Assalamualaikum WBT
SEJAK beberapa hari ni, banyak berita sedih lalu di medsos. Antaranya, berita ibu gajah yang kehilangan anaknya akibat dilanggar lori, kemudian berita kemalangan lori membawa muatan batu bertembung dengan lori yang membawa anggota FRU menyebabkan 9 anggota meninggal dunia dan satu lagi berita pasal kucing yang hampir hilang nyawa disumbat dalam longkang oleh seorang individu tidak berperikemanusiaan. Mujurlah tuan kucing tu ternampak perbuatan jirannya tu, kalau tidak, tak tahulah apa nasib kucing bernama Manis tu, huhuhu.
Kisah selasa lepas, Sk ajak Angah dan Cik Ani makan tengahari di Restoran Salai Star. Tapi, Cik Ani tak dapat join. Dari pejabat, Sk jemput Angah di pejabatnya dan kami terus ke lokasi restoran di Taman Daya. Jom la kita belek-belek menu dulu.
Sk belum pernah jumpa lagi restoran yang menawarkan menu nasi ulam. Nasi ulam di sini merupakan nasi dari beras wangi yang digaul dengan 12 jenis ulam, kerisik dan serunding ikan dan dihidangkan dengan ayam bakar.
Selain nasi ulam, ada Set Nasi Buttermilk yang dihidangkan dengan Daging Harimau Menangis. Ada juga menu Daging Harimau Menangis (sahaja) dan Kambing Perap.
Ada menu set masak lemak macam ni, boleh pilih nak daging salai, ayam salai atau itik salai. Kalau tak mahu yang salai, ada udang dan ketam bunga. Set ni datang dengan sepinggan nasi putih, sambal belacan, ikan masin dan acar timun.
Menu ala carte pun ada seperti Siput Sedut Masak Lemak dan Tempoyak Daun Kayu.
Tak suka masak lemak? Asam pedas pun ada. Cuma kari SK tak ingat la ada ke tak. Sk tanya dengan Angah, sama ada dia nak makan asam pedas atau masak lemak? Kalau dia nak makan asam pedas, boleh ambil satu asam pedas dan satu masak lemak, sebab Sk nak makan masak lemak.. Tak sangka pulak Angah pilih masak lemak. Sk tanya nak tambah asam pedas tak, dia kata tak payah, nanti kacau rasa. Aaaa.. betullah tu.
Lepas tu suruh pilih la nak daging ke, ayam ke, itik ke, Angah pilih itik. Sk pulak dah trauma
makan itik salai keras kematu kat Restoran D Rose Beriyani, tapi tak apa, kita cuba. Adik yang ambil pesanan tu cadangkan Set Itik Salai Masak Lemak. Set ni siap nasi, acar timun, sambal belacan dan ikan masin. Kita tambah sepinggan nasi la.
Nasi putih, acar timun, sambal belacan dan ikan masin dia dah set dalam pinggan macam ni. Sambal belacan dia pedas amat! Acar timun pun sedap diratah-ratah.
Semangkuk ni boleh dua orang makan, dia kata. Okey, kita rasa kuah dia dulu. Sedap wehhh, banyak-banyak tempat Sk makan lauk lemak, ni sedap sangat di tekak Sk. Rasa pedas dan kunyit dia seimbang dan santannya pun pekat. Yang penting, itik dia tu empuk ya, tak keras atau liat langsung dan terasa salai dia tu dengan bau-bau asap dia.
Sk tambah Tempoyak Daun Kayu ni, pun sedappp!
Tengah-tengah makan, Izzat telefon ibu dia (Angah), tanya kat mana. Sk terus suruh dia datang join lunch sekali. Ngam-ngam masuk restoran, hujan turun selebatnya. Member dari mahkamah, dengan pakai blazer, neck tie, terus owner restoran datang dekat meja, tanya datang dari mana? Agaknya dia tengok vibe macam k-drama kot, hahahaha.
Izzat pun ambil Set Itik Salai tapi ni set individu, RM15. Saiz mangkuk lauk dia kecik sikit.
Foto-foto dulu la sebelum Izzat makan. Sk dengan Angah dah tolak pinggan masa ni. Total RM79.50 termasuk tiga gelas minuman manis. Tak dapat resit sebab trip, petir kuat betul dengan hujan dan angin kencang sekali. Mujur tak ada kerusi kena terbangkan angin. Syukur Alhamdulillah.
menu tmpt makan salai2 kita smlm dkt2 kan bunyi janji ada STAR hehe....itik salai dpt yg keras tu haru juga..sure teringat2 kn...tp kalo masakan salai ni wajib la menu daging yg di order
ReplyDeleteSemalam entry Mama Tisya makan itik salai, hari ni SK pula. PH pulak malam tadi makan masak lemak juga, nanti SK datanglah ke dapur kita tengok masak lemak apa ahak!
ReplyDeleteSegak aih Izzat 👍🏻
Rezeki dtg dtg boleh join makan sekali.. itulah semenjak dua ni banyak cerita sedih.. tak habis gajah..kisah FRU pula...
ReplyDeletekecur laa sy tgk siput masak lemak tu walaupun dalam gmbr hehehe
ReplyDeleteAmboi Izzat...tampan betul...best makan masak lemak cukup segala mak neneknya...Sa pun lama x makan salai2 ni
ReplyDeleteAsik menangis je sekarang ni. Berderet khabar duka.
ReplyDeleteSedapnya Sk makan tempoyak daun kayu 😋
Lama dah tak makan.
Tragedi yang menyayat hati rakyat Malaysia, kes gajah dan FRU tu. Yang aniaya binatang tu memang kejam.
ReplyDeleteSedap-sedap menunya. Kalau datang sini tak tahu nak cuba makan yang mana. Mesti lama nak memilih menu.