Assalamualaikum WBT
DAH tiba hari Jumaat yang ditunggu-tunggu semua sebab minggu ini cuti hujung minggu sampai hari isnin sempena cuti Hari Keputeraan rasmi DYMM YDP Agong. Ada yang dah ajak jalan-jalan tapi kita tunggu jadi ke idok sebab plan asal nak buat declutter kat rumah. Tak tahu la mana satu jadi, silap haribulan, dua-dua pun tak jadi, hahahaha.
Ole-ole dari selatan kali ni, Sk bawa pembaca ke Restoran Tea Garden. Sk dah beberapa kali makan di Tea Garden dan ini pertama kali bagi PI. Ni Sk ke TG cawangan Gelang Patah, yang cawangan GP ni pertama kali Sk sampai. Sebaik sahaja duduk, staf terus datang bawakan menu tapi pesanan tu kena buat dalam aplikasi restoran dengan mengimbas QR code yang diletakkan di meja.
Ni sebenarnya pergi dah lama, 22 April lepas, hehehe. Sk minum Hainanese Milk Tea dan PI minum Ice Sea Coconut. Oh, ni kami datang dinner.
Kalau makan di Kopitiam, wajib pesan Roti Bakar.
Servis di TG ni memang laju. Semua makanan hampir serentak dihantar ke meja sampai tak sempat nak bernafas, hahaha.
PI makan Chicken Wanton Mee. Memang kegemaran dia la mee wantan dan mi yang bersup ni.
Sk makan Fried Radish Cake, tak silap petang tu Sk ada makan sesuatu, tu la Sk makan ringan-ringan aje. Bagi Sk makanan di TG ni okey aje, sedap dan tak mengecewakan tapi tak mencapai KPI Pak Inche. Dia lagi suka makan mihun hailam kat Restoran Al Anisah Yong, hahahahah.
Lin kalau ke TG ni suka makan Lontong dia Kak, sedap betul, tapi… tengok tempat, ada tu cairrrr nauuu kuah .. so far Kota Masai okk..
ReplyDeleteSA pun suka makan kat TG ni, suka white coffee dia..roti bakar dan telur separuh masak...pernah makan mee macam wantan mee ada sup bagai...eh..lama la x makan kat TG ha...hujung bulan 6 nanti kot kita balik JB...
ReplyDeleteNampak semua pun sedap terutama Fried Radish Cake tu.
ReplyDeleteSedapnya, akak kalau ambil gambar makanan memang buat kita teliur berkali-kali
ReplyDeleteA'ah ek. Lupa Isnin cuti. Seronok sikit cuti long weekend. Tea Garden baru buka juga di Seremban Gateway. Baru tak baru sangatlah. Tengok menu dia nampak sedap-sedap. Banyak menu banyak pilihan. Tapi tulah tak pernah cuba sebab sentiasa full house je situ. Radish cake nampak macam lontong goreng. Sedap juga makan wantan sup. Kena tunggu kurang orang lah baru kita pergi. Servis laju okay sangatlah tu kan.
ReplyDeleteSelamat menjamu selera. Nampak sedap-sedap makanannya.
ReplyDeleteCantik cawan teh tu. Oo.. tak tahu yang isnin ni cuti. Tepuk dahi sat.
ReplyDeleteDkt area opis baru buka juga..tk try lg..aritu geng dh pi rasmi ,kita tk ikut sbb puasa..lps raya hj la nk try
ReplyDeleteSelamat menjamu selera
ReplyDelete