Assalamualaikum WBT
BARU dapat baring-baring hari ni. Itulah dia jika hujung minggu, memang tak betah ya duduk di rumah. Pagi ni kami bersarapan di Ashoka Curry House, kemudian beli sedikit barang dapur di econsave. Sampai rumah, kemas groceries, potong buah tembikai dan nenas yang dibeli semasa balik dari Kuantan dan buat jus. Lepas tu kemas rumah sini sikit, sana sikit, rendam ikan siakap tapi penyudahnya makan di luar, hahahaha.
Berbalik kepada tajuk, destinasi jjcm wajib setiap kali berjalan ke pantai timur, tentulah singgah makan udang galah di Leban Chondong. Kali ini, atas saranan kawan PI, kami ke Medan Selera Leban Chondong pula. Sebelum ni biasanya kami makan di
Gerai Makan Kampung Leban Chondong.
Replika udang galah di medan selera ni lagi besar dari replika udang galah di Gerai Makan Kampung Leban Chondong.
Udang galah masak sambal, RM13 seekor. Senang macam ni, dia dah bagi harga siap-siap. Ambik seorang dua ekor. Besar jugak udangnya, lebih kurang aje dengan yang biasa kami makan kat sanun.
PI suka sangat bila nampak ulam pucuk janggus ni. Ambil juga kacang botol dan sambal belacan.
Nasi PI yang ada kuah kari tu, tak nampak dalam frame, ada sayur kacang buncis ke kacang panjang tak silap. Sk ambil sayur peria. Termasuk dua gelas limau ais, RM69 sahaja. Murah giler!!! Macam tak percaya!
Syukurrr.. Alhamdulillah.
Kalau sambal udang, saya suka juga makan bersama roti..
ReplyDeleteFuhhh... baca je pun dah rasa kenyang, Aida terbayang udang galah tu melambai-lambai suruh datang! RM69 siap ulam pucuk janggus, peria, limau ais. ni harga zaman silam ke? 😂 Syoknya jalan-jalan cari makan, lepas tu balik rumah baring sambil senyum puas. Hujung minggu begini memang win!
ReplyDeleteSedapnyer udang galah
ReplyDeleteBesor gak udang dia. Ada ulam dan sambal belacan, lagi tambah selera. 😋
ReplyDeleteSedapnya udang sambal tu. Gemok udangnya tu. Makan ulam lagi best lagi2 kalau yang kita jarang jumpa.
ReplyDeleteLepas lunch dekat sini la, dlm 10 minit bergerak nak balik ke Gombak, dapat berita abang PH meninggal tu 🥹 memang dlm ingatan la tempat ni. Replika udang galah tu pun ada juga ambil gambarnya.
ReplyDeleteMemang sedap malam di sini, udang galahnya fresh dari sungai tak silap.
Cantiknya pilihan makananan, nasi lauk udang galah dengan sambal dan ulam tu...Bismillah.
ReplyDeleteBagus letak harga siap2...pelanggan boleh kira budget nk makan....kalo x letak...jenuh dicongak2 dlm kepala nak ambil yang mana...
ReplyDeleteRasanya SA ada beli udang besar gak hari tu...x masak lagi...
ReplyDeleteNext time kalau beli barang dapur kena tapau makanan siap-siap. Itu perkara biasa terjadi. Dah beli barang tapi makan kat luar juga hujung-hujungnya. hihi...
ReplyDeleteLawa pulak tengok replika tu. Harga macam tak masuk akal juga tu. Kiranya berbaloilah makan kat sini kan.
Isssh betuuuul kak muraaah lah itu. Udangnya pun galah. Puas makaaaan. Saya kalo udang memang sukaaaa sangat sangat. Dibuat apapun pasti doyan saya makan 😄❤️❤️
ReplyDelete