VILLA NABILA YANG TAK BERDOSA

Seri Kandi Tanah Jauhar
17
ASSALAMUALAIKUM...

SESAK tak bergerak... selalunya kalau cuti-cuti sekolah macam ni, lebih-lebih lagi cuti baru bermula, jalan agak lapang dan lengang. Masa inilah ramai ibu bapa yang mengambil kesempatan untuk mengambil cuti hujung tahun dan membawa anak-anak melencong melancong. Tapi, sebaik sahaja melepasi jejambat Taman Ungku Tun Aminah memasuki Jalan Skudai, kereta mula terhenggut-henggut. Lutut lenguh kaki letih kerana asyik mengawal 'clutch' 'brake' dan minyak. Ya, SK masih lagi memandu kereta manual di saat kebanyakan orang lebih selesa menggunakan gear auto.

"Ish! Apa yang jem ni?" Mata SK ni bukannya boleh bertahan dengan 'traffic jammed' mulalah dia mengantuk. Lagu-lagu tangkap lentok pun tak berkumandang pagi-pagi ni. Kalau tak masihlah mampu memandu sambil ber'karok' katanya.. kekekeke. Sebaik melepasi Bandar Baru Uda, SK jadi makin pelik. Ada orang langgar ***tut kot... selalu memang macam tu, asal ada sebiji dua kereta bercium alamatnya berejamlah tersangkut dekat jalan. Tapi SK jadi dua kali pelik sebab jalan sesak menuju ke Pantai Lido, jalan yang hari-hari SK lalu untuk pergi kerja (balik lalu jalan lain). SK terus bagi isyarat ke kiri dan masuk ke Jalan Tasek. Tapi dalam kepala masih berfikir-fikir sebab jarang sekali jalan Pantai Lido yang besarnya lima enam lorong tu boleh sesak macm tu sekali.

google image...
sebagai seorang yang dah biasa dengan tempat ni SK nak bagitahu
 ini adalah pemandangan villa dari jalanraya atau Pantai Lido.

Sampai pejabat, SK baca status facebook Kak Zana Fahmi (Kak PB Pondok Buruk, Sabah) pasal Villa Nabila. Mula-mula tu SK pelik jugak. Dah lama kisah pasal villa tu senyap kat fesbuk, kenapa tetiba timbul balik. Mesti ada yang nak cari publisiti murahan lah ni. Al-kisah rupanya tersebutlah kisah, tak tahu betul atau olok-olok, 23 remaja dikatakan hilang di dalam villa tersebut kerana nak buat pesta di situ. Sebenarnya yang SK tak percaya bukan pasal remaja yang dikatakan hilang tu. Sebab memang ramai yang suka mencabar penunggu villa yang terletak berhadapan dengan Pantai Lido ni cuma belum ada kes yang betul-betul hilang. Yang jatuh sakit, dari cerita-cerita orang termasuk ibu SK memang ada. Yang SK menyampah dan meluat apabila beberapa versi bagaimana boleh menyebabkan hantu beranak-pinak di villa itu.

Dan disebabkan oleh kononnya 23 budak yang tak cukup ilmu di dada tu mengganggu ketenangan penghuni 'gelap' villa atas bukit tu, bukan sahaja satu jalan Pantai Lido tu kecoh, tapi kecoh satu Malaysia dan rupanya sampai disenaraikan antara lima tempat paling berhantu di dunia. Astaghfirullahalazimmm.. SK kan, lahir di Johor Bahru dan dibesarkan di bandaraya ini sehingga darjah dua sebelum berhijrah ke Pontian sehingga masuk Tingkatan Dua, SK menetap semula di JB. Selama SK membesar dan dewasa di sini sampai dah beranak pun, bukan sekali dua SK lalu depan Pantai Lido sekaligus melintasi villa ini kerana di sinilah laluan utama kalau nak ke pusat bandar dengan menaiki bas berhenti-henti. Waktu kecil dulu, di Pantai Lidolah nilah tempat kami bermandi manda dan berhampiran villa inilah kami membilas badan di sebuah mata air. Ialah, masa tu kecik-kecik lagi, siapalah nak heran budak kecik mandi tepi jalan oiii.. hahaha. Selalu SK ikut ibu dan Makcik Milah (kini arwah) menggali pasir mencari kepah lebihnya main lumpur jer lebih.

Jadi, bila timbul macam-macam versi cerita di villa ini, apa tak hangin SK dibuatnya. Amboiiii, masing-masing nak jadi wartawan tak bertauliah. Semua nak tunjuk pandai. Ada pulak tu yang sesuka hati mak tiri dia aje pergi salin dan tampal status orang lain dekat dinding muka buku sendiri sudahnya sendiri yang menggigil kepala lutut apa tidaknya, siap membabitkan nama Sultan sekali dalam status tu. Yang SK pelik, masa salin tu tak baca ke??? Ni namanya, kata ibu SK, makan tu bukan jadi otak tapi jadi ta**. @#$%^!! Eh.. eh.. aduh.. aduh.. aduh.. makin sakit pulak hati ni, darah boleh naik ni..

Dan.. dan... hari ni pulak ramai yang dah tahu cerita sebenarnya, kan. SK tak nak tulis dekat sini sebab ramai yang dah tulis. Yang SK tuliskan tadi adalah sekadar luahan perasaan SK sebagai orang Tanah Jauhar khasnya tinggal di Johor Bahru. Villa tu tidak akan mampu kita pindahkan walaupun sekadar ke seberang lautan yang hanya beberapa depa di depan. SK juga pernah diberitahu bukan tiada inisiatif untuk diroboh atau dibangun semula tetapi ada sahaja halangan dari pihak yang tidak 'berpenampakan' kerana itulah ia tetap tersergam di situ. Ia tak akan ganggu kita, kalau kita tak memulakan mengganggu dia, percayalah!!

Misteri sebenar di sebalik Villa Nabila yang boleh dipercayai adalah DI SINI!

Post a Comment

17Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. sejujurnya kak..dr semalam lia dh rasa semua citer ni mengarut.. org kata xde keje cari pasal lah bdk2 ni.. ntah apa2.. haishhh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah yg buat akak rasa besarrrr jer kepala ni, Lia.. geram!

      Delete
  2. kecih stu mesia citer ni ye kak !

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. masa g johor awal tahun aritu de jugak lalu depan nie..tak pasal2 je kan kecoh..pastu benda gini cepat je jadi viral FB..hahhaa

    ReplyDelete
  5. Masa saya kecik-kecik selalu jogging dengan abah kat pantai lido so saya memang selalu peratikan villa ni, kalau tak silap villa ni kaler dia biru putih memang cantik masa tu...tak sangka pulak sekarang orang kecoh2 pasal villa ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, memang kaler biru putih, ia adalah antara bunglo yg menyerlah di hadapan Pantai Lido, kan Nurulhuda.. ooo.. selalu jogging situ, seronok smbil sedut angin laut kan...

      Delete
  6. Nak pindahkan tak boleh, nak robohkan tak boleh, kalau di cantikkan, boleh? Boleh buat kedai makan ke kan..hehehehhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aziela, macammana nak cantikkan, nak tebas belukar jer dah demam seminggu... aterrr... Aziela bab makan nombor satu!! hihihi

      Delete
  7. tah apa2 kan.. buat penat kaki org je bikin jem bagai... piknik kat pantai lido lagi syiokk..

    ReplyDelete
  8. lps tahu hal sebenar.. rsa cam agak bengang la...
    sbb krn kes ni, bukan sekadar warga johor, tp seluruh rakyat malaysia susah hati...
    Aduyai....

    ReplyDelete
  9. Tak penah dgr pun pasal Vila Nabila ni sebelum ni..hehe. Baru tau kisah dia lepas dah kecoh2 ni..budak tu memang tak patutlah buat camtu..huhh

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!