MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Sunday, November 3, 2013

PENANGAN LOVE U MR ARROGANT!

ASSALAMUALAIKUM...


SELEPAS drama bersiri JULIA di slot Akasia berakhir, SK tidak lagi mengikuti sebarang drama bersiri dalam slot Akasia. Mungkin ikut sekejap siri Teduhan Kasih tu.. Setia Hujung Nyawa yang orang sibuk cakap tupun SK tak berapa nak ikut sangat. Julia tu, SK suka.. atas dua sebab, pertama lagu temanya tu, nyanyi sikit eah... 'cukup-cukup sudah... cukup sampai di sini saja...hihi' kedua, SK minat dengan hero kedua dalam drama tersebut iaitu Azlee Khairi.. hihi. Haaa.. yang jadi mak si Azlee ni ialah Norish Karman.. ingat tak? Dan mereka berganding lagi dalam siri 'Love U Mr Arrogant'... ya ampunnnn.. SK minat sangat dengan Azlee, tak tahu kenapa. Suka tengok lakonan yang bersahaja. Muka tak jambu takpe janji macho.. uhuks!


Penangan Mr Arrogant ni boleh tahan juga hingga membawa SK terbang jauh sehingga sampai ke Pulau Mutiara (naik kereta sebenarnya... hihi) Terima kasihlah kepada ER yang sudi memenuhi permintaan SK untuk menginap di hotel yang menjadi lokasi penggambaran drama ini. Kerrrrrrr... sebenarnya ER ni pun minat dengan Mrs Arrogant Si Zara tu ya... aishhhh... tetiba SK jadik musykil nih.. apakah??? Isk.. isk.. isk.. tak baik syak wasangka cintaku kan. (Sambil ketuk kepala sendiri). Sebenarnya SK suka drama ni sebab dia ala-ala drama Korea yang hero dan heroinnya berlagak tak suka tapi dalam hati rasa nak meletup sebab dah suka, gitulah ceritanya.


Dah banyak kali jugalah SK sampai ke Batu Feringgi dan Tanjung Bungah, Pulau Pinang dan pernah beberapa kali singgah bermalam di sini, langsung SK tak perasan tentang kewujudan Hotel Hydro ni. Oh, rupanya kedudukannya yang terletak di sebelah kiri jalan (jika kita dari arah George Town) membuatkan SK tak perasan sebab mata lebih suka memandang ke laut lepas. SK memang sukakan laut.. ada hati nak bina rumah tepi laut macam filem Puaka Tebing Biru tu... syok wooo duduk tepi laut... tidur malam tak payah 'on air-cond' buka tingkap besar-besar bagi angin laut masuk. Sekarang pun setiap malam SK tidur tingkap biar terbuka, suka pandang langit sebelum pejam mata, hihi. Tapi tak ada angin dari lautlah, cuma ada angin dari selatan katanya.. kikiki.

Hotel Mr Arrogant.. hehehe

Pasar Malam Mr Arrogant.. hehehe

pemandangan dari beranda
Di Hydro Hotel ni SK dapat bilik di tingkat 3... bilik SK hujung sekali mengadap laut. Mr Arrogant tu khabarnya duduk di tingkat 4, bilik nombor 407 tak silap. SK siap mintak bilik tu masa check-in tapi dah ada orang lain yang lebih cepat.. tak apa.. tak apa.. janji dapat duduk sama hotel.. jadilahhhh.. hahahaha. Amboi.... ada yang marah dengan SK dan tuduh SK gatai merenyam ke.. ehhh, janganlah macam tu ya. SK tak ada niat pun nak buat orang meluat atau menyampah tapi orang kata, rambut pun sekarang dah tak sama hitam apatah lagi hati. Jadi, bagi yang tak suka tu SK tak boleh nak kata apalah.. nanti esok SK buat entry pasal makan ya.. mesti awak suka.. kan.. kan... kan...

salah satu lokasi penggambaran
tiba-tiba dua beranak menjadi begitu kejakunan.. hahaha

ingat tak tangga ni???
ingat tak? ingat tak??

Esok lak sambung cerita naaa....

Salam Sayang,
Seri Kandi Tanah Jauhar.

12 comments:

  1. Wahh.. bestnya bila permintaan dipenuhi... misi menjejak Mr. Arrogant nampaknya tu... like like like... hehehee...
    Akak byk tertinggal tak dpt nak ikut sgt slot2 Akasia yg best2 tu... asyik dok dgr org bercerita tp tak boleh nak tgk.. kalu drama yg siar waktu mlm bolehla tgk kalau ada masa... selalunya bila dah seronok satu2 cerita.. mmg tak boleh miss... mesti nak ngadap tv juga.. akak pun pernah terlebak ngan satu drama ni (lupa lak tajuk aduii...) lakonan hero yg sama... mmg seronok sgt layan.. bwk watak keras hati yg sgt2 geram pada mulanya... hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah Kak Ratna, drama berdiri ni sekali kita terjebak mmg asyik.menunggu dan trtunggu,SK suka layan cete ni sbb dia ala2 drama.korea tapi biasalah typical klu cete melayu mesti ada tntangan dr org tua, kan.

      Delete
  2. Patutnya SK book room dulu baru dapat bilik yg dihajati:) Kakak sebenarnya tak mengikuti cerita ini. Novelnya pun tak baca tapi ada ternampak anak kakak tengok di PC mungkin dia downloadlah tu...

    ReplyDelete
  3. Ya ampun kak SK.. bukan main lagi yer penangan nyer.. kita pun minat giler citer tu.. siap cakap kat husband.. kalo tak dpt irham tu dapat hadry pun ok.. kalo tak dpt hadry dapat mamat psiko faizal pun jadi lah.. hahahahah

    salam perkenalan dari saya.. saya follow blog kak SK...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best giler kan cite ni..irham, hadry & si saiko faizal tu same2 ensem lak..hahah.. Suka watak zaara tu sempoi je..nampak real dia berlakon..Tapi cite ni dah nak abis dah...huhu

      Delete
  4. Kemain kak...misi menjejak rupanya...sanggup gitu dri selatan ke utara....penangan dramanya...
    Sbtulnya sy x juga nengok drama ni...asik dok baca status kat fb jelah...malas nak tgk sbnrnya...hehe...

    ReplyDelete
  5. aduii..sebaik akak tak terjebak ngan citer mr arrogant tu..huhuu!!

    ReplyDelete
  6. Assalam..comel giler entri ni sebab LYMA punya pasal siap posing kat smua tempat..tangga & phone booth (zara kol mak dia kat situ lah kan..hehe). Tak amik ke gambar kt kedai pasembor? mcam sedap je..macam sedap je rojak kat kedai tu.

    ReplyDelete
  7. Waaaaah akak cik abe bawak larik.ke penang dgn.ank.sekali yr..yg x tahan tu nak.bilik.yg mr arrogant jugak...

    ReplyDelete
  8. Memang penangan dia kick betul sampai hubby saya pun terpengaruh. Dok hospital, dah tertengok, now dia dah terjebak. Tapi sebab busy, kami terpaksa la follow dari internet jer. Lamanya tak ke Penang. Bila2 kami dah stabil semula, nak vacation kat sana juga lah.

    ReplyDelete
  9. akak, pasar malam yang derang pegi tuh kat mana? pasar malam feringgi ke

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

RESIPI DAGING MASAK MAMI PENANG NOXXA

Assalamualaikum... SEMALAM sejak pagi Sk tak berhenti bekerja di dapur.  Sidai kain,  kemas dapur,  gunting lada, kopek bawang,  kisar lada...