ASSALAMUALAIKUM...
haruslah tuan blog yang muncul dahulu |
SILUNGKANG merupakan pusat tenunan dan sulaman yang terkenal dan sering mendapat sambutan pelancong di Pekanbaru ini. Sesuai dengan jenama dan menjadi pula tumpuan pelancong maka tidak hairanlah harganya agak mahal. Kalau anda ingin memberikan cenderahati yang agak ekslusif kepada orang-orang yang istimewa apa salahnya berbelanja besar di sinikan. SK memang tak membeli di sini kerana dada SK ni dah berdegup-degup tidak sabar untuk 'shopping' di Pasar Sukaramai atau dikenali juga sebagai Ramayana. Tak sabar punya pasal, sangguplah pulak jalan kaki meninggalkan ahli rombongan yang masih memilih-milih di Silungkang.. sungguh tidak senonoh perangai... hahaha.
tulahhh.. len kali orang cakap tu dengar... huhuhu.. janganlah marahhhh.. kita lari karang baru taw! |
rambang mata dibuatnya.. huhuhu |
kita minum dulu!! |
bestnya lahaiiii kalau badan SK macam patung ni.. :p |
Fuhhhhhhhh!! Sampai mengigau-ngigau dibuatnya |
![]() |
hidangan yang disajikan di rumah Wali Kota atau kalau di Malaysia ni disebut Menteri Besar |
Dalam banyak-banyak tempat, SK rasa sajian di rumah pemerintah Riau atau Wali Kota adalah yang terbaik. Dari sajian tekak sehinggalah ke sajian telinga. Sepanjang menikmati jamuan kami dihidangkan dengan nyanyian live lagu-lagu melayu Deli.. ada lagu P Ramlee, Ahmad Jais dan Syarifah Aini. Syoklaaa.. SK kan jiwa halus jadi memanglah suka dengar lagu-lagu macam ni.. hihi.
buah-buah kesukaan SK ni... |
pinggan SK... taklah kuat makan sangatkan.. kan... |
haaa.. ni pinggan SK masa makan di Kapupaten Pelalawan tu.. yang hari rasa macam nak demam tu.. agak-agak orang nak demam makan macam ni ke hah???! |
Malam terakhir di sini selepas rasa nak pitam makan ikan baung dan patin kami ramai-ramai berjalan kaki mencari bakso. Tidak sahkan kalau ke Indonesia tidak pekena bakso. Memamg sangat best Restoran Khas Bakso yang kami singgah ni. Baksonya pun boleh tahan jugaklah. Sedapppppp.. orang belanjalah katakan.. kui kui.
dagingnya sebesar penumbuk... bayi! |
warga media Johor Bahru |
Dan SK juga dapat mencuba satu lagi makanan tradisi Indonesia khasnya Palembang yang diperkenalkan Makcik Monas iaitu Pempek Palembang. Sedapppppppppp!!
Pempek Kapal Selam.. ada telur rebus di dalam |
![]() |
Hidupku dulunya seorang pengamen Pulang malam selalu bawa uang recehan Mengejar cita cita paling mulia Membantu keluarga dirumah |
ole-ole Pekanbaru |
![]() |
Cowok Idaman??? Errr... |
Terima kasih kepada mereka yang setia mengikuti perjalanan SK di Pekanbaru ni ya.. Oh, ya! Jika ada sesiapa yang ingin ke Pekanbaru dan memerlukan 'tour guide' anda bolehlah email SK di serikanditanahjauhar@gmail.com.
p/s Jangan lupa dapatkan tiket penerbangan anda ke Pekanbaru melalui Firefly DI SINI!
Puas jugalah SK dgn kakitangan media berliburan di Pekan Baru ye.
ReplyDeleteSK..semua makannan nampak menyelerakan...atau kita ni jenis tolak batu dan kayu ja hehe
ReplyDeleteDi Pasar Bawah yer, hait. Noted. Naik feri jer dari Melaka. 2 jam dah sampai.
ReplyDeleteblh berangan p pekan baru plak pasni, SK jadi tourist guide plak :P
ReplyDeletehabis dah saya baca cerita Riau!
ReplyDeletebest!!