ASSALAMUALAIKUM...
MERENUNG ke laut.. terhampar teluk timbunan kapal, tanjung pumpunan angin, laut tidak bertepi, pulau karam-karaman, tebing lembak-lembakan, gunung berselubung awan, lurah berselubung kabut, alam terkembang menjadi guru... dipetik dari Novel Tiara Pesona karya sahabat SK, Rahimah Muda.
![]() |
salah satu bangunan kerajaan di Pekanbaru, Riau |
Sudah seharian SK berada di Pulau Mutiara. Aduhai, teringat masih ada hutang yang belum dilunaskan dengan pembaca. Tiga hari dua malam di Pekanbaru, Riau belum lagi habis ceritanya. Ada yang menanti-nanti cerita SK ke? Sebenarnya sepanjang minggu lepas SK agak sibuk. SK rasa ada yang tahu penyebabnyakan. Ditambah lagi hujung bulan, macam-macam laporan yang perlu dihantar dan disemak. Nak mengetuk cerita pun otak rasa macam beku. Setakat hantar status-status sempoi di fb tu okeylah, boleh juga masuk dekat batu jemala SK ni, hahaha.
![]() |
di hadapan Bangunan Konsulat Malaysia Pekanbaru.. perhatikan bentuk bumbungnya.. |
bersama CCO Firefly, sedih.. gambar goyang.. jelez lettewww... |
Dan pengalaman SK yang paling berharga sekali adalah apabila rombongan ini turut disertai bersama Ketua Pegawai Komersial Syarikat Penerbangan Firefly, Encik Azman Ahmad yang sangat 'sporting' sepanjang lawatan muhibbah ini... bos memang terbaekkkklah, SK salute! Turut bersama, Pengarah Tourism Malaysia Johor dan Penolong Pengarah Pelancongan Negeri Johor. Haaaaaaaa... semuanya memang best dan SK seronok sangat, terima kasih daun keladi, lain kali bawalah SK terbang lagi ya, hihi. Dan buat pertama kalinya juga, SK telah berkunjung ke Pejabat Konsulat Malaysia di Pekanbaru dan dapat pula makan semeja dengan Konsulat Malaysia di sana, Haji Azizan Ismail. Makan apa? Ada lauk asam pedas ikan baung, ayam goreng berempah, tauhu sumbat telur, telur dadar, udang sambal petai dan beberapa lagi. Gambar??? Masa tu, SK segan sikit nak ambil gambar, ialah.. semua orang dok keluarkan kamera besar gedabak, kamera SK tu comel sangat sampai malu nak keluar dari beg... huhuhu.
![]() |
antara yang menjadi santapan kami... ni siapa punya gambar.. SK tepek sini |
monumen tarian zapin |
cantikkan... Pasar Bawah |
![]() |
haaaa.. gasaklah ya.. nak tepek gambar kat Konsulat Malaysia di sini.. |
errrr... nak sambung boleh tak??? Dah kul 3 pagi daaaaaa..
Jom... semak jadual penerbangan anda ke Pekanbaru, Riau DI SINI!!
Seri Kandi Tanah Jauhar
bersiaran dari Pulau Mutiara, Pulau Pinang
Riau Episod 3
Sedap tanjuk entri kak sari....mcm judul filem epik aje..... hehe
ReplyDeleteorang jiwa halus memang tajuk entrinya sedap-sedap, Che Mat Gebu.. hahaha
DeleteMenarik..teringin akk nk g .
ReplyDeleteKak Zila, pergilah kak. Tak rugi pergi sana, memang berbaloi-baloi.. baby meh bagi sy jaga, hihi
Deletebestnya menyopping
ReplyDeletemenyopping memang best, menghabiskan duit katanya, dah kerja penat2 inilah masa nak bersuka2 & menghadiahkan sesuatu utk diri sendiri..
Deleteepisod 3? heheh xsabor le ni
ReplyDeleteRostina, malam ni InsyaAllah sy sambung episod 3 ya, tqvm Rostina
DeleteSalam Kak SK..
ReplyDeleteSaya tak pernah terfikir nak ke Riau ni...Indonesia yg saya pernah sampai hanyalah Bali..hihihi..
Tapi mmg saya perhatikan, mereka di Indon mmg jaga culture mereka, dgn binaan monumen, senibina bangunan...itu yg patut kita contohi..
Saya & wife pun suka konsep " redah & redha" tu...hahaha..Kalau mengembara ke negara orang, mmg kami tak guna tour guide...susun sendiri itinerary...tapi kalau ke Bali tu, dua dua kali kena guna khidmat supir...;)
Kak SK kerja dgn Tourism Malaysia ke?
PS: Dah pekena char koey tiau...pasembor...laksa Penang tak? ;)
Salam, doc. Konsep redah dan redha tu kalau dipraktikkan di Riau memang selamat doc. Nt Kak SK rekomen hotel yg paling praktikal utk bershopping di sana ya
Delete