MESTI KLIK

Sahabat Seri Kandi

Pada-Mu Ku Bersujud

Pada-Mu Ku Bersujud

Labels

aaron aziz aboo acar ady putra aidilfitri ais krim apa cerita apam asam pedas award ayam bali Bandung Batam BelangaSatu belasungkawa belimbing bengkel bihun biskut raya blogger bloglist blueberry BMI Boboiyot bola Bono boycott buah burasak burger cake in jar cendawan cerita bersiri coconut shake coklat cookies cookies & ginger cream puff cucur cuti jumaat cutiecakemaker daging diabetes doa donut durian embun fear factor malaysia fettucinne filem GA goreng gulai kawah gunung kinabalu gyoza hari lahir hidayah ikan ikan bakar Ilham Iman itik jalan-jalan jeruk Johor jus kad kaki kambing Kapten Zaharie karaoke kari kasut keju kek kek cawan keluarga kenangan kentang kepala kerutub ketam kisah pelajarku kucing kuey teow kuih melayu kuih tradisi laksa laksa janggus lala lawak legoland legoland water park lembu lemon lempeng lepat link best lobster lontong love u mr arrogant macaron makan makanan laut mangga MAS masakan barat maulid meatball medan mee melaka merdeka mesin minuman mistik monopod muffin Munduk myChef Mykad nangka nasi nasi ayam nasi padang nenas ngeteh no label novel nukilan untuk teman nutella ombre oreo page Pak Chu Pak Itam panduan pasta pastri pau pavlova Pekanbaru Penang pencuci mulut pengantin penne petua pie pie maker pisang pizza pod premix promo pulut racun rahsia rainbow cake ramadan ramadhan raya red velvet rendang resepi adigun resepi ibu Riau rock roselle roti roti canai roti jala rumah terbalik sabah safee sali saja salam salam maulid sambal sayur sejarah selfie semur SeriKandi Cintaku siput soto sotong spaghetti sup swans cream puff tagged tapai tart tauhu tayar tazkirah Teluk Kumbar telur tempahan tempoyak terbang tetel tinggi tomato tortilla tudung tulang twisties ubi udang ulangtahun perkahwinan untuk dijual upin ipin villa nabila wang western wheels wordless wednesday yang popular Yaya zonan

Search Alam Sari

Loading...

Monday, December 24, 2012

DIGAMIT KUANTAN

ASSALAMUALAIKUM...

SEKEJAP sahaja keputusan dibuat untuk bercuti ke Kuantan. Tanpa merancang tapi ia terlaksana dan dipermudahkan. Saya hanya menempah bilik hotel dua hari sebelum sampai dan Alhamdulillah, mungkin kerana bukan hari kelepasan am di negeri Pahang Darul Makmur dan dapatlah kami lena diulit intan ditemani angin sepoi-sepoi dan deruan ombak Laut China Selatan. Seingat saya sejak lima enam tahun lepas sekurang-kurangnya sekali dalam setahun kami akan bercuti ke Kuantan. Tidak lengkap rasanya jika sekali dalam setahun tidak menikmati ikan bakar di Tanjung Lumpur, gulai kawah dan masakan kampung di Balok dan jangan lupa singgah di Leban Condong, Kuala Rompin menikmati keenakan sambal udang galahnya. Namun percutian kali ini sedikit berbeza kerana kecuali udang galah di Leban Condong kali ini kami tidak ke Tanjung Lumpur dan mencedok semangkuk gulai kawah tetapi mengubah selera dengan rasa yang lain pula.

udang galah di Leban Condong
Kebetulan sehari sebelum bertolak saya sempat bersembang dengan blogger Azura Rahman yang tinggal di Kuantan. Barulah saya tahu di tepian Pantai Batu Hitam rupanya ada medan selera di tepi pantai waktu petang-petang. Cuaca petang itu seperti merestui kehadiran kami seperti kata Zura pada hari sebelumnya, Kuantan hari-hari hujan cuma hari ini panas sikit (sehari sebelum saya sampai). Dan betul, dua hari kami di Kuantan cuacanya elok betul dan cuma hujan bila kami berada di bawah bumbung bangunan sama ada di hotel atau di tempat makan. Memang langkah kanan betullah kali ni. Jadi dapatlah kami berendam di kolam sampai kecut, hahaha. Hari ketiga di Kuantan, hujan seperti mengucapkan selamat tinggal seperti tahu yang kami akan pulang ke sarang. Kesian pulak tengok budak-budak yang seronok bermandi-manda di kolam dikerah naik. Hujan berserta guruh jangan dibuat main takut ada yang kejang dalam air, betul tak?

tak pernah umur makan mee kari dalam kuali.. mak saya kata pantang makan dalam kuali atau periuk, alamak dah terlanggar pantang.. huhu
Malam pertama tu mengikut rancangan asalnya tentulah hendak makan di Tanjung Lumpur. Azura pula mencadangkan kami makan di Awana Ikan bakar yang baru dibuka di Sg Soi. Tapi disebabkan masih kenyang lagi makan keropok lekor, mee kari dan mee sup di Pantai batu Hitam ditambah pula ABC dan Lai Chi Kang semangkuk seorang ER mencadangkan kami keluar lewat sikit kononnya nak bagi perut lagi lapar barulah seronok makan ikan bakar. Tetapi tetiba sahaja ER mencadangkan untuk makan sate. Saya cepat-cepat mencapai GPS untuk mengesan kedudukan Sate Zul (juga cadangan Azura). Wah! Jumpa... Terminal Sate Zul.. ada tiga cawangan dan saya pilih yang paling hampir. Sampai di TSZ, pehhhh! Boleh tahan, penuh! Di luar bangunan kelihatan api menyala-nyala bagaikan memanggil-manggil. Saya menjenguk ke tingkat atas. Mujur ada meja kosong dan masa ini keliru sama ada kami akan dilayan atau kami perlu melayan diri. Oh, rupanya ada pelayan yang akan mengambil pesanan. Kecewa betul sebab sate kambing yang jadi juadah wajib telah kehabisan begitu juga dengan sate perut. Memandangkan 'review' yang kami baca sebelum ini bahawa sate Zul amatlah besar dan perut kami pun tak berapa lapar kami taklah minta banyak. Saya minta dua set nasi impit kot-kotlah tak berapa kenyang boleh di'cover' dengan nasi impit, hehe. Pelayan datang membawa dua set nasi impit dan semangkuk sederhana kuah kacang yang sedap. Dan sate ayamnya sangatlah sedap, sate daging tu saya rasa sate Johor lebih sedap kot mungkin kerana sate Zul menggunakan 100% daging dan ia agak kering. Kalau di Johor, di tengah-tengah batang sate tu biasanya akan dicucuk sedikit daging yang berlemak (tak semua penjual sate di Johor yang masih buat begini). Jadi apabila dibakar lemak tu akan meleleh dan menambah jus sate itu sendiri.. fullamakkk!! Mantapppp! Tapi sate ayam dia memang sedap, lain kali kalau datang kena minta sate ayam lebihlah.

Esoknya kami cuba-cubalah pulak tukar selera makan di bandar Kuantan. Ialah, nak jugaklah jalan-jalan di bandar pulak, kan.. rupa-rupanya bandar Kuantan amatlah sesak. Banyak sungguh persimpangan dan lampu isyaratnya. Dia punya merah punyalah lama, elok jer kita lepas lampu hijau di hadapan ada lagi lampu merah. Elok jer kita lepas lampu merah yang dah tukar hijau tu nanti dekat depan tu ada satu lagi lampu merah.. dan lagi.. dan lagi... lama-lama muka kami pun dah jadi merah hijau, agagaga!! Dan kami kena saman... kena kompaun sebenarnya sebab tidak pamerkan kupon meletak kenderaan. Sebenarnya kami bukan sengaja tak mahu beli kupon. Pertama sebab kami tak nampak adanya tempat jualan kupon (nampak tu tapi jauh kat tempat lain). Yang kedua sebab di JB kami dapat letak kenderaan percuma, ya.. kami ada pas parking VIP okeh.. uhuks! Ada unsur berlagak di situ, minta maaf. Itulah yang menyebabkan kami terlupa tentang kupon parking sebab dah biasa parking free, hehehe. Yang bagusnya jika anda dikompaun di Kuantan anda boleh pilih nak bayar kompaun dalam tiga hari, 14 hari atau hendak tunggu surat mahkamah. Dan saya tak rela tunggu surat mahkamah. Berdesup kami cari kaunter saman di Pasar Borong Kemunting sebab kalau bayar dalam tiga hari cuma kena RM5 sahaja. Tapi tetap sakit hati sebab tersangkut dalam kesesakan lampu isyarat, saya sampai ke kaunter lagi 10 minit, fuhhhhhhhh!!

tunggu matahari tak timbul-timbul
ER yang suka menyakat
Malam tu kami tak jadi ke Tanjung Lumpur gara-gara tak sanggup nak melalui bandar Kuantan tu untuk ke sana. Tapi disebabkan banyak kali terkena makan di Balok hanya indah khabar dari rupa (nama restoran nampak gagah rupanya tak semenggah) kami berpusing-pusing di sepanjang jalan tu lebih dua kali semata-mata untuk memilih yang terbaik rupanya nan hado juga. Tak ambil gambar sebab kecewa.. hehehe. Balik esoknya kami singgah ke Pasar Balok.. tak pasti nama betul pasar ni. Macam biasa saya wajib beli ketupat palas yang dijual di sini dan... dan.... ER dan udang memang tak boleh dipisahkan. Aummmmmmmm!! Kenapa mengaum? Sebab udang rimau.. hehe.
udang tiga generasi??
lebih besar dar kepala Zonan (maaf kualiti gambar tidak memuaskan)
beli juga kekapis
cempedak jangan dilupa sebagai pewangi kereta
dan cendol sebagai penghilang dahaga

Sekian, wassalam.

p/s lepas ini nak ke mana pulak ya??

5 comments:

  1. Macam dlm program jalan-jalan cari makan kekdahnya. Tak menahan kakak merenung semuanya.

    Kakak pernah kena saman di Pasar payang T'ganu tak bayar pun Sari. Balik Johor terus buat dek. Tapi sampai kini dah lebih setahun tak ada surat mahkamah pun..

    ReplyDelete
  2. Assalam Sari, bestnya jalan2 cari makan di kuantan, nampak sedap semua makanan tu, imgatkan sempat ke klate heheh

    ReplyDelete
  3. eh eh! laaaaaaaaaa...akak pun ke pahang keeee...tak terjumpa lak kita..hahaha

    ReplyDelete
  4. Pernah 3 kali makan di Leban Condong ke kampung bekas mak mertua di Kampung Penyabung..

    Udang tu memang segar2..sedapnya tengok gambar

    ReplyDelete
  5. Dah lama tak ke kuantan...rindu pulak nak ke sana. Tapi tu laaa dengar kata banjir kan bandar kuantan...kasihan orang kat sana.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi mengomen... jangan mengomel sudahlah ya.. hihihi

DEMI MASA

MENGHITUNG HARI

Anda Sukakan Ini?