleslaw. 


Ayam dia tak ada rasa macam panggang, komen PI. Hurmmm.. takkanlah dia guna air fryer pulak, kan.. hihi. Boleh repeat lagi untuk cuba makanan yang lain pulak. Tempat pun cantik dan selesa, nak buat birthday party pun sesuai tau. Yang paling best, pinggan dia elokkkk, cantik.


Syukur.. Alhamdulillah.

Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. SA pun berkenan ngan CKT SK tu..suka kering2 macam tu..ada tauge tak?

    ReplyDelete
  2. Restoran Fatimah & Son’s ni nampak macam port makan yang sedap dan bergaya! Tapi bab ayam rasa tak panggang tu buat aku gelak. mungkin chef guna ‘grill imaginasi’ je kot 😜. Pinggan cantik pun bagi markah lebih, sebab pinggan pun main peranan dalam selera tau! Hahaha.

    ReplyDelete
  3. Amboi lajunya SK, terus hari Jumaat 😂
    Yup ckt goreng camni mmg sedap. Ada rasa hangit² sikit perghhh dapnya!

    ReplyDelete
  4. Awal sangat nak sampai Jumaat dah tu. Hihi. Nampak sedap semua makanan tu.

    ReplyDelete
  5. Restoran dia cantik dan selesa. Satu tarikan lah untuk orang datang. Buku menu dia pun kemas tersusun. Senang nak order. Alahaiii kenapalah tak disekalikan je mushroom soup dan garlic bread tu. Senang nak order. kann... Saya pun suka CKT versi kering gitu. Okay dah boleh pangkah siap-siap chicken grilled dia.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!