ASSALAMUALAIKUM...
SALAM Maal Hijrah 1415H... semoga tahun baru ini membawa lembaran yang lebih baik untuk kita semua sebagai seorang muslim.
![]() |
kenangan di Dinas Kebudayaan dan Pariwisata Provinsi Riau |
hasil merempit! |
Penat ber'shopping', petang itu barulah kami mendaftar masuk ke bilik hotel. Grand Hawaii Hotel menjadi pilihan dan ia adalah antara hotel yang agak strategik kerana terletak di tengah-tengah pusat bandar. Jangan bimbang jika anda berasa lapar kerana di sekeliling dan berhampiran hotel terdapat banyak sekali warung dan restoran yang menawarkan masakan tradisi Indonesia... alaaaa... apasal tetiba SK pulak jadi kecur ni... hihi. Malam pertama di Pekanbaru hujan turun agak lebat. Maka, misi SK untuk menikmati bakso dan pempek palembang telah mengalami kegagalan. Dan malam itu juga SK tidak sihat. Rasa macam tak bernafas menahan perut sebu dan esok paginya SK dah rasa macam nak demam. Mungkin kena hujan, mungkin salah makan. Tak ada selera langsung menikmati sarapan. Punyalah banyak kali berdoa... janganlah demam... janganlah demam... huhu.. sebab kami akan menempuh perjalanan jauh kira-kira 4 jam pergi balik ke satu daerah yang digelar Pelalawan...
mungkinkah SK betul-betul demam???
bersambung...
p/s : JOM... semak jadual penerbangan anda ke Pekanbaru melalui Firefly DI SINI!!
Riau Episod 4
sama cam lya la..slalu tlwt update.. cz kekangan masa tu la..
ReplyDeletetp xpela..atleast ttp update utk tatapan kt kan...