Assalamualaikum WBT
INGAT tak hari tu, Sk ada join GIVEAWAY PERTAMA TOT'S BLOG? Pemenang giveaway akan dipilih secara rawak menggunakan roda pusingan.. Sk menang weiii! Lepas tu, nama yang mula-mula dapat, nama Sk, lagilah terkesima kita, nak nak pulak, tak pernah lagi menang giveaway melalui cara random name picker ni, hihi. Haruslahhhh teruja!
Nur dah email Sk beritahu beliau dah pos hadiahnya pada 30 April tapi esoknya tu kan cuti Hari Pekerja, lusanya pun tak sampai lagi sampai SK dah terlupa. Hari isnin balik kerja, nampak parcel ni, ingatkan parcel Iman, tapi tengok masih berbalut lagi. Tanya Iman, dia kata, percel Sk. Aikkk, ada beli apa lagi, semua barang dah sampai, hihi. Lepas tu baru teringat, parcel dari Nur.

Ada coin purse Kelantan motif songket
Sebotol kecil minyak wangi yang Nur beli kat Madinah
Keychain Kelantan
Fridge magnet Kelantan
Biji benih bunga matahari
Coin purse Kelantan motif songket
Fridge magnet Kelantan ni dah selamat tampal kat peti ais
Minyak wangi dari Madinah
Keychain Kelantan
Biji benih bunga matahari ni tengah fikir nak tanam kat tanah atau pasu. Tanah depan pagar jer ada sebab yang dalam pagar, kami dah simen. Tak larat potong rumput, lagi-lagi kalau musim hujan dan itu laluan Sk nak masuk kereta pulak. Lepas tu, tengok gambarajah yang Nur bagi ni, bahagian yang tajam tu kena pacak dalam tanah, ingatkan boleh tabur aje, hihi. Jadi, rasanya kena tanam dalam pasu.Terima kasih, Nur.. untuk semua hadiah-hadiah yang diberi. Ini bukan kali pertama menang hadiah dari Nur. Yang pertama dulu,
Top Commentators 2023 Blog Kait dan Lari milik beliau. Betullah, rezeki tak pernah salah alamat. Syukur selalu.
Senarai 8 lagi pemenang lain boleh lihat DI SINI.
Alhamdulillah dapat dah hadiahnya..tahniah..ha nanti dah tanam benih bunga matahari tu sila share ye kejadiannya
ReplyDeleteWow wow.. dr semalam baca update yg menang GA nur.. tahniah kak SK
ReplyDeleteTahniah SK! Best tu ada minyak wangi dari Madinah jugak 😃
ReplyDeletetahniah...dulu dekat opis lama ada juga tanam pokok bunga matahari...tapi, bukan linda lah tanam...kikiki
ReplyDeleteCongrats kak. Semoga tumbuh subur bunga mataharinya. Baguus lah kalo letak pasu 👍
ReplyDeleteAlhamdulillah, selamat sampei. Sama-sama, SK. Huggsss... ^_^
ReplyDeleteAlhamdulillah rezeki tak pernah salah alamat. Tahniah kak. Kena beli pasu tanam dalam pasu cantik. Nak pindah randah deko deko pun senang nanti.
ReplyDeletetahniah juga...ammi belum up pun story hadiah ni.
ReplyDelete