Assalamualaikum WBT
PAGI ni Pak Inche hantar ke pejabat. Iman pakai kereta tiga hari sejak Jumaat, ada program kelab. Program beraya pun iyer jugak nampaknya tu. Pak Inche kata, lepas hantar Sk, dia nak sarapan apom di Ashoka, Sk kata, nak ikut. Jom, kata Pak Inche.
Belum pukul 8 pagi pun, tapi full house. Nak duduk pun sempit, entah kenapa meja rapat sangat dengan meja sebelah menyebelah. Pak Inche pesan roti canai sekeping dan satu set apom (2 keping per-set). Roti canai sampai dulu.
Untuk Tuan Tanah, Puri. Lambat beno nunggu puri ni sampai nak bergaduh-gaduh sebab orang lain yang baru tiba dapat dulu, agaknya salah hantar. Itulah masalah makan di Ashoka ni bila pelanggan ramai.
Apom Pak Inche sampai tapi sekeping aje, sepatutnya apom satu set ada dua keping. Dah habis apom yang pertama, baru sampai apom kedua, nasib baik tak lama sangat tunggu itupun dah hampir pasrah, ada... adalah.. takde, kita blah 😂.
Huurrmmm... memang begitulah kalau terlampau ramai pelanggan. Ada yang tersalah hantar makanan, ada yang datang dulu dapat pesanan lambat.
ReplyDeletebetullah tu, bila orang ramai jadi kite dpt lambt, org dtg lewat dpt dlu .. boleh timbul gaduh... tapi sabaaarrrr... hihi...
ReplyDeleteKita tak naka tengok lama- lama kang kita teringin..suami kita tu kejam..susah nak ajak makan kat mamak
ReplyDeleteitu yg sakit hati tu...kita sampai dulu orang lain yg kenyang dulu
ReplyDelete