MENGINAP SATU MALAM DI DOUBLE TREE BY HILTON PUTRAJAYA LAKESIDE

Seri Kandi Tanah Jauhar
3

 Assalamualaikum WBT 


MARILAH cepat habiskan cerita semasa Menghadiri Majlis Resepsi Arfan dan Shazreen di Putrajaya, awal bulan hari tu sebelum habis bulan Jun. Nanti banyak kisah lain nak menyusul pulak, gambar dalam galeri pun dah makin penuh, nak kena pindahkan ke galeri rumah biru pulak sebelum dihapuskan.



Dulunya Double Tree by Hilton Putrajaya Lakeside ni ialah Hotel Pullman. Setiap kali ke Putrajaya, selalu berangan nak menginap di sini, dari ianya Hotel Pullman sampai dah bertukar ke Double Tree kerana tertarik dengan rekabentuk luarannya yang klasik. 





Sk bertanyakan dengan Shazreen sekiranya terdapat harga pakej penginapan khas sekiranya menempah bilik di atas nama Shazreen yang mengambil pakej perkahwinan di sini. Alhamdulillah, ada. Kalau tak, mengaum-ngaum jugak tu harganya. Terus minta Shazreen tempahkan satu bilik dengan extra bed sahaja. Nak jimat konon, haha.. plus tak duduk lama sangat, kan.




Special Discounted Room Rate - Wedding Guests

Guest Room RM498 RM389/ night incl. 2 breakfast

Untuk extra bed kena ambil

Deluxe Room, RM598 RM489 incl. 2 breakfast.

Extra  bed, RM172.80 incl. 1 breakfast. 

Lepas buat kira-kira, beza dalam RM100, lebih baik ambil dua buah guestroom, kan. Kebetulan bff Iman, Ili tinggal di Cheras, jadi, Sk suruh Iman ajak Ili datang tidur dan sarapan. Masa wedding tu suruh Ili duduk diam-diam jadi tapak Sulaiman kat bilik, hehehe.




Dekat sini, bloknya berpisah-pisah, bukan satu bangunan, setiap blok tu disebut Wings. Kami duduk Wings 5, Tingkat 3, bilik nombor 305. 


          


Cuma guestroom ni saiznya tak besar macam deluxe room. Sebab tu hotel tak bagi tambah extra bed. Memang ngam-ngam jer ada lorong tu dan ada ruang solat dekat dengan sofa dan balkoni. Keseluruhan bilik dilitupi permaidani. Pagi-pagi bangun tak ada bersin-bersin atau rasa macam resdung tu maknanya karpet tu bersih elok.




Ambil bilik connecting, pintunya kat hujung depan sebelah balkoni.



Air minuman disediakan macam ni. Ni kalau dah buka, tak boleh nak simpan dalam peti sejuk sebab tudung botol tu buka jer terus tak boleh tutup semula. Ruang berdiri dalam peti sejuk pulak kecil dan botol ni lebar sedikit, tak muat untu didirikan. Jadi, kena tuang baki air dalam gelas untuk simpan.




Kopi dan teh berjenama.




Lengkap dengan seterika dan papan penggosok. Sejadah disediakan dalam laci.




Lampu-lampu bilik air bergemerlapan ditambah penataan warna hitam keemasan sebagai latar.




Sabun tangan, sabun mandi, shampoo, perapi dan losyen disediakan dalam botol besar.




Pagi esoknya, ramai tetamu nak bersarapan, kena beratur di kaunter tunggu meja siap, tapi tak lama pun beraturnya. Meja banyak tapi staf tak ramai dan ruang makan pun agak sempit di antara kaunter buffet. Tak selesa macam Makan Kitchen di cawangan hotel Double Tree yang lain pernah Sk kunjungi.





Special betul ni, ada Nasi Lemak Daun Pisang kegemaran PI dan tentunya kegemaran rakyat Malaysia.




Seperti selalu la ya, Sk mulakan dengan American Breakfast, almaklum, tekak omputeh.




Banyak sangat pilihan, tapi tak terpilih sebab tetamu terlalu ramai nak kena berhimpit dan beratur lagi, tu malassss. Yang mana tak beratur panjang tu, rajinlah Sk singgah.  Tapi, best ya, ada pizza yang segar dari ladang, hahaha.




Nasi lemak daun pisang dia sedapppppppppp!!!




Sk dan Mee Goreng sukar dipisahkan, tapi masin sikit la mee goreng tu. Pastries dia sedap, la.. lembut dan gebu. 


Ramai geng sarapan pagi tu. Ni dah habis makan la, nak balik bilik mengemas pulak.




Hah, kami nak balik bilik, baru sampai Zeti, nak sarapan.



Saja suruh ChatGPT mekapkan kami tiga orang, dengan muka PI dia mekapkan sekali, hahaha.




Okey, ni muka original.




Lepas breakfast, Iman kata nak mandi kolam, cari Iman kat kolam, tak ada, ingatkan dah naik bilik, rupanya dia mandi kat kolam atas.




Nak check out dah. Pengantin esoknya nak terbang honeymoon. Siap bawa dua-dua mama yer pergi honeymoon sebagai penghargaan atas jasa membesarkan mereka. Alamak, kaki tu kenapa tak rapat, hahaha.





Foto-foto lagik!



Tenkiu, mama, simpankan tiffin untuk kami. Isinya, tudung dan cookies. Tiffin ni goodies untuk majlis nikah.



Pineapple tart bentuk nenas yang sedap giler dari Genting!




Penuh eh inti dia.

        


Dalam kotak ni ada Kek Lapis simbolik pengantin lelakinya orang Sarawak.




Kita selitlah gambar budak-budak ni masa zaman kanak-kanak. Atas, Iman dan Zeti, bawah, Shazreen dan Izzat. Iman tu dari dulu la trademark dia asal bergambar buat muka excited macam tu, tak berubah sampai sekarang ya, hahaha.

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. syok dpt special rate tu...best tgk ada sarapan nasilemak daun pisang kt otel

    ReplyDelete
  2. Best tido situ.. kalau bole x nak blk 🤪

    ReplyDelete
  3. uik..murah betul tu bilik tu...untung dapat diskaun skit...Pullman dulu SA pernah training kat situ tapi x pernah bermalam...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!