MESTI KLIK

Sahabat Seri Kandi

Pada-Mu Ku Bersujud

Pada-Mu Ku Bersujud

Labels

aaron aziz aboo acar ady putra aidilfitri ais krim apa cerita apam asam pedas award ayam bali Bandung Batam BelangaSatu belasungkawa belimbing bengkel bihun biskut raya blogger bloglist blueberry BMI Boboiyot bola Bono boycott buah burasak burger cake in jar cendawan cerita bersiri coconut shake coklat cookies cookies & ginger cream puff cucur cuti jumaat cutiecakemaker daging diabetes doa donut durian embun fear factor malaysia fettucinne filem GA goreng gulai kawah gunung kinabalu gyoza hari lahir hidayah ikan ikan bakar Ilham Iman itik jalan-jalan jeruk Johor jus kad kaki kambing Kapten Zaharie karaoke kari kasut keju kek kek cawan keluarga kenangan kentang kepala kerutub ketam kisah pelajarku kucing kuey teow kuih melayu kuih tradisi kurma laksa laksa janggus lala lawak legoland legoland water park lembu lemon lempeng lepat link best lobster lontong love u mr arrogant macaron makan makanan laut mangga MAS masakan barat maulid meatball medan mee melaka merdeka mesin MH17 minuman mistik monopod muffin Munduk myChef Mykad nangka nasi nasi ayam nasi padang nenas ngeteh no label novel nukilan untuk teman nutella ombre oreo page Pak Chu Pak Itam panduan pasta pastri pau pavlova Pekanbaru Penang pencuci mulut pengantin penne petua pie pie maker pisang pizza pod premix promo pulut racun rahsia rainbow cake ramadan ramadhan raya red velvet rendang resepi adigun resepi ibu Riau rock roselle roti roti canai roti jala rumah terbalik sabah safee sali saja salam salam maulid sambal sardin sayur sejarah selfie semur SeriKandi Cintaku siput soto sotong spaghetti sup swans cream puff tagged tapai tart tauhu tayar tazkirah Teluk Kumbar telur tempahan tempoyak terbang tetel tinggi tomato tortilla tudung tulang twisties ubi udang ulangtahun perkahwinan untuk dijual upin ipin villa nabila wang western wheels wordless wednesday yang popular Yaya zonan

Search Alam Sari

Loading...

Tuesday, November 30, 2010

SUP KAKI LEMBU


ASSALAMUALAIKUM wbt

TERBAIK dari rumah Mak Siti. Rezeki raya Aidil Adha, dapatlah sepasang kaki lembu dari kepala lutut sampai tapak kaki. Jenuhlah jugak dengarnya membakar bulu kaki lembu ni. Dan mungkin nak pitam jugaklah mengerjakannya. Saya yang tukang makan ni pun macam nak pitam juga. Slurpppppppppppp!! Sedap sangat rasanya, berebut-rebut makan dengan en husband kongsi satu mangkuk... hehe.



Kredit gambar untuk Cik Embun, terima kaseh!!!

AGAR-AGAR CINCAU BERLUMUT


ASSALAMUALAIKUM wbt

SELAMAT PAGI MORNING.. hehe. Seorang teman sekerja, mempunyai bisnes cincau secara kecil-kecilan. Cincaunya lembut, boleh terus telan lembut saja lalu di tekak. Malam tadi, banyak pula lebih air cincau tak ada tempat nak simpan lalu saya modified hingga jadi macam gambar kat atas tu... hehe. Santan tu sengaja tak buat banyak sebab nak pastikan ianya terapung di paras cincau jer. Ada sesiapa berminat?

Bahan-bahan:
1 liter air cincau (asingkan cincaunya dan masukkan ke dalam loyang agar-agar)
10 gm serbuk agar-agar
1 sb pewarna coklat
100 ml santan kotak (jenama dicadangkan Ayam Brand, Kara, M&S)*
1 biji telur* (pukul sekejap)

Cara-cara:
~Campurkan serbuk agar-agar ke dalam air cincau, kacau sehingga semuanya hancur. Tambahkan gula jika perlu dan didihkan. Masukkan pewarna coklat.
~ Masukkan santan yang telah dipukul bersama telur. Kacau cepat-cepat sehingga sebati dan mendidih. Tuangkan ke dalam loyang agar-agar. Biarkan agak sejuk atau suam sebelum disimpan di dalam peti ais dan bolehlah dimakan sejuk.

Monday, November 29, 2010

PERUT & BABAT LEMBU MASAK LEMAK CILI PADI


ASSALAMUALAIKUM wbt

YANG ini bukan saya masak, ambil dari rumah ibu. Perut dan babat datangnya dari lembu korban nenek saudara. Alhamdulillah, kali ini bukan saja dapat daging, tapi dapat kaki, perut dan babat. Memang feberet punya harta karun tu. Resepi rasanya samalah macam orang lain masak lemak cili padi. Bagi keluarga kami orang Johor ni, masak lemak cili padi menggunakan bawang. Masa makan tu, ada juga terjumpa daun limau purut.

Apa bezanya perut dan babat? Perut ni agak licin strukturnya, manakala babat pulak yang strukturnya macam tuala tu. Sebenarnya dua-dua ni bukan kegemaran, kalau ada saya makan, kalau tak ada, saya tak cari. Tapi kalau sup kaki lembu... aihhhhhh... memang tak toleh kanan kiri.. hihi. Layan gambar jerlah ya..

JADILAH...


ASSALAMUALAIKUM wbt

SABTU lepas pergi Nagoya, nak cari kain untuk uniform sekolah Yaya. Hampa, sebab warna kain yang dicari tak ada. Lepas tu singgahlah Giant, konon-konon nak tengok-tengok harga hand mixer.
Dah google juga, jenama kitchen aid yang dicadangkan CMG tu, mak aihhh! Tak mampulah.. hehe.. Nak cari yang bunyi ala-ala manja macam yang dikatakan MamaRempit, kocek pun kenalah manja gak.. huhu.
Tak mahu pening kepala, biasalah di Giant ada macam-macam jenama yang tak pernah dengar pun ada. Akhirnya saya memilih yang ni. Bolehlah, untuk orang yang buat kuih main-main macam saya ni. Sesuai jugalah dengan kocek yang tak berapa nak berisi hujung-hujung tahun nikan. Janji kita putarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr!!! hik.. hik..

Sunday, November 28, 2010

SOTONG KUNG PAO


ASSALAMUALAIKUM wbt


INI KAWAN Encik Siakap malam tadi, Sotong Kung Pao. Kesian encik siakap kalau disantap tak berteman, kan. Wajib ada kailan sos tiram, tapi dah selalu, jadi memang sengaja tak diposekan.. hehe. Pertama kali masak sotong buat kung pao, selalunya udang atau ayam, kali ni tukar dengan sotong. Resepi hentam sendiri.. hehe. Sesiapa yang nak mencuba, silakan ya..


Bahan-bahan:

5 ekor sotong sederhana (dipotong kepingan dan dicelur sekejap dengan air panas)

5 - 6 tangkai cili kering (dikerat-kerat sesuka hati)

1" halia (dihiris nipis)

2 sb sos tiram

2 - 3 titis minyak bijan

1/2 labu bawang besar (hiris bulat kasar)

sedikit minyak masak


Cara-cara:

~ Panaskan minyak masak dan tumiskan cili kering hingga agak garing.

~ Masukkan halia dan tumis lagi hingga wangi.

~ Masukkan sotong, gaul sekejap kemudian masukkan sos tiram. Percikkan sedikit minyak bijan. Masukkan bawang besar.

~ Masak sehingga bawang layu.

BINGKA GULA MERAH


ASSALAMUALAIKUM wbt


SALAM pagi minggu. Ramai yang tengah sibuk nampaknya tapi masih ada masa berblogging tu.. hehe. Mehlah tengok apa saya buat ni. Sangat burukkan? Huk.. huk. Inilah pertama kali buat bingka, tengok resepi macam senang tapi lenguh tangan mengacau adunan dalam periuk.. hehe.


Resepi dari Kak Yatie Sinar Kehidupanku. Kalau bandingkan rupa bingka Kak Yatie dengan saya, macam langit dengan bumi, memang tak terganding langsung. Tengoklah, dia dah kahwin berapa tahun, tentulah lebih terror dari saya.. hik.. hik... cover malu.. kui.. kui. Resepi asal kata Kak Yatie dari Kak Fida @MyResepi. Terima kasih untuk keduanya, saya minta izin C&P di sini ya.. Sangat manis walaupun dah dikurangkan gula, sila ambil seorang secubit ya... hik.. hik.. kedekut.


Bahan-bahan ( loyang 10x10 inc. )
175 g tepung beras
3 1/2 sb tepung Hoen Kwee (saya macam Kak Yatie, guna tepung jagung je)
100 g gula pasir (sama Kak Yatie guna 50 g)
1/2 sk garam
875 ml santan pekat*

150 ml santan cair
200 g gula melaka
2 helai daun pandan - disimpul
1 sb air kapur (opt)
1 sk pewarna choc. (saya tak ada pewarna coklat lak)


Cara-cara:
~ 5 bahan pertama dikacau dan tapis.

~Santan cair, gula melaka dan daun pandan dimasak mendidih dan ditapis.
~Satukan kesemua bahan dan masak hingga pekat. Tuang adunan dan ratakan di dalam loyang yang digris dan bakar selama 40-45 min pada suhu 160C. Untuk mendapatkan permukaan kuih yang garing, bakar dengan api atas sebentar.
~ Biar kuih benar-benar sejuk barulah dipotong.


=>Untuk resepi di atas, saya menggunakan santan kotak ayam brand 200ml sebanyak 2 kotak. Ambil 50ml dan tambah air sebanyak 100ml utk menjadikan sebanyak 150ml santan cair.

=>Gunakan pula selebihnya(150ml santan+200ml santan) dan tambahkan air utk menjadikan jumlahnya 875ml santan pekat.(350ml santan+525 air=875 santan pekat)

Saturday, November 27, 2010

SIAKAP STIM HONG KONG STAIL


ASSALAMUALAIKUM wbt

BARU lepas makan, terus mengadap lappy.. hehe. Dah lama tak masak ikan kukus, ini menu yang baru saja lepas kami santap, siakap kukus Hong Kong stail. Tak tahulah kalau pergi Hong Kong ada tak menu ni, sebab belum pernah sampai sana lagi.. hihi. Kalau ikutkan ini resepi ulang tayang, boleh tengok di sini. Tapi yang ini dia punya bahan ada sedikit perubahan mengikut citarasa ketua chef... huk.. huk. Layanzzzzzzzzzzzzz!!


Bahan-bahan:

Seekor ikan siakap saiz sederhana (disiang cara butterfly tau)

Bahan A:

3 sb kicap cair

1 st kicap pekat

2 st gula

1" halia*

1" serai*

1 btg daun ketumbar*

3 ulas bawang putih*

1/4 cwn air

sedikit minyak bijan

sedikit serbuk lada hitam


~ Campurkan semua bahan A ke dalam mangkuk, kacau rata dan tuangkan ke atas ikan yang diletakkan dalam pinggan stainless still.

~ Kukuskan ikan selama 10 minit. Makan bersama nasi putih dan hirisan cili merah dan cili padi bersama kicap cair.

Friday, November 26, 2010

TELUR DADAR SHEILA RUSLI

ASSALAMUALAIKUM wbt


MACAM rajinlah pulak malam-malam ni nak menghapdet blog kan. Sajalah mengisi masa terluang terlanjur tak ada apa nak dibuat. Nak membaking pun tak dapat sebab belum sempat lagi cari hand mixer yang baru. Rasa giannnnnnnnnnnn sangat nak membaking, tapi tetap ku tabahkan hati.. hehe.


Mesti ramai yang selalu tengok iklan mayonis kat tv3. Alaaaa... yang ada Sheila Rusli masak telur dadar letak mayonis tu. Agak-agak percaya ke Sheila letak mayonis tu secoit tu jek. Masa jalan-jalan sambil membeli barang dapur di Giant ke Jusco (lupalah pulak), aunty yang buat demo telur dadar letak mayonis ni bagi resepi. Kalau nak gebu dan sedap eh.. u letak telur eh.. 5, lepas tu, ini mayonis eh (sambil pegang botol mayonis) u letak 2 sudu besar, u cincang itu bawang melah sama daun bawang, masuk sekali.. u try... u try... sambil menghulurkan pinggan yang berisi telur dadar yang gebu. Amboiiii... sedap, lemak, berkrim gitu.


Yang ni, maaflah, guna kuali yang bukan non-stick, jadi taklah segebu macam dalam tv tu, tapi rasanya tetap umphhh tau. Saya guna 3 biji telur dan sesudu besar mayonis. Daun bawang tadaaaa.. Layanzzzzzzz!!

BERCUTI KE LOTUS DESARU (1)

ASSALAMUALAIKUM wbt

MARILAH layan gambar-gambar percutian kami ke Lotus Desaru, minggu lepas. Lotus Desaru dulunya dikenali dengan nama Impiana kini telah berubah menjadi Taman Tema Air terletak di pantai Desaru, Johor. Bagi yang masih memikirkan tempat untuk membawa anak-anak bercuti bolehlah membawa mereka meluncur di gelongsoran yang disediakan. Tidak perlu bimbang dengan keselamatan kerana ramai petugas yang sedia memberi khidmat kepada anda. Makan di sini pun sedap tauuuu..... Jom...













ada gambar lagi, tunggu episod 2 ya... hehehe.

Thursday, November 25, 2010

SPAGHETTI BOLOGNESE


ASSALAMUALAIKUM wbt

RAMAI yang lapar petang-petang nikan. Cuba tengok stok kat dapur, ada tak spaghetti, sosnya, tomato puri.. ha, yang tu semua bahan wajib. Nak bagi sedap kenalah ada daging cincang (takde, saya guna sosej cincang.. hehe.. bukan saya cincang, orang yang rajin tulah). Bagi lagi sedap, percik sikit serbuk lada hitam dan lada sulah. Campaklah sikit daun parsly.... sedapppppp.... jemput makan....

Kalau ada sesiapa yang tak pernah masak spaghetti bolognese dan hendak mencuba boleh tengok resepi di sini ya. Kosnya lebih kurang RM10 untuk 5, 6 orang makan. Kat kedai, RM10 satu orang makan, pilihan di tangan anda.

MIXER BARU




ASSALAMUALAIKUM wbt

Grukgrukgrukgrukgrukgruk.... berdebar-debar jer hati dengar bunyi hand mixer saya ni. Masuk ni dah berapa kali dia buat hal. Tak mahu berpusing di stand. Mengeluarkan bunyi yang menjengkelkan dan macam-macam lagilah. Adoiiii... sedihlah. Ini sebenarnya hadiah sempena hari perkahwinan saya 10 tahun lepas tau, tapi baru pakai, adalah dalam setahun... hihihihi. Selama ni dok terperap dalam almari.. kui.. kui. Jadi tak boleh nak salahkan sesiapa, nak minta warranty pun tentu-tentu tak dapatkan. Hari tu masa buat ciskek, tiba-tiba saya terpandang macam ada percikan api dari celah-celah lubang tu. Kusssssssss.. semangat! Berderau darah oiii. Lepas tu saya cakap macam ni, Cik Mixer.. Cik Mixer, putih telur tu, aku lum putar lagi. Tulunnnnnnnnnnlah jangan buat hal sekarang. Lalu saya pun menggagahkan diri dan buat-buat tak takut gitu. Mana tahukan, esok keluar frontpage Metro... terkena renjatan elektrik masa buat kek, fuhhh.. simpang malaikat 44.

Dan Alhamdulillah, ciskek berjaya diputar dengan selamat. Dan hari kelmarin dan kelmarin, minggu lepaslah masa buat cistat.. (tak habis-habis dengan cis), pemutar berpusing 460 darjah. Cemana tu, terpeleot terus. Huhu... sah-sah memang dah takleh guna... kes nanya jer karang. Nasib baik dah siap putar krim cuma tak berapa nak gebu.

Semalamkan... jolok-joloklah dengan encik suami. Nasib baik boleh dapat yang baru. Yang ala-ala macam Cik Mat Gebu punya tu. Cik Mat kata, lepas beli mixer tu, seminggu dia tidur peluk kotak mixer tu. Itu, Cik Mat.. peluk kotak. Kalau saya, peluk mixer tu sekali... hehehe.

Lagilah kalau dapat yang macam ni......

Amin......

Wednesday, November 24, 2010

RESEPI BLUEBERRY CISTAT

ASSALAMUALAIKUM wbt

MAAF... maaf... maaf.... kerana tak masukkan resepi cistat kat bawah tu ya. Mula saya fikir ramai yang tahu resepi cistat ni, lagipun saya pernah entri sebelum ini di sini. (Hahahaha... kalau anda klik tolong jangan gelak, sebab itu pertama kali buat cistat... malu sendiri tau bila baca balik... hihihihi). Rupanya ada juga permintaan termasuklah di fb dan ym, maka di sini saya tampilkan lagi resepinya untuk memudahkan, supaya anda tidak tercari-cari . Mungkin ada jugak yang baru nak meninjau-ninjau acuan tat tu kan... hik.. hik. Resepi dari buku 'Kompilasi Masakan Berkeju oleh Noraini Zakaria'.. banyak resepi berasaskan keju yang mengecurkan air liur ada di dalam buku ini tau, apa kata dapatkannya di kedai buku yang berhampiran. Selamat Mencuba.

Resepi dibawah ni hasil trial & error saya dan sangatlah success, jadi saya cadangkan anda mengikut segala sukatan dan arahan yang diberi... AWAS!!! Jangan derhaka... hik... hik.. hik.
Bahan Pastri:
450 gm tepung gandum (ayak)
250 gm mentega (potong kiub kecil)
100 gm gula kastor /gula biasa yang dikisar halus pun boleh
1 biji telur
2 st air
1 st esen vanilla

Caranya:
~ Masukkan tepung dan mentega dalam mangkuk yang besar, ramas dengan hujung jari hingga semua bahan sekata. Masukkan gula dan ramas lagi hingga sekata semuanya.
~ Masukkan telur, air dan esen vanilla. Gunakan tangan, gaul sehingga menjadi doh yang lembut.
~ Ambil sedikit adunan dan tekankan dalam acuan tat. Bakar pada suhu 180'C selama 25 minit. Biarkan sejuk sebentar dan keluarkan dari acuan tat dengan cara menelangkupkan sahaja. Ia akan keluar dengan mudah tanpa perlu dicungkil.

Bahan Inti:
250 gm krim keju/ cream cheese
50 gm mentega
60 gm gula halus
1 biji telur

Bahan lain:
Jem blueberry secukupnya

~ Putar semuanya sehingga kembang dan gebu. Supaya kerja anda lebih mudah, masukkan ke dalam piping bag. Picitkan ke dalam pastri tat tadi. Hiaskan atasnya dengan sedikit inti blueberry yang dilorekkan dengan lidi. Masukkan juga sedikit inti blueberry sebelum meletak inti keju.

Okey, yang ini chocotart. Cuma gantikan inti keju dengan coklat yang dicairkan secara double boiler bersama hyfatt. Tuangkan ke dalam tart shell dan hiaskan dengan apa yang ada di dapur anda yang sesuailahhhh... jangan tabur bawang goreng atau daun sup pulak ya... hik.. hik... hik.

Tuesday, November 23, 2010

TAT COKLAT



ASSALAMUALAIKUM wbt

SESAJA nak menghabiskan lebihan tart shell saya isikan dengan inti coklat. Memang sungguh yummy... kami anak beranak peminat coklat tegar. Habislah juga bawa bekal ke Desaru.. hehe. Nanti saya update gambar percutian ke Desaru, ya.

Saturday, November 20, 2010

CISTAT GERAM


ASSALAMUALAIKUM wbt

HARI ini pada saat dan ketika ini sepatutnya kami anak beranak sedang bercanda di tepian pantai Desaru tetapi semuanya tak kesampaian apabila tiba-tiba sahaja ada aral melintang. Dush! Hati sangat sakit. Kalau hati sakit nak buat apa? Kalau uols, buat apa? Saya ambil tepung, ambil mentega, saya ramas-ramas dengan geramnya, lepas tu, campakkan gula kastor, saya ramas lagi, makin geram tau. Isk, geram sangat ni.... pecahkan telur baling dalam mangkuk ni. Geram tau... geram... geram.... grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr!!!


Nasib baiklah krimcis yang beli raya hari tu elok lagi. Hampir-hampir nak expiredlah tapi. Kalau tak, mahu saya letak cili padi buat inti.. geram punya pasal. Blueberry tu pun dah lama tinggal dalam peti, warnapun dah tak berapa ceria macam hati saya jugalah. Nasib baik lepas makan cistat ni hati jadi ceria balik. Ummmmmmph! Sangat... sangat... sangattttttttttttttlah sedap, lemak manis gitu. Meh amek sorang satu ye, jangan rebut, nanti saya geram balik... hehehe.

CIK SITI DATANG LAGI

ASSALAMUALAIKUM wbt

BAGI mereka yang selalu berkunjung ke blog ini pernahkah anda membaca entry ini? Dan ianya terjadi lagi kali ini. Kalau sebelumnya semua peristiwa cik siti masuk rumah seminggu sebelum raya haji atau Aidil Adha, kali ini peristiwa berlaku betul-betul pada Aidil Adha. Dah 4 kali, adoiiiii... camne tuh?
Cuma kali ini, Cik Siti bukannya datang tak diundang, bukan juga diundang tapi dibawa masuk oleh Si Simpul yang bernama Chemong (sempena nama kucing Re dalam filem Do Re Mi... hehe.
Arghhhhhhhhhhh!!! Geram.. geram.... sabar.... dahlah penat balik beraya di KL, semasa bersiap-siap untuk mandi saya dikejutkan dengan teriakan Yaya yang memanggil babahnya apabila terpandang sesuatu yang asing di tepi bantalnya ketika baru sahaja nak melelapkan mata. Air mata Yaya berjuraian kerana terkejut, saya terjingkit-jingkit kerana takut tiba-tiba diterkam benda yang agak hitam kekelabuan itu, encik Rizar pun macam jenguk-jenguk ngeri gitu.. oh, adakah Chemong membawa masuk burung lagi ke dalam bilik Yaya?? (Dia suka tangkap burung dan tunjuk keterrorannya tu pada kami, geram betullah)
Saya memberanikan diri pergi lebih dekat. Adoilaaaa.. nampak berekor panjang yang sudah patah tiga. Kusssssssss.. semangat, tak lain memang kerja si Chemong aka Simpul tu. Tak sanggup rasanya nak mengalihkan bangkai cik Siti sebesar anak kucing yang matanya terbuntang, mungkin mati kecewa ada hajat yang tak kesampaian.. huhuhu. Saya masuk ke bilik air mencari-cari sesuatu yang berguna untuk mengangkat cik Siti. Keluar dari bilik air terserempak dengan encik Rizar juga dengan senjatanya yang tersendiri nak menyodok cik Siti.
"Lah, takkan babah nak guna penyodok sampah dengan penyapu luar tu, habislah kotor satu katil Yaya?"
Suami memandang gayung di tangan saya. Gayung yang amat-amat jarang digunakan. Janji cik Siti boleh masuk dalam. Nak terkeluar rasanya isi perut menolak Cik Siti yang kejung masuk ke dalam gayung tapi saya tahankan juga. Rasa nak membelasah jer si Chemong ni. Suami terus membuang bangkai Cik Siti ke tong sampah di luar. Dia kemudian datang menjenguk saya yang mencangkung memberus cadar dengan sabun Dynamo kuning. Akhirnya kami tergelak juga kenangkan perangai Chemong ni. Macam-macam andaian yang keluar, yang pasti Cik Siti tu memang ditangkapnya dari luar sebab dalam rumah tiada langsung kesan tahi Cik Siti menandakan dia ada merayau-rayau sebelum itu lalu ditangkap Chemong. Selepas tu, barulah saya teringat..
"Bah, hari ni raya hajikan. Dah 4 kalilahhhhhh rumah kita jumpa Cik Siti tiap kali raya haji."
"Iya ke?"


Anda rasa misteri tak entry saya ni???

p/s: Saya tak ambil gambar bangkai cik siti yang gemuk tu. Rasa geli + ngeri. nasib baiklah kami pergi KL sehari, kalu 3 hari ke, seminggu ke, mahu buang satu tilam pasal mesti dah melenting-lenting cik ulat. Ishhhh... naik bulu tengkuk membayangkan.

Friday, November 19, 2010

RAHSIA & KHASIAT SURAH DALAM AL-QURAN


ASSALAMUALAIKUM wbt

DI PAGI JUMAAT yang merupakan penghulu bagi segala hari ini, ingin saya kongsikan e-mail yang saya terima iaitu Rahsia dan Khasiat antara surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran.

1) BISMILLAH (Dengan Nama Allah) ~ Barangsiapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran dan daripada kematian terkejut. Dan barang siapa membaca sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.

(2) SURAH AL-FATIHAH (Pembukaan) ~ Barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunatnya, nescaya permintaannya diperkenankan. Jika sakit lekas sembuh dan nescaya dikasihi oleh makhluk dan ditakuti oleh musuh. Barang siapa membaca 20 kali sesudah tiap-tiap sembahyang fardhu, nescaya rezekinya dilapangkan oleh Tuhan dan bertambah baik keadaannya serta bercahaya rohaninya.

(3) AYAT AL-KURSI (Kekuasaan Allah) ~ Barangsiapa membacanya sekali selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya terpelihara dari tipudaya dan ganguan syaitan. Dengan membacanya, seorang yang miskin akan menjadi kaya, dan jika dibaca ketika hendak tidur nescaya akan terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman. Barangsiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikan yang tidak terhitung banyaknya. Barangsiapa berwudhuk lalu membaca sekali, nescaya Allah akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk si pembaca sehinggalah ke hari Qiamat. Dan tersebut dalam hadith yang lain : Barangsiapa membacanya ketika hendak tidur, nescaya Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga ke subuh dan mengurniakan kota nur menurut bilangan rambut di badannya. Jika si pembacanya meninggal dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid. Hadith yang lain mengatakan: Barangsiapa membacanya selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya akan terpelihara dari kekerasan malakul-maut dan Allah sendiri yang mencabut rohnya dan dia akan dibangkitkan bersama para Mujahid yang berjihad beserta para Anbiya hingga ia gugur mati Syahid. Imam Jaafar Shadiq r. a. mengatakan: Barangsiapa membaca sekali, nescaya Allah akan menghindar darinya 1,000 kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah kemiskinan dan kepapaan, dan 1,000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil sekali ialah azab neraka.

(4) SURAH AL-BAQARAH (Sapi Betina) ~ Barangsiapa membaca dua ayat terakhir dari surah ini (Amanarrasulu) sebelum tidur, ia akan terselamat dari segala bala bencana dan mara bahaya.

(5) SURAH ALI-IMRAN (Keluarga Imran) ~ Barangsiapa membaca tiga ayat yang pertama dari surah ini, nescaya ia akan mencapai kesihatan dari segala penyakit dan terselamat dari gangguan jin.

(6) SURAH AN-NISSA' (Perempuan) ~ Barangsiapa yang membaca ayat yang ke 75 dari surah ini, nescaya ia akan terselamat dari kejahatan para penjahat.

(7) SURAH AL-MAIDAH (Hidangan) ~ Barangsiapa membaca ayat yang ke 7 dari surah ini, sebanyak yang mungkin selama 3 hari berturut -turut, insya Allah akan terselamat dari was-was semasa wudhu dan sembahyang. Barang siapa membaca ayat 89 hingga ayat 101 dari surah ini ke atas air lalu diberi minum kepada orang yang bercakap dusta, nescaya ia tidak akan bercakap dusta lagi.

(8) SURAH AL-AN'AM (Binatang Ternak) ~ Barang siapa membacanya sebanyak 7 kali, nescaya akan terhindar dari segala bala bencana. Jika ayat 63 dan 64 dari surah ini, dibaca oleh penumpang kapal, ia akan terselamat dari karam dan tenggelam.

(9) SURAH AL-A'RAAF (Benteng Tinggi) ~ Barangsiapa membaca ayat 23 dari surah ini, selepas tiap-tiap sembahyang fardhu, lalu beristighfar kepada Allah, nescaya akan terampun segala dosanya. Barang siapa membaca ayat 47 dari surah ini, ia akan terpelihara dari kekacauan para penzalim serta ia akan mendapat rahmat Allah.

(10) SURAH AL- ANFAL (Rampasan) ~ Barang siapa membaca ayat 62 dan 63 dari surah ini, nescaya dia akan dicintai dan dihormati oleh sekalian manusia.

(11) SURAH AL-BARAAH (AT-TAUBAH) (Pemutus perhubungan) ~ Barangsiapa membacanya, nescaya akan terselamat dari kemunafiqan dan akan mencapai hakikat iman. Barang siapa membaca ayat 111 dari surah ini, di kedai atau di tempat-tempat perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu.

(12) SURAH YUNUS (Yunus) ~ Barangsiapa membaca ayat 31 dari surah ini ke atas perempuan yang hamil, nescaya ia melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat. Barangsiapa membaca ayat 64 dari surah ini, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk dan mengigau.

(13) SURAH AL-HUD (Hud) ~ Barang siapa membacanya, nescaya ia akan mendapat kekuatan dan kehebatan serta ketenangan dan ketenteraman jiwa. Barang siapa membaca ayat 56 dari surah ini pada setiap masa, nescaya ia akan terselamat dari gangguan manusia yang jahat dan binatang yang liar. Barang siapa membaca ayat 112 dari surah ini sebanyak 11 Kali selepas tiap-tiap sembahyang, nescaya akan mencapai ketetapan hati.

(14) SURAH YUSUF (Yusuf) ~ Barangsiapa membacanya, akan dimurahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan kepadanya. Barang siapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup. Barangsiapa membaca ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesalehan kepada anak-anaknya.

(15) SURAH AR-RA'D (Petir) ~ Barangsiapa membaca ayat 13 dari surah ini, ia akan terselamat dari petir. Dan barangsiapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya penyakit jantungnya akan sembuh.

(16) SURAH IBRAHIM (Ibrahim) ~ Barangsiapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya anak-anaknya akan terhindar dari perbuatan-perbuatan syirik dan bida'ah.

(17) SURAH AL-IIIJ'R (Batu Gunung) ~ Barangsiapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat, dari gugurnya.

(18) SURAH BANI ISRAIL (anak-anak Israil) ~ Barangsiapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang bercakap gagap insya Allah akan hilang gagapnya itu. Barang siapa membaca ayat 80 dari surah ini, ketika ia pulang dari perjalanan, nescaya dia akan dimuliakan dan dihormati oleh orang- orang yang setempat dengannya.

(19) SURAH AL-KAHF (Gua) ~ Barangsiapa membacanya, akan terhindar dari kemiskinan dan kepapaan. Barang siapa membacanya pada malam Jumaat, nescaya dia akan mendapat rezeki yang murah.

(20) SURAH MARYAM (Maryam) ~ Barang siapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.

(21) SURAH THAAHAA (Hai Manusia) ~ Barangsiapa membacanya, nescaya Allah akan mengurniakan kepadanya ilmu pengetahuan dan akan tercapai segala maksudnya. Barangsiapa membaca ayat-ayat 25 hingga 28 sebanyak 21 kali, tiap- tiap hari selepas sembahyang subuh nescaya otaknya akan cerdas dan akalnya akan sempurna.

(22) SURAH AL ANBIYA (Nabi-Nabi) ~ Barang siapa membaca ayat 83 dari surah ini, nescaya dia akan mendapat sebesar-besar pangkat di sisi Allah s. w. t .

(23) SURAH AL-HAJ (Haji) ~ Barangsiapa membacanya, Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.

(24) SURAH AL-MU'MINUN (Orang-orang Mukmin) ~ Barangsiapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang selalu minum minuman keras, nescaya dia tidak akan meminumnya lagi. Barang siapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya perahunya akan terselamat daripada karam dan rumahnya akan terselamat dari kecurian dan serangan musuh.

(25) SURAH AN-NUUR (Cahaya) ~ Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk. Barang siapa membaca ayat 35 dari surah ini, pada hari Jumaat sebelum sembahyang Asar, nescaya dia akan disegani oleh orang ramai.

(26) SURAH AL-FURQAN (Pembaca) ~ Barangsiapa membacanya sebanyak 3 kali ke atas air yang bersih, lalu air itu dipercikkan di dalam rumah, nescaya rumah itu akan terselamat dari gangguan binatang-binatang yang liar dan ular-ular yang bisa.

(27) SURAH ASY-SYU A'RA (Ahli-ahli Syair) ~ Barangsiapa membaca ayat 130 dari surah ini, sebanyak 7 kali dengan senafas ke atas orang-orang yang digigit oleh binatang-binatang yang berbisa nescaya akan hilang bisa-bisa itu.

(28) SURAH AN-NAML (Semut) Barangsiapa membacanya nescaya nikmat-nikmat Allah akan kekal kepadanya.

(29) SURAH AL-QA-SHASH (Cerita) ~ Barangsiapa membacanya ke atas pekerja-pekerjanya, nescaya mereka tidak akan mencuri dan mengkhianat. Barang siapa membaca ayat-ayat 51 hingga 55 dari surah ini, nescaya otaknya akan cergas, akalnya akan sempurna dan budi pekertinya akan halus.

(30) SURAH AL-ANKABUT (Labah-labah) ~ Barangsiapa membacanya, nescaya demamnya akan sembuh. Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari gelisah dan keluh kesah.

(31) SURAH AR-RUM (Rum) ~ Barangsiapa membacanya, nescaya Allah akan membinasakan orang yang hendak menzaliminya.

(32) SURAH LUQMAN (Luqman) ~ Barangsiapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari segala-gala penyakit terutama dari penyakit-penyakit perut. Barang siapa membaca ayat 31 dari surah ini, nescaya akan terselamat dari bencana banjir.

(33) SURAH AS-SAJ DAH (Sujud) ~ Barangsiapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini, ke atas kanak-kanak yang baru lahir, nescaya ia akan terhindar dari segala- gala penyakit ruhani dan jasmani.

(34) SURAH AL-AHZAB (Golongan-golongan) ~ Barangsiapa membaca ayat-ayat 45 hingga 48 dari surah ini, nescaya ia akan mendapat kemuliaan dan kehormatan sejati. Dan barang siapa membaca ayat-ayat 60 hingga 66 dari surah ini, nescaya Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.

(35) SURAH SABA' (Saba') Dengan membacanya, terselamatlah ia dari segala-gala bala bencana, terutamanya dari rosaknya tanam-tanaman.

(36) SURAH FAATHIR (Pencipta) ~ Barangsiapa membaca ayat-ayat 29 dan 30, nescaya Allah akan memberkati perniagaannya.

(37) SURAH YAASIIN (Hai Manusia) ~ Nabi Muhammad s. a. w bersabda : "Tiap-tiap sesuatu mempunyai hati dan hati Al-Quran ialah surah Yaasiin." Yaasiin kerana Allah, nescaya akan terampun segala-gala dosanya kecuali dosa syirik.." Dalam satu hadith yang lain Baginda s. a. w bersabda: "Hendaklah kamu membaca surah Yaasiin ke atas pesakit-pesakitmu yang menghadapi sakaratul- maut, nescaya Allah s. w. t akan meringankan kekerasan sakaratul-maut itu."Dalam satu hadith yang lain pula Baginda s. a. w bersabda: "Aku ingin benar, agar surah Yaasiin ini dihafaz oleh tiap-tiap umatku." Barang siapa membacanya sebanyak 41 kali, pasti akan tercapai segala hajat dan cita-citanya. Barang siapa membacanya sebanyak 21 kali pada malam Jumaat, Lalu berdoa istghfar untuk kedua ibu bapanya, nescaya dosa kedua ibu bapanya akan diampunkan oleh Tuhan. Barang siapa membaca sekali ketika membuka kedai atau perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu. Barang siapa membacanya sekali pada awal malam, andaikata ia mati pada malam itu, mesti ia mati syahid. Barang siapa membacanya sekali selepas tiap-tiap sembahyang Jumaat, nescaya ia akan diselamatkan dari siksa kubur. Jika dibacanya oleh seorang askar, ketika ia hendak turun ke medan peperangan, Allah akan mengurniakan kepadanya keberanian dan kegagahan, serta naiklah ketakutan pada musuh-musuhnya. Hikmat-hikmat dan khasiat-khasiat surah Yaasiin ini banyak benar didapati di dalam kitab-kitab hadith tetapi cukuplah setakat ini untuk diamal oleh anda sekalian.

(38) SURAH ASH-SHAAFFAAT (Yang Berbaris) ~ Barangsiapa membacanya, insya Allah ia akan terpelihara daripada gangguan jin.

(39) SURAH SHAAD (Shaad) ~ Dengan membaca ayat 42 dari surah ini, nescaya akan mendapat kebahagian sejati. Insya Allah rakan- rakan semua akan mendapatnya jika mengamalkan ayat ini.

Wassalam.

Thursday, November 18, 2010

PIE TEE MOULD



ASSALAMUALAIKUM wbt

SERONOKNYA sebab dah jumpa Pie Tee Mould ni. Lepas ni bolehlah buat sendiri kulit pie tee ni. Ada rezeki bolehlah kalau nak ambil tempahan. Kih... kih... berangan terlebih. Ni beli sampai dua acuan buat apa? (garu kepala). Projek pie tee entah bila nak dimulakan kerana lusa (Sabtu) saya akan bermain air di Lotus Desaru yang dulunya dikenali dengan nama Impiana. Balik bercuti tentunya projek kain baju pula. Takpe, yang penting dah jumpa acuannya, jadi bila ada masa percuma, projek boleh dimulakan tanpa halangan.

PIE TEE




ASSALAMUALAIKUM wbt

SALAM AIDILADHA... Sudah dua hari rasanya tidak ber-blogging. Pastinya ramai yang masih kemengahan kesan aktiviti merendang semalamkan. Hari ni saya nak tayang Pie Tee. Gambar je ya.. hehe. Pie Tee ni dibawa oleh kakak ipar (Kak Roz) sempena aktiviti Pot Luck Hari Raya AidilAdha yang diadakan di rumah arwah abang ipar saya yang meninggal raya yang lepas. Kulit dan sos Pie Tee ini ditempah Kak Roz dengan seorang rakannya. Jadi hari ini sibuk menggoogle mencari resepinya dan jumpa di sini. Sekejap lagi nak menggoogle lagi.. hehe. Tapi yang penting mahu dapatkan acuannya dulu, siapa tahu di mana mahu mendapatkannya, diharap sangat sudilah memberitahu saya ya.. terima kasih.

Monday, November 15, 2010

CREAM PUFF & SOS KASTARD


ASSALAMUALAIKUM wbt

SALAM PAGI Isnin. Tiap-tiap hari tunda resepi.. kih.. kih.. kih. Buat hari ni, entry untuk esok, hahaha, sebab dah kemalasan nak update blog. Ni bukan saja pertama kali saya buat cream puff tau, tapi pertama kali juga saya memakannya. Mesti ramai tak percayakan. Sikit punya femes cream puff ni tapi tak pernah makan?? Biar betul? Betulllllllllll.... Selalu teringin nak beli tapi macam teragak-agak gitu. Selalunya saya jumpa cream puff ni banyak dijual pada bulan puasa, dah macam kuih bermusim pulak, hehe. Resepi asal macam biasa ambil di sini. Resepi saya, biasalah versi kurang rajin, pasal nak jimat kos, kah.. kah.. kah. Terima kasih untuk Pak Cik Mat kerana berkongsi resepi cream puff. Semoga mendapat ganjaran yang setimpal dari Allah swt.. Amin.

BAHAN SOS KASTARD:
150 ml susu cair + susu segar
1 sb gula
1 1/2 sb tepung kastard
1/2 st esen vanila
25 gm cream cheese (optional)
~ satukan semua bahan kecuali cream cheese, kacau rata dan panaskan dengan api perlahan, kacau sentiasa sehingga sos menjadi likat. Masukkan cream cheese, kacau sehingga sebati. Tutupkan api dan ketepikan.

BAHAN CREAM PUFF:
50 gram mentega
125 ml air
1/3 camca teh garam
75 gram tepung gandum, diayak
1 biji telur + 1 kuning telur
1/2 camca teh esen vanilla

~ Satukan air dan mentega, jerang hingga mentega cair. Masukkan garam dan juga tepung tadi, kacau dengan senduk kayu sehingga adunan menjadi bancuhan kental yang tidak melekat di periuk, gunakan api perlahan. Matikan api, alih adunan ke dalam mangkuk pemutar.
~ Bila adunan suam, putar pada kelajuan sederhana, masukkan telur + kuning telur serta esen vanilla. Putar hingga sebati.
~ Alihkan bancuhan ke dalam beg piping yang dipasang muncung bintang. Paipkan bentuk rosset berdiameter 2 inci atas dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Buat hingga siap.
~ Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selamat 25 minit atau cream puff kuning keemasan. Biarkan sejuk, kemudian belah, isi ruang dalam cream puff dengan custard cream tadi, ayak sedikit gula aising sebagai penyeri...

Sunday, November 14, 2010

SOSEJ GULUNG RANGUP


ASSALAMUALAIKUM wbt

ADOILAAA... Sejak pukul 9 pagi tadi, dah berapa kali saya keluar masuk angkut pakaian dan cadar yang tersidai di luar. Macam main-main lak panas hujan panas hujan, tapi tak baiklahkan saya ni, itukan semua kuasa Allah swt tetapi rasa macam dugaan betul.. hehe. Akhirnya sekarang ni hujan mula turun mencurah tetapi tak berapa lebatlah, cukup untuk membasahkan perkarangan rumah. Maknanya, tak payahlah keluar masuk lagi, bergantunganlah baju-baju yang lembab dalam rumah, dah macam kedai dobi pulak, hehe.

Kali ni saya nak tayang sosej gulung rangup yang saya ambil dari DTS. Bukan ambil makanannya, ambil resepi jer. Terrrrrsangatlah mudahnya, asalkan anda ada dua benda ajaib ni sekarang, maka sekarang juga anda boleh membuatnya iaitu sosej dan pastry puff. Siapa-siapa yang selalu lapar tu kenalah pastikan sentiasa ada stok ni, sebab berguna di saat-saat kemalasan.. hahaha. Resepi asal boleh tengok di sini. dan terima kasih untuk sifu pastry saya CMG.
Resepi di bawah saya gunakan stok yang ada di rumah saya.

BAHAN-BAHANNYA:
4 batang sosej (saya guna sosej lembu jenama Ramly)*
4 keping puff pastry jenama kawan*
Mayonnaise
Cili sos
Kuning telur + 1 camca teh susu cair = kacau rata
Sedikit serbuk lada hitam yang baru dikisar (lupa nak letak.. haha)
*kalau ramai nak makan buatlah lebih
CARA MEMBUATNYA:
~ Sosej dicelur sekejap, toskan dan biar sejuk. Belah 2 tapi jangan putus untuk setiap batang sosej. Ketepikan.
~ Ambil 1 keping kulit puff pastry (biar pada suhu bilik). Letak 1 batang sosej dan sapu sedikit sos cili dan mayonnaise antara dua belahan tadi, kemudian gulung puff pastry tadi dan kemaskan. Buat hingga siap dan susun dalam dulang pembakar.
~ Sapu dengan kuning telur tadi dan tabur serbuk lada hitam atasnya. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 20 minit atau hingga kuning keemasan.

PESANAN:Jika oven anda ada sistem "hot fan", boleh on kan masa membakar puff pastry, ini akan menambah kerangupan puff pastry. Kelar-kelar sedikit hujung puff pastry sebelum digulung untuk mendapat kesan seperti dalam gambar.(adoiiii.. tengoklah perbezaan kerjatangan sifu ngan anak murid.. huhu)


yang ni CMG punya... tak terlawan kita ngan sifu blogger masak ni..

Saturday, November 13, 2010

PUDING COKLAT BERSOS OREN



ASSALAMUALAIKUM wbt

PETANG ni hujan, patutlah tengahari tadi rasa panas lain macam. Yang ni bukan hidangan petang kami. Ini resepi tertunda untuk makan-makan minggu lepas. Resepi asal puding coklat bersos kastard oleh DJ, yang ini sosnya perisa oren pula. Agak masam, siapa yang suka bolehlah cuba ya.

Bahan-bahan Puding Coklat :
10 g serbuk agar2 (plain)
500 ml susu segar
250 ml susu cair
100 ml air
3/4 cawan gula pasir
2 sb susu pekat2
sb serbuk koko (bancuhkan dengan sedikit air panas)
1 sb tepung kastard + 2 sb air ~ kacau rata
1 sb mentega1 sk esen vanilla

Cara-cara:~ Larutkan agar-agar dan gula bersama 100 ml air.
~ Kemudian, masukkan susu segar, susu cair dan susu pekat. Kacau sebati dgn api perlahan.
~ Kemudian, masukkan koko, esen vanilla, tepung kastard dan mentega. Apabila sebati tutupkan api. Tuangkan ke dalam bekas bersesuaian. Sejukkan.

Sos Oren:
200 ml susu segar
150 ml oren sunquick (boleh kurangkan kalau tak suka masam)
1 sb tepung kastard bancuh ngan sedikit air
~panaskan susu segar dan oren sunquick, kacau sentiasa.
~masukkan bancuhan tepung kastard, kacau lagi hingga sos pekat. Sejukkan dan hidangkan bersama puding coklat.

Friday, November 12, 2010

SADAQAH JARIAH ... Kebajikan Yang Tak Berakhir


ASSALAMUALAIKUM wbt

DI HARI JUMAAT yang mulia ini ingin saya kongsikan satu antara ratusan e-mail yang saya terima, yang tidak akan saya tong sampahkan. Alhamdulillah, hari ini dapat kita kongsi bersama, insyaAllah.

Rasulullah SAW bersabda, "Bila seorang anak Adam wafat, maka amalnya terputus kecuali tiga hal:

[1] Sadaqah jariah
[2] Ilmu yang bermanfaat dan
[3] Anak salih yang mendoakannya.

(HR. Muslim, Abu Dawud, At-Tirmidzi ,Nasa'i dan Ahmad)

SADAQAH JARIAH - KEBAJIKAN YANG TAK BERAKHIR
AL SADAQAT AL JARIYAH - THE ACTIONS WHICH OUTLIVES YOU!

1. Berikan al-Quran pada seseorang, dan setiap dibaca, anda mendapatkan hasanah.
Give a copy of Quran to someone and each time they read from it, you will gain hasanaat

2. Sumbangkan kerusi roda ke hospital dan setiap orang sakit menggunakannya, anda dapat hasanah.
Donate a wheel chair to a hospital and each time a sick person uses it, you will gain hasanaat

3. Berbahagi bacaan yang berfaedah dengan seseorang
Share constructive reading material with someone


4. Bantu Pendidikan seorang anak
Help in educating a child


5. Ajarkan seseorang sebuah do'a. Pada setiap bacaan do'a itu, anda dapat hasanah
Teach someone to recite a dua. With each recitation, you will gain hasanaat


6. Berbahagi CD Quran atau Do'a
Share a dua or Quran CD

7. Libatkan dalam pembangunan sesebuah masjid, tenaga atau harta
Participate in the building of a mosque thru wealth or strength


8. Letakkan pendingin air di tempat umum
Place a water cooler in a public place


9. Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau binatang berlindung di bawahnya, anda dapat hasanah
Plant a tree. Each time any person or an animal sits under its shade or eats from the tree, you will gain hasanaat



10. Berkongsi ilmu ini dengan orang lain. Jika seseorang menjalankan salah satu dari hal di atas, anda dapat hasanah sampai hari Qiamat.
Share this with someone. If one person applies any of the above you will receive your hasanaat until the Day of Judgment .

WASSALAM

Thursday, November 11, 2010

BENJOL (18SX)

ASSALAMUALAIKUM wbt

NAK CERITA.. hehehe (belum apa-apa dah ketawa... hik.. hik.. hik)

Di sebuah rumah yang tiada berbilik, tinggallah sepasang suami isteri dengan seorang anak lelaki mereka, si Amat. (harap maklum, ini bukan kisah Sis Lin ya.. kih.. kih)

Pada suatu malam, si Papa nak berasmaradana dengan si Mama. Dia pun menghimpit si Mama. Si Mama yang ala-ala faham pun berkata, “Abang... tengok dulu si Amat, dah tidur ke belum?"

Mendapat lampu hijau, si Papa terus teriak…

"Mat... dah tidur kau Mat?"

"Belum Papa... Amat tengah baca buku."

"Sudah...esok je baca buku, dah malam ni, tidur!!!!" Perintah siPapa dengan tegas

Kira kira 10 minit kemudian, si Papa teriak lagi.

"Amat.... dah tidur kau Amat?

"Belum...."

Si Papa mengemaskan ikatan kain pelikat lalu keluar memarahi dan memukul si Amat.

"Disuruh tidur....tidurlah! !!" sehingga kening si Amat benjol.

Esoknya di sekolah si Amat ditanya oleh gurunya tentang benjol di keningnya. Berceritalah si Amat dari awal sampai dia dipukul papanya. Lalu gurunya pun mengajar Amat.

"Malam nanti..kalau ditanya lagi,kamu diam saja....ya."

"Ya....cikgu" . jawab si Amat.

Malam tu, si Papa menghimpit lagi si Mama. Si Mama yang faham berkata, "Abang.....tengok dulu si Amat, dah tidur ke belum"

"Mat.....dah tidur kau Mat?”

Si Amat teringat pesanan gurunya, maka dia diam-diam saja, daripada kening benjol lagi, dia pura-pura tidur.

"Amat....dah tidur kau Mat?" ulang Papanya.

Amat tetap diam.

Kerana tidak ada jawapan, maka papanya terus mematikan lampu.. jadilah gelap gelita.

Si Amat ketakutan setengah mati, tapi daripada benjol, dia menahan ketakutannya.

Tak lama kemudian Amat terdengar suara papanya..

"Yang...abang nak keluar ni.”

"Ya Bang .. kita keluar sama-sama", dia dengar suara Mamanya menjawab.

Dengan segera si Amat bangkit dan berteriak sekuat hati,

"Amat nak ikutt!!!.. Amat nak ikuuttt!!!!!!"

Esoknya....Amat BENJOL lagi .......

Kih… kih… kih…. Kesian Amat.

gambar hiasan: ini bukan Amat.. hehe.. benjol itu tiada kena mengena dengan cerita di atas tau..


Wednesday, November 10, 2010

PUDING CINTA... puding lagi!!


ASSALAMUALAIKUM wbt

PUDING lagi!!! Hik.. hik... saja melihat roti dalam bungkusan yang ada lagi separuh tu, saya merajinkan diri membuat lagi puding roti yang sangat sedap itu. Kali ni saya buat dua lapisan warna jer, merah jambu dan separuh adunan lagi saya letak bancuhan koko dan air panas. Gambar puding malas nak snap subuh-subuh tadi, maklumlah, kita nak pergi bekerja kan.. kih.. kih.. kih. Gambar kat atas tu, adunan pink yang terlebih.. hik.. hik.. Letak nama puding cinta, pasal ada banyak luv2 tu. Resepi boleh tengok di sini. Nyum.. nyum...

DEMI MASA

MENGHITUNG HARI

Anda Sukakan Ini?