JALAN-JALAN DI IOI CITY MALL & ALAMANDA PUTRAJAYA

Seri Kandi Tanah Jauhar
2

 Assalamualaikum WBT 


KEJAP je ek dah hari isnin. Tak puas baring-baring jadi tapak Sulaiman, dah kena mengadap jammed balik. Apakan daya, orang comel macam kita semua memang kena kerja. Tak kerja macam mana nak dapat duit. Siapa kata duit bukan segalanya, segalanya memerlukan duit la. Tak ada duit rasa nak mati oi, hahahaha. Mati pun nak pakai duit banyak, huhu.




Sambung kisah Menginap Satu Malam di Klana Resort Seremban, selepas sarapan, kami terus check out dan terus menuju ke Putrajaya. Memang sengaja gerak awal sebab Iman ajak jalan-jalan di IOI City Mall Putrajaya. PI beli baju kat sini untuk dipakai dalam tiga majlis perkahwinan anak menakan kami bulan depan, InsyaAllah.




Masih kenyang lagi sarapan, tapi penat jugak nak meronda satu mall ni, kami singgah mengopi di Gula Petite by Gula Cakery. Selalu tengok Gula Cakery di ig je, tak nak lepaskan peluang la bila dah nampak depan mata.




Truffle Chocolate Cake, RM19

Kek ni kaya dengan rasa coklat. Kek dia pun bukan jenis kek span. Krim coklat dia kental, bukan guna fresh cream semata.




Keylime Tart, RM16

Daripada crust sampai ke keknya, sungguh sedap. Rasa masam limau nipis tu buat ia tak muak dinikmati.




Kongsilah tiga orang sambil minum-minum. Habiskan masa nak tunggu waktu check in pukul 3.




Member dah mula nak menyakat. 




Macam-macam lawak la keluar dua beranak ni. Yang sorang suka menyakat dan cari gaduh.




Watermelon Peach Tea untuk PI
Toffeenut Latte untuk Iman dan Sk minum Caramel Latte. Toffeenut Latte tu sedap sangat.
 



Iman tapau Tiramisu dan Mango Cheese Cake pulak. 




Kopak RM134.20.

Lepas tu jalan-jalan sikit lagi, dalam pukul 2 dah tak larat, kami gerak jer ke hotel. Sikit lagi nak sampai, pengantin call cakap dah boleh ambil kad access bilik.





Petang tu, PI ajak pergi makan di Alamanda. Iman tak ada, dia pergi jumpa geng UTM dia ada pameran kat kawasan dekat-dekat situ jugak. SK dan PI cari makan di food court jer, makan nasi ayam. Bolehlah alas perut sebelum makan malam.




PI makan Nasi Ayam Hainan, Sk makan Nasi Ayam Panggang. 




Lepas makan, jalan-jalan sekejap lepas tu terus balik hotel laaa.. kepala lutut rasa nak tanggal dah, hahahaha.

Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Takde ada rezeki jumpa SK di JB minggu lepas. Kami ke selatan, SK pulak ke Putrajaya 🤭 lamanya tak mengopi di Gula Cakery.

    ReplyDelete
  2. Ooo kakak ke putrajaya ye aritu..memang xde r3zeki la nak jumpa kan

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!