ADAKAH sesiapa di sini yang gilakan sambal macam SK?
Tak silap SK pernah cerita di sini tentang betapa kuatnya SK ni makan sambal,
dua kali lima dengan ER, hehehehehe.
Mujurrrrrrrrrrr tak banjir masa majlis kahwin 13 tahun dulu, kan.. :-))))
Orang kata, jangan makan sambal banyak, nanti sakit perut.
Iye... betullah tu, kalau orang dah cakap, cuba dengar.
Ini tidak, degil.
Katanya.. sakit perut biar kemudian, yang penting layan tekak dulu.. huhu.
Laaa ni, SK tengah sakit perut gara-gara menikmati sambal yang terlampau semalam.
Lain kali sendiri mahu ingatlah SK :-(((
Sebenarnya, sejak pagi SK tertanya-tanya.
Apa agaknya yang dimakan sampai sakit perut?
Yang peliknya cuma SK seorang yang sakit, orang lain rilek aje.
Lepas tu bila SK belek gambar-gambar sambal ni (kebetulan semalam Iman rajin pulak ambil gambar) barulah SK ingat puncanya kenapa boleh sakit perut.
Agak-agak SK insaf ke?
Errrr... mungkin tidak kot.
Makan tanpa sambal ibarat lagu yang tidak berirama tau, agagaga...
Lokasi : Restoran Nasi Padang, Jalan Padi Emas 3/1, Bandar Baru Uda |
huih sedapnya sambal
ReplyDeletenasi panas dengan sambal pun laku
http://welovesusuibu.blogspot.com/2013/11/10-cara-berhenti-merokok-selamba-tapi.html
Xde smbal xselera makan..hehe
ReplyDeleteArwah abah sy gitu la dlu kak....hidangan pelengkap msti sambal belacan....x mkn dia klau x de pedas2 ni...sama la ngan sy pun...
ReplyDeleteSamalah kita. Kakak pun kalau makan sambal lebih sikit sakit perut. Tapi tekak kakak kalau tak pedas tak boleh. Lagi pedas lagi sedap!!
ReplyDeleteHa...sama2.....! Tak pedas, memang rasa tak complete makanan tu. Nasi goreng pun nak ada cili padi. Setakat pedas cili besar tu..aduhh...membazir jer. Kalau tak ada sambal sangat, korek peti ais. Dapat cili padi hijau sebatang pun cukuplah untuk bagi rasa menyengat tu. Tapi, kalau sambal hijau kat kedai nasi padang, kita hati2 juga makan. Bijinya tak hancur...hehehehhe. Sakit usus nanti kak. Kalau buat sendiri, kita blend halus2 atau tumbuk lumat2. Selamaaatttt sikit. Hehehehehe
ReplyDeleteBahaya nih...tapi ni yg sedap..hihih
ReplyDeletesedapnyaa Thanks for sharing!
ReplyDelete10 manfaat habbatus sauda dan 9 makanan diet yang anda perlu tahu.
halal frozen food supplier malaysia
meal replacement malaysia
gerd symptom
caffeine tablet