CERITA dari utara tak habis lagi ni... jangan marah ek... hihi.. Semasa dalam perjalanan melalui lebuhraya utara selatan tu, sedang SK melawan ngantuk yang terlampau, tetiba terdengar suara sayup-sayup...
"Cuba cari dekat Tanjung Malim tempat makan apa yang best.."
"Hah??!" Mamai.. hehe
"Lapar ke?"
"Sajalah tengok-tengok apa yang sedap kat situ, jom!" Ajak ER lagi.
Menjunjung titah perintah, SK teruslah menggoogle makanan istimewa Tanjung Malim yang membawa SK terus ke SINI.
... Apa yang istimewa dengan pau ini?untuk mendapatkan penjelasan saya dan rakan rakan telah pergi ke kedai pau ini dan mendapati kedai pau ini adalah kedai halal yang mempunyai ramai pelanggan melayu. Ia terkenal kerana cara pembuatannya selain itu ia mempunyai pelbagai perasa antaranya ialah Pau Ayam, Pau Daging, Pau Kaya dan Pau Kacang . Harga pau ini juga amat berpatutan dengan bentuknya yang besar. Jadi datanglah ke Tanjung Malim untuk menikmati Pau di Yik Mun.
SK terus membaca
"Menarik tu.. cuba cari dalam GPS," Amboi... senyum sampai telinga pakcik ni... Mendengar kedai halal yang mempunyai ramai pelanggan melayu membuatkan kami yakin untuk mencuba sendiri keenakan makanan di Pau Yik Mun ni.
SK terlupa ambil gambar hadapan kedai sebab SK parking kat belakang.. jadi ini gambar dari Mr Google ya.. |
Sorang sebijik tak boleh lebih... mahal nih!! Hahaha |
Pau Daging sebiji RM2 puas hati intinya penuh!! |
Halal JAKIM |
Menu lain |
Yee Mee... dalam menu tadi takde kan... Sk nampak pelayan bawa mee ni hantar pada pelanggan lain terus SK panggil "Errrrr.. kak, saya nak order mee macam akak bawa tadi..." :-)))))) |
Mee (Bihun) Hainan... tetiba jer ada selai mee kuning dalam tu.. |
Bukti sedap!! Ngeeeeeeeeeee |
Satu laporan polis telah dibuat oleh pemilik restoran |
Sijil Pengesahan Halal |
Kali kedua dah restoran halal kena fitnah. Kenapalah ada manusia macam ini di negara kita ek?
ReplyDeleteSalam SK teruja sgt dgn pau daging tu klu dpt sebijik ....alangkah sedapnya
ReplyDeleteBegitu berselera suami akak makan...
ReplyDeleteLayanan kurang memuaskan
ReplyDeleteLayanan kurang memuaskan
ReplyDeleteCUBA PERHATI BETUL2.. HANYA PAU SAJA YG DISAHKAN HALAL..
ReplyDeleteBetul tu
DeletePendapat Saya banyak lagi kedai makanan Muslim yang Boleh kita langgani.
ReplyDeleteMasaalah dengan Non Muslim, Mereka cuma pastikan No Pork and No Lard saja sebagai istilah halal.
Cara penyediaan Tak Ikut cara Halal.
Sama Sama kita ingat mengingati.
Saya orang Tg Malim. Sejak kecil tinggal di sini dan skrg usia dah 70 thn. Setahu saya kami org Melayu Islam penduduk Tg Malim tk dtg makan di Yik Mun. Yg dtg singgah makan di situ adalah org luar. Maaf ye, kami jijik nk makan di Yik Mun.. tak pasti halal ke tidak.
ReplyDeletePau saja yg halal, makanan lain korang pergi bedal buat ape
ReplyDelete