PUDING SAGO

Seri Kandi Tanah Jauhar
0



ASSALAMUALAIKUM wbt

NAMPAKNYA pagi ini hujan turun bagaikan mutiara, menyejukkan suasana pagi. Tak sangat lebat tetapi cukup untuk membasahkan bagi mereka yang tidak berpayung... ha.. tu orang selalu cakap, tak mandi, sebab tu kena hujan.. kih.. kih.. kih. Nasib baik masa sampai pejabat pagi tadi hujan belum turun lagi, jadi tak perlu berlari-lari meredah hujan.

Masa berblogging beberapa minggu yang lepas, mencari-cari resepi pencuci mulut dan kudap-kudapan, saya telah terjumpa satu blog yang agak menarik milik seorang wanita bernama Lydia. Tapi saya memang terlupa betul link ke blog Lydia ni. Saya harap kalaulah Lydia terrrrrsinggah ke blog saya ni, sudilah kiranya meninggalkan pesanan. Antara resepi yang nampak menarik milik Lydia ni ialah puding sago yang menjadi kegemaran saya dan keluarga kerana dalam gambar yang Lydia tunjukkan, struktur gula melaka tu tidak cair macam yang selalu saya buat rupa-rupanya Lydia memasukkan gelatin dalam gula melaka tu. Rasanya pun lain sikitlah, sedap dan kenyal-kenyal sikit.. hehe.. jom cuba resepi yang ni pulak..

Puding Sago
Bahan-bahan:
Bahan A ~
100 gm sago
500 ml air
~ Didihkan air dan masukkan sago, masak sehingga sago menjadi jernih. Tutupkan api, biarkan 1 hingga 2 minit dan bilas dengan air sejuk. Toskan sago dan masukkan ke dalam bekas yang sesuai.

Bahan B ~
1 sb gelatin (saya guna jenama halagel)
100 ml air panas
~ Larutkan gelatin dalam air panas, ketepikan.

Bahan C ~
180 gm gula melaka
200 ml air
1 helai daun pandan
secubit garam
~ Didihkan semua bahan C dalam periuk kecil hingga gula larut. Masukkan bancuhan gelatin (B).
Kacau sehingga semuanya larut, biarkan suam dan tapiskan. Tuang ke dalam bekas berisi sago dan sejukkan di dalam peti ais hingga gula melaka membeku. Strukturnya akan mejadi seperti jelly.
~ Hidangkan bersama susu cair atau santan, hiaskan jika suka.

Selamat mencuba..

Post a Comment

0Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!