HADIAH TOP COMMENTATORS 2023 DARI BLOGGER NUR KAIT DAN LARI

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum WBT

ALHAMDULILLAH.. Syukur dan suka sangat apabila Blogger Nur mengumumkan Sk antara lima pemenang Top Commentators 2023 Blog Kait dan Lari milik beliau.


Sebelumnya, Nur ada tulis tentang hajatnya nak memberikan hadiah Kusyen Knitted hasil kait Nur kepada pengomen tegar blog Nur. Aaaaa.. Sk memang suka tengok hasil kait Nur tapi macam tak ada harapan nak menang tu, berangan sajalah🥱. Tak sangka Nur pilih lima pemenang yang menerima hasil tangan beliau, sebab Sk pemenang ke-4 tau. Punyalah seronok 😍😍😍.

Terima kasih, Nur. 


Hadiah yang Sk terima adalah sehelai Ripple Blanket. Dalam berlari lebih 10 kilometer sehari, Nur masih sempat mengait. Sk bayangkan jari-jemari Nur ni mengait pun sepantas Nur berlari agaknya 😆. 


Masa muda remaja dulu, setiap kali dapat hadiah, simpan dalam kotak. Usia menjelang Isya' ni, apa sahaja yang diterima, kita gunalah sebaiknya. Malam tadi dah guna jadi selimut tau, Nur 🤭 sebab Sk memang yang jenis tidur peluk selimut 😆. Seronoknya dapat selimut baru.


Nur bagi juga Kalendar Meja Tahun Hijrah lengkap dengan waktu solat. Semoga pahalanya mengalir terus Nur.


Ini baru betul, orang Lumut, kan.. kenalah bagi ole-ole dari Lumut, hehehehe. Selamat dah melekap kat pintu peti ais!

Sekali lagi terima kasih, Nur. Semoga dengan kekayaan hati Nur, Allah swt ganjarkan beribu kebaikan buat Nur sekeluarga, diberi keafiaatan, kebahagiaan dan kesejahteraan jua, insyaAllah, Amiiinnn Ya Robbal Alamiiinnn.

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. cantiknya warna blanket paddle pop...saya kagum dengan org yg rajin mengait ni sbb sy ni tengok jarum dgn benang pun dah rasa pening

    ReplyDelete
  2. Hehe seronok skodeng hadiah orang lain dapat.

    ReplyDelete
  3. Wah, SK pun dapat jugak ye. Cantiknya blanket kait tu.

    ReplyDelete
  4. Aminn... yarabbal Alamin.. berbunga-bunga hati saya baca entri ni. Terima kasih, SK. Hugsss....

    ReplyDelete
  5. Cantiknya selimut kait terhasil dari jari-jemari penuh kasih sayang.
    Tahniah SK!

    ReplyDelete
  6. cantiknyaaaa...tahniah SK....FM tu pun cantik betul....

    ReplyDelete
  7. Wahh cantiknya berwarna warni hasil kait kak Nur. Alhamdulillah..Tahniah Mak Inche' dapat hadiahnya. Tulah kan, kalau dah rezeki kita, dapat juga.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!