MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Sunday, January 5, 2014

BEKERJA AHAD TAK ADA BEZANYA... RASA MACAM HARI ISNIN PULAK

ASSALAMUALAIKUM...

SELEPAS 21 tahun, hari ini warga Johor kembali bertugas dan bersekolah pada hari Ahad sehingga Khamis dan bercuti pada hari Jumaat dan Sabtu. Lebih untung ramai yang dapat pulang awal pada hari Khamis, macam SK sendiri, Khamis lepas dapat balik jam 3.30 petang. Sampai di rumah, belum pun buka baju kerja terus basuh kain baju dan mengangkat baju yang sudah kering di ampaian belakang. Hari Jumaat, macam biasa banyak kerja rumah yang hendak dibereskan jadi apa bezanya pun cuti pada hari Jumaat. Hari ini, walaupun Ahad pun rasa macam hari isnin jer tambah lagi seluruh isi rumah mengalami perubahan cuti yang sama macam SK jadi memang tak ada bezanya. Cuma mungkin yang terasa jika sang suami bercuti pada hari Ahad dan si isteri dan anak pula terpaksa keluar bersekolah atau bekerja. Simpati juga bertandang di hati SK dengan kawan-kawan yang mengalaminya semoga lama-kelamaan nanti dapatlah menyesuaikan diri dengan perubahan ini ya.

Bagi kami warga kolej ini jadual telahpun dianjakkan sehari ke hadapan jadi taklah pening sangat. Senang nak ikut jadual lama sebab pelajar-pelajar SK ini akan tamat kuliah dan menghadapi peperiksaan akhir insyaAllah pada Februari nanti. Sehingga itu, SK mungkin akan menyibukkan diri sedikit dengan mereka-mereka ni walaupun sebenarnya taklah sibuk manapun. Sebenarnya kami dalam proses menggubal soalan-soalan penilaian tu yang rasa macam tak ada mood nak berbelog. Kadang-kadang dah karang cerita dua tiga para tapi rasa macam karangan darjah 5 pulak sudahnya kita simpan dalam draft sampai basi. Dah basi nanti kita buanglah dalam tong sampah, hehehe.

Banyak sebenarnya kisah-kisah yang SK nak kongsikan tapi nantilah dulu ya tunggu fikiran ni tenang sikit. Sekarang ni fikiran ni rasa macam agak bercelaru dan kerap pulak di serang migrain sampai semua benda nampak silau jer di mata SK ni. Ada tak sesiapa yang pernah mengalami apa yang SK alami ni? Sebenarnya SK nikan, masih lagi mempunyai penglihatan yang terang, Alhamdulillah tapi tak tahulah masalah silau tu SK amat sensitif kalau terkena cahaya yang terlalu terang, kuning atau putih nanti mulalah rasa zig zag zig zag sampai kening rasa macam bertindan-tindan. Apakah??? Paling SK seram masa tengok MLM minggu lepas, tetiba sahaja SK nampak dua... Ya... SK nampak dalam tv tu, AC ada dua, Shahrul (Shiro) ada dua dan Ajak ada dua.. apakah?? Huhu. Kalau ikut logik SK rasa mungkin masa tu kedudukan mata hitam Sk berada di tengah tu yang nampak semua benda jadi dua tu.. kenapa ya?

Okeylah.. kepada sesiapa yang ada jawapan tentang masalah yang SK alami ni bolehlah tinggalkan komen di bawah ya. SK cuma banyak berdoa janganlah benda 'nampak dua' tu berlaku ketika SK sedang memandu.. haru nanti!! Huhuhu

4 comments:

  1. sy xde jwpn..cuma mcm akak silau teruk je. tu kata saya yg main agak2 je. cuma doa sy moga xde apa2 yg teruk..lebih baik rujuk pd yg pakar. t.care kak

    ReplyDelete
  2. Salam Sari...bestnya cuti jumaat sabtu..harap2 Perak pon nanti akan berubah gak spt negeri Johor gak.Aaminnn

    ReplyDelete
  3. Assalam sk.
    Teringat sya masa kecik2 skolah di jb tahun 70an. Cuti mcm skrg ni la. Ahad kami skola. Hari tu la byk cerita katun tv spore. Frust je g skola tk dpt tgk katun he3.....apa pun selamat bcuti jumaat sabtu.

    ReplyDelete
  4. Salam Sari...masih fenin2? Agaknya dah tiba masa Sari join the club cermin mata....yeaaaa...ada geng!! Kakpb rasa bila mata silau tu tanda2 mata mula nak kabur, faktor umur pun ye juga. Kakpb pakai spec dulu pasal tu la. Tengok benda yg kecil semua nmpk empat bintang kau!! Alhamdulillah...utk yg jauh masih ok. Rabun tang membaca, kira rabun dekat ler tu.

    Sari, akak pun busy sampai krem2 kaki ni haa. Kemas rumah tak habis2...boleh tolong? hehe..

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

26 SYAWAL

Assalamualaikum... ALHAMDULILLAH.. dah hari ke 26 kita meraikan Syawal. Ramai yang mengambil kesempatan mengadakan rumah terbuka da...