ASSALAMUALAIKUM...
![]() |
gemuknya SK.. huhuhu |
Pagi hari kedua di Pekanbaru, memang SK langsung tak ada selera nak bersarapan. Selalunya SK ni jenis yang jarang sakit dan kalau sakit pun masih makan banyak lagi.. syhhhh! ini rahsia tau... hihi. Kecuali masa kena chicken pox dulu.. haaa.. masa tu memang tak boleh masuk langsung makanan kat tekak ni. Errr.. dah lari topik ni. Okey, jadi pagi tu SK cuma makan sikit jer dengan harapan rasa tak sedap badan tu tak berpanjangan. Lepas bersarapan kami duduk di lobi menunggu kedatangan bas wisata yang disewa
tidur ke berangan?? |
Tiba masanya yang ditunggu-tunggu apabila tayangan tentang 'Gelombang Bono' ditayangkan kepada kami. Pehhh! Matik-matik SK ingatkan yang kami akan pergi ke Sungai Kampar dan menunggu kehadiran ombak bono ni tau. SK tengok ER.. ER tengok SK.. lepas tu sama-sama gelak.. kikiki. Mana mungkin kami akan menjejak ke Sungai Kampar yang harus meredah hutan Sumatera tebal.. makanya kita tonton saja tayangan slide-nya.. okeyyy.
![]() |
salah seorang pakcik orang puteh yang telah sampai ke lokasi Pantai Bono.. tahniah pakcik!! sumber Google Image |
Di Pekanbaru, Riau atau tepatnya di muara Sungai Kampar terdapat fenomena alam yang berupa gelombang besar yang dinamakan 'gelombang bono'. Gelombang bono dikatakan terjadi akibat dari benturan tiga arus air yang berasal dari Selat Melaka, Laut Cina Selatan dan aliran air Sungai Kampar sendiri. Benturan ini menjadikan gelombang air di muara sungai Kampar boleh mencapai ketinggian antara 4 hingga 5 meter. Biasanya sebelum gelombang berlaku akan kedengaran satu suara gemuruh yang hebat yang boleh kedengaran dari jauh dengan begitu jelas.
![]() |
sumber Google Image |
![]() |
sumber Google Image |
Diceritakan kononnya, Bono di Sungai Kampar adalah Bono Jantan manakala Bono Betinanya (makwe dialah tuuuu) berada di Sungai Rokan. Bono di Kuala Kampar ini berjumlah tujuh ekor yang mempunyai bentuk seperti kuda dan disebut induk Bono. Di musim pasang mati, Bono Jantan ini akan pergi ke Sungai Rokan menemui Bono Betina (dating lettewww), dan kemudiannya bersantai (cuti-cuti Indonesia) menuju ke Selat Melaka. Itulah sebabnya ketika bulan kecil dan pasang mati, Bono tidak ditemukan kedua sungai tersebut. Jika bulan mulai besar, maka kedua-dua Bono jantan dan betina akan kembali ke tempat masing-masing lalu bermain memudiki Sungai Kampar dan Sungai Rokan. Semakin penuh bulan di langit maka semakinlah gembira Bono berpacu memudiki kedua sungai tersebut. Begitulah ceritanya.
![]() |
sumber Google Image |
![]() |
sumber Google Image |
Sumber : Menguak Sejarah Ombak Bono Kuala Kampar
Suntingan : Seri Kandi Tanah Jauhar
p/s Jika ada kekurangan dalam entry ini SK minta maaf ya dan jika ada gurauan tu adalah semata-mata hiburan sahaja namun tidak menafikan fakta dan mitos.. terima kasih.
Jom semak jadual penerbangan anda ke Pekanbaru bersama Firefly DI SINI!!
Riau Episod 5
Bono tu apa kak?
ReplyDeletePsst? Gemukk? Langsunggggg tidak. Elok jer slimnya...