Assalamualaikum WBT
PETANG ni cuaca nampaknya macam nak hujan. Dua tiga hari ni hujan di Tanah Jauhar turun tidak tentu masa. Malam selasa lepas tak silap, tiba-tiba hujan di Tampoi. Semalam pun dua kali Sk kena hujan yang turun tiba-tiba. Tapi tu la, hujannya sekejap aje tapi lebat jugak mencurah-curah, lepas tu berhenti pun tiba-tiba, macam angin lalu.
Hari ni makan buffet lunch lagi. Kali ini temanya Asian Buffet, anjuran pelajar Kursus Penyediaan dan Pembuatan Makanan Tahap 3. Mereka ni baru kembali ke kolej awal bulan ini selepas menjalani latihan industri selama lima bulan. Minggu depan, mereka akan menghadapi peperiksaan akhir sekaligus menamatkan pengajian tahap 3 dan mungkin ada yang akan menyambung pengajian ke tahap seterusnya, insyaAllah.
Susunan buffet line lain sikit kali ni apabila diletak melintang di tengah-tengah ruang.
Ulam-ulaman terdiri dari ulam raja, daun selom, timun, bendi, terung dan tomato.
Gado-gado
Sambal belacan, sambal kacang, sambal kicap dan budu. Sambal belacan dia pedas ya ampunnnnn.
Pembuka selera.. Ebi Tempura, Popiah, Tauhu Bergedil dan Chicken Mango.
Asam Pedas Tetel. Empuk daging tetel, senang nak kunyah. Kuah pun tak pedas sangat, tak la seksa nak makan, hahaha.
Dory Sweet Sour.
Ayam Tandoori
Udang Kari Masala
Sayur Pak Choy Sos Tiram
Cita-citanya nak kurus, tapi... (sila sambung sendiri)
Layan bihun, Popiah dan gado-gado. Ambil udang masala sekor sebab tadi ter-skip masa ambil nasi, hihi.
Bihun Goreng Singapore
Stall Laksam
Sk lupa pulak ambil gambar stall Bakso.
Desserts, antaranya Kuih Akok, kek batik dan kek matcha w matcha ganache
Kuih Akok, mulanya Sk ingat cucur jawa.
Khao Niao Mu Muang atau Pulut Mangga.
Sago Gula Melaka
Tang Yuan
Pani Puri
Makan satu jer
Puri dengan Kentang Masala dan Kari Sardin.
Makan satu jugak la.
Burppp.. Alhamdulillah.
Tu diaa…macam-macam terhidang! Lupakanlah cita-cita murni tu Sk. Bukan apa, tak makan nanti menyesal pulak teringat-ingat 😆
ReplyDeleteBuffet macam ni memang bahaya, cita-cita nak kurus boleh hilang terus! Tapi yang penting, makan puas hati, nanti diet esok lusa je lah, kan?
ReplyDeleteCita cita nak kurus tapi godaan makanan semua sedap- sedap...kan? rugi kalau x makan...semua makanan nampak sedap la...bagus buat buffet macam ni...tertakluk kepada pekerja kat situ aje atau open pada orang luar sekali SK?
ReplyDeleteKalau saya makan terus utk malam hahaha... Variety jenis makanan... Makan jer la jgn fikir pape hihii..
ReplyDeleteAduhh rambang mata betul dengan buffet spread ni. Semua nampak sedap.
ReplyDeleteWahh untung betul ni dapat makan macam-macam. Kalau buffet ni rambang perut dibuatnya. Itu nak, ini nak.
ReplyDelete