SK terus menggoogle resepi Semur Daging bila seorang kawan menghantar status di muka buku terbau masakan semur di malam hari. Phewwwwwwww!! Dahlah malam-malam, google-google terjumpa resepi Semur Daging Pontianak kat blog Che Mat Gebu.. hahaha.... serammmm. Lepas tu barulah SK teringat myChef ada keluarkan satu produk Semur Daging Betawi.. baca SINI. Jadinya janganlah salah faham. Pontianak dalam tajuk resepi tu bukanlah pontianak yang gitew-gitew tu tapi merujuk satu tempat di Kalimantan Indonesia iaitu Pontianak, Kalimantan... bukan daging pontianak tau.. gilerlah siapa nak makan daging pontianak, jumpa pun tak mahu woooo.. hahaha.
Resepi ini menurut Che Mat Gebu adalah merupakan resepi dari Chef Wan (Datuk) dalam buku resepinya. Jadi, hari ini SK nak kongsikan pulak resepi Semur Daging yang sangat sedap di tekak SK ni di sini. SK ada ubah-ubah sikitlah resepinya mengikut cara SK memasak di rumah.. derhaka sangat tu taklah, adalah sikit-sikit.... ampunnnn. Okey, jadi di sini SK taipkan resepi mengikut cara SK. Bagi sesiapa yang nak tengok resepi asal bolehlah singgah ke Dapur Tanpa Sempadan milik Che Mat Gebu ya. Terima kasih Che Mat!!!
Resepi Semur Daging Pontianak
Resepi Asal : Datuk Chef Wan
Sumber : Che Mat Gebu
Bahan-bahan :
Bahan A :
2 camca teh ketumbar biji
1 camca teh jintan manis (jintan kasar)
1 camca teh jintan putih (jintan halus)
1/2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
10 biji lada hitam
1.5 cm kulit kayu manis
3 biji buah keras
Semua bahan ini disangrai (goreng tanpa minyak) dan dikisar halus. SK tumbuk lumat-lumat. rajin tak SK??? Raaaaaajiiiinnnn....!!!
Bahan B :
500 gram daging batang pinang (lebi sedap guna daging segar) hiris, cuci dan toskan*
1 camca besar kicap manis*
1/4 cawan perahan jus limau nipis*(*digaul rata dan perap 30 minit)
1/4 cawan minyak masak
5 biji bawang merah, hiris
3 ulas bawang putih, hiris
2 biji tomato, didadu
5 camca besar kicap manis
3 biji kentang (potong bulat dan goreng empuk/ garing sedikit)
5 biji cili padi (hiris serong)
1 labu bawang besar (potong bulat)
Cara-caranya :
- Panaskan minyak masak, tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
- Masukkan bahan yang ditumbuk lumat tadi, tumis lagi hingga naik bau dengan api kecil.
- Kemudian masukkan daging yang telah diperap tadi. Gaul rata. Besarkan sedikit api.
- Kemudian masukkan kicap manis, tomato dan cili padi dan bawang besar yang dipotong bulat. Gaul rata. Masak sehingga daging empuk.
- Akhir sekali masukkan kentang yang digoreng tadi. Gaul sekejap, matikan api dan bolehlah dihidangkan dengan nasi putih.
Baca tajuk, saya ingatkan akak sembelih pontianak. Hehehehhehe. Saya suka dengan semur daging My Chef tu. Memang sedap. Tapi kalau nak masaknya, anak saya tu tak makan daging la pulak....
ReplyDeleteoh, Adam tak makan daging ke Aziela, macam tu tukar dgn ayam, ok kottt..
Deletehihihi...nama resepinya mesti ada terkena tempias Villa Nabila yang hot sekarang ni.
ReplyDeletehihihihihihihi.. tergelak2 baca komen Ita Rossi ni, kikiki
Deleteni kalo sy dapat mmg mkn tak hengat!!!
ReplyDeletebetullah Ummiaisyah, sk pun mkn tak ingat dunia dah ni, astaghfirullahalazimmm...
DeletePontianak kata..i love Kak Sari...sambil ngilai2!!!....hahaha
ReplyDeletei love u too, 3 4 5 6 7 8 9 10 Che Pon... hihihihihi
DeleteTerasa seram bca N3...bile dah baca resepi teruja nak mencuba...
ReplyDeleteUmie Jazz, nama jer seram, tapi rasanya sedap tau, cubalah baru tau..
Deletenmpak mcm sedap sgt..
ReplyDeletetapi nama resepi ni scary jugop.. hehe
LYAfrina, makan pun ala2 scary gak... banyakkkkkkkkk! hihi
DeleteSedappp..akk suka ne
ReplyDeletesedapkan, Kak Zila
Deleteterkejut tgk tajuk. heheh!!
ReplyDeletehahaha.. terkejut ya.. hihi
DeleteTajuk tu lain dr yg lain... Tergelak baca komen Kak Aziela.. Kak Sari memang pandai tulis entri yg ada unsur jenaka..
ReplyDelete